Saturday, November 8, 2008

TUHAN YG MEMBERIKU KEAJAIBAN!!l a true life story of mine!!




Aku lahir tidak cukup bulan, bertarung antara hidup dan mati, diberikan nama HAYAT supaya terus hidup-bayi itu tidak mengerti. Sebagai bayi yg tak cukup bulan, aku melalui kehidupan ini juga dengan agak sukar-kadang-kadang orang tak harap pun kita berjaya kerana memandang rendah pada keupayaan kita. Mungkin ramai yang menggolongkan golongan aku sebaris dengan budak lembam dan syndrome down tapi korang silap.

1 tahun-aku hanya bayi yang sakit-sakit, kena Asma.

2 tahun-Aku mungkin boleh bertatih dan berjalan-Mama dan Papa harap dia terus hidup. Memandangkan aku ada abang yg juga tak cukup bulan pastu meninggal!

3 tahun-Manja dan selalu pakai uniform askar. Walau dia tahu dia takkan jadi askar.

4 tahun-Masih dikira kecil.Selalu kena buli ngan abang-abang.

5 tahun-minat mengaji dan mula belajar membaca.

6 tahun-masuk tadika, jadi kanak-kanak riang, Cuma terhalang. Asma selalu datang.

7 tahun-masuk darjah satu. Selalu dapat no 3 dalam kelas. Minat melukis. Pandai guna crayon.

8 tahun –darjah dua. Belajar jadi tak pandai sangat. Suka main congkak lawan org dewasa tapi selalu main tipu..yang penting menang.

9 tahun-darjah 3-pindah ke Besut. Masuk kelas pandai walau tak pandai sangat.Minat muzik dan menyanyi.

10 tahun-darjah 4..selalu kena cubit ngan cikgu Math.Minat main bola tapi sebab agak manja.Suka masuk pertandingan hafazan.Dah wakil sekolah melukis poster.

11 tahun-darjah 5-mula belajar tarannum.Dan main rekoder.Minat Math.

12 tahun-Wakil daerah ke Negeri tarannum.Ahli kelab catur elit, Presiden St John Ambulance.Selalu baca doa depan perhimpunan.Wakil sekolah pertandingan melukis poster.Tapi sayang tak dapat 4A.Dapat 3A 1B je.English Lak tu.Kena kutuk ngan saudara mara.Sedih giler. Ayah maybe fikir nak antar aku sekolah pondok je.Pakcik aku pulak yg balik Amerika tu pulak provok-"kalau anak tak pandai English-hantar sekolah arab la!".Berasap otak aku

13 tahun-Masuk Form one sekolah Arab.Duduk asrama.Sekolah kat umah je.

14 tahun-Masuk form 2—sebab muka jambu, ejas ramai aweks. Kakak angkat pun ramai.Kelab Nasyid Sekolah.Asal ada event je, sure atas pentas.Berlakon.Siap nyanyi Hindustan lagi.Entah macammana penyakit Asma boleh hilang!

15 tahun-Form 3-PMR dapat 6A je 2B(geog dan sejarah) dan 1C(Arab).Masalah budak sek Arab yg tak score.Memalukan keluarga je.Anak ustazah tu.

16 tahun-Form 4.Masuk kelas Sains Tulen kejap.Pastu terus ke Maahad Tahfiz.aduss..hafal Quran lak..asal payah ingat ni.asyik kena denda je..Hilang kebuayaanku!!!Wakil sekolah Debat dan Pidato..asyik muka aku je atass stage ni.Kelab nasyid la cam biasa..Lagu Arab beb!!!

17 Tahun-Masuk Sekolah Arab lain.Keluar Maahad Tahfiz.sebab susah nak hafal.tapi still wakil sekolah baru debat lagi.pastu Pidato Piala Diraja-Johan lagi.Kalah sekolah cina!!amik SPM on the spot.mampus aku.sebab sekolah Maahad tak daftar SPM.Belajar sendiri.6 bulan to go.lambak sahaja sukatan form 4 dan form 5!!!Tuhan tolong berikan keajaiban!!

18 tahun-Amik aliran Thanawi 3-budak aliran arab.Tapi tiba-tiba jadi terer English.Terus jadik President English Language Society!isi borang masuk IPTA.berbekalkan hanya 4A4B dan 1C(bahasa Melayu dapat C..hahha)yang tinggi English ngan Arab je..Syukur.

19 tahun-Entah Apa UIA pandang result aku, aku pun heran. Aku dah daftar kat Matrik UIA course apa?Undang-Undang!terkejut beruk makbapak aku.Budak tak cukup bulan yg selalu sakit ini buat rekod olimpik ke?

20 tahun-Kat Matrik tu, aku belajar betul2.Cuma end Matrik tu aku repeat paper.

21-masuk UIA Gombak-mula-mula pointer 2.8 je.Tahun pertama tak sukar sangat.subject cam Matrik lagi.Masuk Mooting Competition(ala macam debat dalam court tu!).Tiba dapat Best Mooter Award!!padahal Team aku wat kerja.aku tukang present je!

22-Tahun kedua memang sukar nak mampus.Hafal Kes macam nak mati.Principle macam haram!!Kena Faham Kena Hafal.Akta-Akta!!!apehal..ada nak makan orang ni. Ada jugak repeat paper.Sabar la Hayat!!

23-tahun ketiga.aku tengok ramai gak kawan aku yg dah kena tendang.atau tukar course..Masa final year.final sem ada paper sangkut gak..Masa ni ingat masa depan dah hancur.Tapi Mama cakap solat hajat banyak.aku cakap dalam hati “Ya Allah,ini final sem aku,Berilah aku keajaiban lagi”.Hahah..Syukur dapat Grad Cuma pointer rendah.takpelah.Masa Grad, ada pensyarah cakap “Eh,ko berjaya jugak grad!”..hahahh..aku rasa macam nak mencarut je..kikki!!

24-Masuk Chambering Kat Ganu.3 bulan pertama stay kat Gov Loan.Selalu kena herdik ngan clerk.Masa ni masa sangat sukar.Awek just walk away from my life innocently..padahal masa ini kita baru nak belajar nak hidup cara orang dewasa.Macam giler je aku.Start tak tidur malam.Ingat aku masa baby-stay dalam incubator..Tuhan Mahu Aku terus hidup kan?kalau dia nak takdirkan aku mati, dalam incubator tu aku dah mati!!
Pastu aku sibukkan diri aku dengan dunia criminal lak.tiap-tiap hari aku pergi court-tengok criminal proceedings.Bangang pulak,time Chambering, kena repeat Ethic Course lak!! Takpe repeat2 ni aku dah biasa.

25—Tahun ni memang keramat. Orang berebut2 nak amik aku keje.aku kalau melihat incubator tu—maybe aku rasa budak yang tak cukup bulan tu maybe org yg tak berguna,tapi aku rasa ia salah.Mungkin bekas awek aku je yg anggap aku cam tak guna,tapi ramai lagi yg hargai hidup aku ni.Aku decide masuk firm Ahmad Fairuz & Co.Alhamdulillah,Tuhan dah buka pintu rezeki aku.InsyaAllah, kesusahan aku akan berakhir!

Aku rasa aku dah buktikan sesuatu.Budak Tak cukup bulan,yang memang sah tak pandai,selalu pindah sekolah,siap putus cinta,tak hensem,bekas awek aku selalu kutuk aku..tapi sebenarnya aku mula syukur..Tuhan tu kan Ada-Dia boleh buat apa sahaja..Sekelip mata DIA boleh ubah apa-apa yg dia nak!!!harap budak tak cukup bulan ambik iktibar…Kuatkan semangat..kalau kita usaha mesti kita dapat!!!Kuncinya jangan putus asa!!!

Hidup ini kan masih jauhhhh!!!hidup kena terus!!!


Hayat Muhamad
hobinya bermain gitar, forex chart, blogging, puisi, menulis, bersosial, membaca buku,wataknya dual dan kontras-boleh menjadi imam tarawikh jika perlu dan bermain muzik jika ada waktu.otaknya diisi dengan ratusan buku motivasi.Mindanya minda bisnes.Cuma hatinya terluka parah.Ya Tuhan berikanlah dia satu lagi keajaibanMU!

Tuesday, November 4, 2008

WHen You Believe!!


WHEN YOU BELIEVE
(Mariah Carey & Whithney Houston)

Many nights we've prayed

With no proof anyone could hear

In our hearts a hopeful song

We barely understood

Now we are not afraid

Although we know there's much to fear

We were moving mountains

Long before we knew we could


Chorus: There can be miracles

When you believe

Though hope is frail

It's hard to kill

Who knows what miracles

You can achieve

When you believe

Somehow you will,

Now you will

You will when you believe


In this time of fear

When prayer so often proves in vain

Hope seemed like the summer birds

Too swiftly flown away

Yet now I'm standing here

My heart's so full,

I can't explain Seeking faith

and speaking words I never thought I'd say


So in times when all your hope is gone

And you go through life afraid

In your heart there lies a hopeful song

That is there to guide the way

And all the hurt and all the pain

You soon will learn was not in vain

For all your prayers, they will be heard

They'll come to pass through faith


-Lagu bangkitkan semangat balik lepas putus cinta dan diuji dengan 1001 ujian..:P

Sunday, October 26, 2008

Law oF Attraction--Micheal L Losier!!


Aku baru je habis baca buku pasal Law of Attraction.Sungguh Menarik. Kalaulah semua orang meyakini hukum Alam ini-pasti semua akan jadi sangat positif.Apa yang kita mahu--kita fokus dan channelkan energi tersebut dengan frekuensinya yang tersendiri..Nampak macam mengarut kan?..banyak perkara yang mana kita telah mengaktifkan frekuensi tersebut secara tidak sedar..contohnya Bila kita ingatkan seseorang--tiba-tiba dia menelefon kita!!!itu adalah contoh yang mudah..Bagaimana kalau kita imaginekan duit RM50,kita fokus dan tiba-tiba kita terjumpa RM50 betul-betul di tengah jalan?Susah nak percaya-tetapi Law of Attraction ni dah jadi prinsip utama bagi sebahagian Businessman di Amerika.Luasnya Ilmu Tuhan ni kan.


ia mempunyai 3 methode asas.tapi aku tak nak bincang dalam blog aku ni.Ringkasnya,bila kita inginkan sesuatu-kita mesti SEBUTKAN SELALU dan kita "seru" dia datang.Sepertimana hukum graviti.Dia akan datang pada sesiapa yang mencarinya...apa yang kita inginkan..akan datang dekat dengan kita..Korang Sure Pening ni..susah aku nak cerita,tetapi bacalah buku tersebut.Bila dah habis-korang akan faham bahawa Setiap Apa yang Tuhan jadikan--semuanya ada hikmah.Yang Penting Keikhlasan(bak kata En Ahmad Fadil)!
Aku akan cuba apply prinsip ni dalam kehidupan aku.aku perlukan diari untuk aku catat segala progress.Aku doa kehidupan aku menjadi lebih baik.Aku Imaginekan seseorang!!!!:P

Wednesday, October 15, 2008

Forex Trading make me sick of it!!!


Tengah orang lain bergayut ngan awek-awek masing-masing, aku memilih dunia Forex untuk aku cebur. Bermain-main dengan graf Currency, dibantu dengan indicator-indicator seperti RSI buat aku sungguh gelabah. Nak buat macammana kadang-kadang uptrend tetiba je graf jadi "ranging". Pastu updown terus!orang beginner cam aku-memang cepat gelabah.Padahal ia"bearish" maybe tak lama. Biasanya predictionnya camtu..kena relax je..just amik 1 hour session per day saje untuk trading. aku just nak belajar je.


Kawan aku, Edi fulltime main forex. Dia memilih untuk cebur dunia trade online ni.Famous currency USD Vs Euro. Biasala Currency glamour. Jumaat lepas, Edi berjaya dapat dalam USD1,500 hari tu. Kejayaan besar gak tu. Convert dalam RM adalah RM4800 kot.


Aku harap aku dapat belajar mende ni dari dia. Aku ajar dia Al-Quran. Dia ajar aku Forex.hahah..Apapun bisnes yang kita cebur,kita buat betul-betul,InsyaALLAH..kalau kita usaha--Kita pasti akan berjaya!!

Saturday, October 4, 2008

Aidilfitri yang Mulia!


Di dalam seribu kesusahan, nampaknya aku masih boleh tersenyum. Tengahari sebelum menyambut satu Syawal ayahanda yang tercinta boleh beraya di rumah-tidak lagi di Wad. Syukur Alhamdulillah-Tuhan Yang Memberi kami nikmat Aidilfitri, masih boleh menjamah kuih muih dan lemang. Namun seperti biasa, aku pasti sakit perut!hahahah..kombinasi ketupat-rendang-Coke memang merosakkan function usus aku.Letih aku keluar-masuk tandas.


Alhamdulillah jugak, Rumah baru kami di Setiu siap sempurna dan ayah begitu teruja melihat rumah kami yang baharu itu. Alhamdulillah juga, Bonda juga berjaya membawa pulang sebuah Toyota Rush yang baharu yang diidamkan selama ini biarpun telah memakai Perdana V6.

Dan aku syukur jugak kerana aku sendiri pun sudah menjual kancil aku dan memiliki sebuah Waja sempena Aidilfitri ini!


Anak saudara kami, Sofia Ramadani masih comel-aku cium-cium bawak Sofia ke Pantai Penarik bermain pasir putih. Sofia suka sangat melihat lembu. Adik-beradik aku semua bergembira di hari raya-cuma agak terkilan Adik kami, Ainul Madina beraya di Jordan kerana tidak dapat cuti. Adik kami seorang lagi Ainul Arafah pula sibuk membuat persiapan nak ke Jepun.


Salam Aidilfitri untuk semua sahabat handai dan rakan taulan. Aku tak ke mana-mana tahun ini, ada di Rumah saya di Batu Buruk, Kuala Terengganu. Semuga Aidilfitri yang akan datang lebih meriah, Kami memohon kepada Tuhan Moga Tuhan Panjangkan Umur Ayahanda kami dan Murahkan rezeki!Amin!!

Thursday, September 25, 2008

Ayahku masih di hospital

Ujian scan yang dijalankan pada ayah aku cukup mengejutkan aku.Aku saje je buat redha.Orang tak tahu ribut dalam hati aku ni.berkecamuk!!ada pendarahan dalam kepala!!!maybe its caused by Warfarin-ubat ayah aku yang tiap-tiap hari kena makan.

Semalam ayahaku dipindahkan ke Wad kelas Pertama di 7B Hospital Kuala Terengganu. Agak selesa tapi masih tidak dapat mententeramkan hati aku ketika ini. Tapi syukur Alhamdulillah, Ayah aku mula ingat nama aku dan adik beradik. Dan dia mula membebel-bebel. Aku agak gembira. Tapi takut juga kalau gembira ini tidak lama.
Terima kasih atas sokongan kawan-kawan yang selalu telefon aku dan melawat ayah aku..Pada Kak Salwa jugak!!Harap korang semua berdoalah. Maklumlah aku tak sealim dulu.kadang-kadang rasa malu ngan Tuhan!

Sunday, September 21, 2008

Ayahku Hilang Ingatan

Sehingga tulisan ini ditulis, ayahku masih di hospital.Kami sekeluarga melalui waktu yang paling getir ketika ini.Ayah kami dimasukkan ke Wad dan hampir-hampir tidak mengingati siapa kami adik beradik.Ayah ada kencing manis.Sejarah ada stroke.Aku lihat mata dia kuyu.Dia asyik teringat gulai ayam kampung di Masjid.Aku suapkan dia makanan.Hati aku sungguh sayu.Ayah aku yang garang itu waktu muda menjadi tersangat lemah dan lesu.Hingga suatu petang Sabtu dia memohon ampun dan maaf daripadaku sekiranya Tuhan menjemput dia dahulu.Dia mohon sampaikan salam maaf pada seluruh keluargaku.Ketika itu, ego lelaki aku tewas.Aku terus menangis.AYAH..seharusnya aku memohon ampun darimu..
Kalau Ayah sembuh nanti..Hayat akan hadiahkan Ayah sesuatu..Sembuhlah Ayah..Sembuhlah.sambil mataku pejam..aku Mengharap keajaiban..Wahai Tuhan Yang Maha Penyayang...Tunjukkanlah aku suatu Harapan.Berilah kami keajaiban---pada Ayah!!!Amin.

Saturday, September 13, 2008

Nasi Minyak Pasar Ramadhan Enam Ringgit

aku baru je balik dari KL.Saje je melayan bukak puasa ngan peminat-peminat aku..hahah.Open table kat D saji kat Jalan Semarak KL.Malangnya ianya dihadiri oleh gurls termasuk ezad.Antara yang datang Cik FarrenEva(Kepoh jer!!mastermind yang merancang majlis "sepetang bersama Jaja" ni.Cik Emon(suka sangat makan popia-melalut je),Cik Habsah(gelisah sebab semut api masuk dalam baju),Cik Leya(aku tengok rambut dia-rasa nak sikat ngan jari!) Kimi-account staff aku ngan kamal(kimi & kamal pest control!hahahha).Makan-gelak non stop sampai pukul 9.30 mlm.macam dinosor je makan.Aku jemput jugak Mr POX(najib),Zaid and Rajakumar(raja) tetapi diorang dah ade bukak puasa kat lain.Takpelah..it's ok..Umul pulak(awek hot &spicy) pun tak datang..Alhamdulillah aku makan dengan penuh semangat dari Western hingga ke Italian dish..semua aku rasa hingga asam siam pun!!!hahah..tapi ezad dah makan separuh asam tu.mmg kurang asam..ada persembahan nasyid lak tu.berbaloilah aku belanja korang semua(padahal di"pow"..hahah!!Aduyaiiiiii!!!!!

Anyway..aku balik terenganu cam biasa.Aku cuti dalam 4 hari padahal bicara pusaka hanya amik masa 20 minit je..hahhah..pastu aku beli nasi minyak kat gerai ramadhan..harga dia Rm6.00.aku tak tahu sebab aper..pastu petang tadi aku pergi beli lagi nasik yang sama rm4.50!!!ape lagi aku basuh makcik tu...aku cakap kat dia jangan ambil kesempatan...dia dah gelabah..suami dia kecut dengar aku berleter!!!hahahahh.tu la..tak letak tanda harga..harga main kat mulut je..aku pun ade mulut..padan muka kena laser!!!haahhahah.ramadhan kareeem!!!berniaga betul-betul..jangan cekik darah!!!

Saturday, July 26, 2008

A traumatic durian tragedy!!!


One day, aku pergi mengutip durian ngan Kimi di Kebun Mr Fairuz.Di waktu Maghrib yang hening,tengah leka mengutip durian,Pap!!berdesup sebiji durian jatuh tepat di tengkukku...God..it hurt!!aku cedera!!rasa panas je..kulit terkopak sedikit..berdarah!!!aku terkesima sekejap..relax 5 minit.tak teruk..aku masih hidup.Otak aku masih normal,syukur..cuma3 hari jugak aku tidak mengangkat kepala..pedih!!bila mandi..adooooooooooooiiiiiii....pedihnya...aku letak minyak Gamat..luka dah kering.My mom datang melawat aku..dia cakap ramai suruh pergi hospital..takut darah beku...aku cakap its ok!!!everything undercontrolled...hahahah..sambil berlawak aku cakap"Mujur aku pakai gelang Edymium"..hahah Mak aku cakap...tu ada chance nak kena lagi!!

Hehe.tapi aku melantak hampir 15 biji jugak biarpun kepala cedera..alang-alang kau dah hempap aku..aku "lanyak" kau habis-habisan.Ajal maut di tangan Tuhan.

(ada juga yang jadi gila atau mati sesudah beberapa hari ditimpa durian jatuh..harap aku tak apa-apa..)

Friday, July 18, 2008

YOU WERE MEANT FOR ME


I hear the clock, it's six a.m.
I feel so far from where I've been
I got my eggs, I got my pancakes too
I got my maple syrup, everything but you.
I break the yolks, and make a smiley face
I kinda like it in my brand new place
I wipe the spots off of the mirror
Don't leave my keys in the door
I never put wet towels on the
floor anymore' cause
Dreams last for so long
even after you're gone
I know that you love me
And soon you will see
You were meant for me
And I was meant for you.
I called my momma, she was out for a walk
Consoled a cup of coffee but
it didn't wanna talk, so I
Picked up a paper, it was more bad news
More hearts being broken or people being used
Put on my coat in the pouring rain
I saw a movie it just wasn't the same

'Cause it was happy oh I was sad
It made me miss you oh so bad cause...
Dreams last for so long
Even after you're gone
I know you love me
And soon you will see
You were meant for me
And I was meant for you.
I go about my business, I'm doin fine
Besides, what would I say if I
had you on the line
Same old story not much to say
Hearts are broken, everyday.
I brush my teeth and put the cap back on
I know you hate it when I leave the light on
I pick a book up and then I turn the sheets down.
And then I take a deep breath and a good look around
Put on my pj's and hop into bed
I'm half alive but I feel mostly dead and I
I try and tell myself it'll be all right
I just shouldn't think anymore tonight cause
Dreams last for so long
Even after you're gone
And I know you love me
And soon you will see
You were meant for me
And I was meant for you
yeah, yeah You were meant for me
And I was meant for you..

Thursday, July 10, 2008

AKU ANAK LAUT-monolog

Tinggal di Negeri Terenganu memang suatu perkara yang cukup indah! Aman dari kesibukan kota. Aku bukan nak lari dari KL. Tapi KL amat menyesakkan hati dan perasaan aku. Hustle & Bustle. Masyarakat terlalu individualistik. Hilang bertegur sapa. Akhirnya aku memilih "Negeri Tepi Pantai" ini menjadi tempat aku bekerja. Aku tidak menyesal.

Laut amat ajaib. Hembusan angin laut menerpa buat aku tenang. Seperti bermeditasi. Pejamkan sahaja mata. Biar hempasan Ombak itu mengira-ngira berapa ribu kali ia menghempas. Iramanya tenang. Aku menjadi seperti Kitaro yang mabuk dengan pianonya. Aku bukan taksub pada Laut. Tapi aku anak Laut. Laut yang luas terbentang itu seolah-olah satu kehidupan yang penuh dengan pancaroba. Seperti melepas anak penyu-kita takkan tahu ia dapat bertemu ibunya atau tidak!

Aku memang suka pantai.. suka laut. Suka pada Pulau. Pulau Perhentian yang selalu aku jejak. Aku suka melihat biru laut. Melihat anak-anak ikan.Penyu. Ingin saja aku petik gitar memainkan lagu-lagu syahdu walaupun aku tahu aku hanya nyanyikan lagu itu pada diri aku sendiri.

Kadang-kadang aku melihat orang putih tidak berpakaian. Maaflah aku tidak bernafsu. Mereka insan tiada akal. Tidak Tahu menghargai apa yang Tuhan Anugerahkan pada mereka. Gebu itu tiada makna bagi aku. Zahir itu tidak pernah membutakan hatiku. Yang Cantik itu tidak semestinya Elok pada pekerti dan Ikhlas pada hati. Yang Manis itu biasanya tidak pernah setia. Yang Menarik Hati itu tidak pernah buat aku lalai-aku terus memuji Tuhan. Indahnya CiptaanMu Wahai Tuhan. Alam yang kau Ciptakan ini buat aku berfikir.

Untuk Apa semua Ini?
Untuk Siapa?
Kenapa?

Aku merenung langit. Siang dan Malam tidak pernah tersalah. Bila Matahari keluar-jadi Siang. Bila terbenam-jadi Malam. Burung Helang itu menyambar anak ikan. Wahai Tuhan Yang Menciptakan... Indahnya Alam ini.. Indahkanlah lagi .. Kalau Engkau Maha Mengerti tidak perlu aku berdoa lagi!!!

Kalam Baiduri
Besut
Pulau Perhentian

Sunday, July 6, 2008

REDBOX RIA ATAS SOGO!!!best giler!

Ke KL lagi atas urusan kerja..dan ke REDBOX ria..melayan karaoke(melalak) selama 3 jam..break kejap2 je untuk makan buffet yang takde limit,cuma tak berapa best sebab perut dah sendat..layan jer!!!tapi kurang best bila karaoke ngan member jantan!!!hahaha(takde ke aweks nak karaoke skali?)hahah..

Jumpa Najib,a criminal lawyer.hahah..BON jaminan baik memanglah untuk pesalah pertama dan pesalah muda..tetapi everything up to the judge...nak wat camner kan jib..apapun keslamberanmu terserlah...

Jumpa budak-budak junior kat UIA..saje layan2.kencing je kuat!!!tengok UIA tu ingat bekas awek aku dulu..macam nampak je dia melambai-lambai dari atas kolej pompuan..hahah..hantu kot!!biasa la bila time drive kete sorang-sorang--kenangan lama menjelma..pergh jiwang pulak!!!kat mana dia sekarang?mungkin dia dah kahwin ngan lelaki idaman dia!!!

Mahkamah Jalan Duta Besar nak mampus..lagi besar dari WHITE HOUSE maybe!lawyer pulak ramai jugak..ex-UIA bersepah!!!letih aku nak bersapa-sapa...Najib pulak buat-buat macho pulak pakai blazer di hari panas terik-mungkin menjaga standard!!!hahah..apa barang!!!

Chow dulu!!

Sunday, June 15, 2008

THE SUCKIN TIME!!!


PTPTN hantar notis 14 hari supaya bayar tunggakan....

Harga Minyak naik melambung tak berapa tinggi tapi melangit.Omputih kata rocketed!! RM 10 hanya untuk 3.7 Liter sahaja..Terima Kasihla pada Pemimpin yang sentiasa menyokong rakyat.Kancil 660 tetap disisi aku.ada hati nak pakai Honda..

Otak rasa serabut.Tak semena-mena aku rasa berat kepala.Lalu aku BOTAKKAN kepala aku macam budak Tahfiz.tapi jiran aku kata cam sami..hahah..
Cuma lega sedikit ada klien bayar fee guaman.memang mustahil kalau Not RM50 agak banyak itu tidak boleh mengubat kedukaan aku ini..Aku tak berterimakasih pada klien..Tapi aku panjatkan Syukur pada Tuhan..aku tahu dia akan sampaikan rezeki aku..bila lepas makan ..aku rasa kenyang!!!itulah Nikmat..macammana kalau makan tak kenyang-kenyang?

Minggu ni, aku main badminton kat Kompleks Belia Sukan Pasir Panjang..Remi tempah 2 court.main sampai nak mati.tapi aku puashati-skill drop aku tetap menjadi!!!!heheh..
Busy?memang sibuk.draf saman nak tuntut hutang je..nak kena edit banyak kali..tak nak bagi pihak Defendan ada ruang nak defence..rationale dier sebab nak masuk Order 26A je..summary judgement..

Semoga Minggu ni berlalu dengan cepat..Wahai Tuhan yang Menggerakkan Malam dan Siang...Dengarkanlah apa kata hatiku!!!

Wednesday, May 21, 2008

lelaki baik untuk wanita yang baik?

apa maksudnya pepatah itu?kadangkala aku keliru!sedang aku memandu kereta melayan frekuensi 107.5 FM,John Mraz menyanyikan lagu "I'm Yours"!..kekadang aku dengar lirik-lirik lagu memuja-rayu wanita ini sungguh tidak berpijak di bumi yang nyata.Asyik memuja wanita yang cantik,cute,sexy!dan kalau berpisahpun lelaki-lelaki bangang akan terus melutut pada wanita hanya kerana takkan dapat melupakan wajah-wajah yang cantik itulah!non-sense!!
Bila Chris Brown pulak melalak dengan lagu"With You"mungkin aku rasa lebih ok..but its little bit rubbish jugak.Ramai betul orang yang kecewa dalam dunia ini(aku?).Itulah kehidupan.Kita takkan dapat dengan senang apa yang kita nak.Kita mesti(mesti?),ya MESTI berusaha!no shortcut!!dalam kegagalan itu ada hikmah yang sungguh manis..aku pernah merasakannya!Rasa macammana?ketika kita putus-harap itulah kita kenal Tuhan-kita tahu bagaimana nak solat hajat-kita tahu bersyukur hanya kerana sedikit nikmat yang Tuhan beri selama ini Tuhan ambil seketika.Bagi yang mengerti-mereka Faham!Kegagalan tidak harus dijadikan satu batu berat yang boleh menenggelamkan kita!!!seberat manapun ujian yang kita hadapi-sabarlah..ada sinar yang menanti!!!Tuhan suruh kita Bersabar dan bersolat-Sesungguhnya Tuhan bersama orang-orang yang sabar-Al-Baqarah Juzuk 2!
Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik?bagaimana ya?kerana kerapkali aku terjumpa mereka yang amat kontra dengan pasangannya!entah..aku tiada jawapan!!

Thursday, May 15, 2008

Bowling Tournament!!

Majlis Peguam Terengganu organized Bowling Tournament petang tadi.Main 3 frames.Macam haram aku nak menyudahkan balingan-balingan maut aku(kadang2 masuk longkang!)hahah.minggu ni banyak sangat aktiviti aku..aku stop kejap main badminton setiap petang.kegilaan aku berubah kepada Memancing!!hahah..tapi nampaknya aku tidak berbakat.mungkin juga ikan berkomplot dan berkonspirasi serta bermesyuarat supaya tidak memakan umpan aku!!biarlah..nak wat camner!!rezeki takde..minggu ni minggu yang terlalu busy sehingga kekadang aku terlupa lunch!!aku expect dapat payment bigmoney but client pulak menghilangkan dir serta buat liat-liat tak bayar fee guaman-aku benci betul klien macam tu!!boleh buat lawyer bankrap tuh!!kalau najib rohim takpelah-ofis dier kaya!!
Sepupu aku datang tido rumah aku semalam.Dia pakai Audi A4 kebanggaannya.Dia bercerita tentang kegahhan keretamya itu.Takkan berkarat.Takkan Terbalik.Safety katanya.aku anggukkan kepala!Kereta mewah memangla kan!aku nak pakai honda jer.sederhana sudah biarpun jutawan(ceh!ada hati).balik bowling,lepak2 ngan Azrul,Mr faiz,Miss Sheila Naidu dan kak Junna.Lepak kat Equestrian Resort-sambil layan-layan orang ride Kuda..pekena Teh O ngan roti Jala.Gelak-gelak je ngan diaorang.Sambil berbual-bual.Aku setuju satu perkara.Yang berpengalaman tak semestinya kaya dalam bidang guaman ni.Kalau nak kaya-buat bisnes!Bisnes aper?jual pisang goreng ngan air depan sekolah rendah!memang kaya!!hahaha!!
Sedar tak sedar-aku dah jadi lelaki yang memang tulen.Ciri-ciri ini mula nampak jelas tentang cara aku berfikir,minat dan cara bersosial.aku harap aku sentiasa bertuah dalam apa jua yang aku buat.Ya Tuhan..berilah aku petunjuk!!!

Monday, May 12, 2008

The cronicle of me,myself and i

I still alive!!haha..aku meminta maaf pada kalian semua kerana jarang update kerana kesibukan yang terlalu extreme!!aku tak menyangka ramai yang mengikuti tulisan2 aku ini meskipun mereka tidak menurunkan komen pada semua artikel!Dalam menghadapi kehidupan,aku selalu menjangkakan the worst condition-the reason why-supaya kita tahu risiko yang kita hadapi at least kita sudah bersedia untuk itu!apapun aku rasa aku makin matang-menghadapi hidup yang berteka-teki ini-yang sememangnya banyak sedih dari ketawa!!!THERE IS A LOT OF PEOPLE THAT YOU CAN ENJOY WITH but usually not many people that you can share your sucking-damn time with!!ponder it!!
Kerjaya?aku masih di tahap biasa-biasa jer-melakukan apa yang terbaik buat ofis aku yang aku sayangi-AHMAD FAIRUZ & CO.Satu platform yang baik untuk aku lonjakkan satu anjakan paradigma untuk berjaya- peluang sudah ada di depan mata-hanya tunggu masa yang terbaik..then being a rich and fame man MUST be a part of It!!!
Perkahwinan?ini yang buat aku tension.ramai betul yang hantar kad jemputan.Aku masih single.aku rasa it's not a right time to talk bout that.Yang bahagia itu tak semestinya datang awal.aku mengambil iktibar dari kisah-kisah orang-Terlalu banyak perkahwinan yang tidak bahagia!Puncanya?aku tiada jawapan.mungkin kerana kita buta dalam menilai erti kehidupan..hidup ini bukanlah semata-mata kerana Material dan Perempuan tetapi kerana dan Pada Tuhan-kita Hidup-mencari Redha Dia untuk kita melangkah hari-hari.
Kereta?aku baru mengikuti konvoi Kelab Honda Civic Malaysia(Southern Region) ke Chemerong Waterfall.Honda memang superb.InsyaAllah aku akan memilikinya sedikit masa nanti!!Semoga Tuhan Memberkati aku!!!Amin!!

Saturday, April 19, 2008

We Are being Fated for it!

I dont know why,I did seem to think about the future more often now.The whole day,Im just spent it just to think!! Most probably because I'm start to work.Have my own Office by the way. Or maybe because I've been taking things a day at a time and it makes me restless to not know (and plan) for the long run.
I'm not exactly a future-driven person. I just like to be prepared and just "let-it-be"person, to be in control more than anything, I guess. I like to know where I'm going!!

My use of the word "future'' does not pertain to all encompassing future. In terms of relationships, I'm afraid I'm not a person of commitment generally but there is alwayz an exception.hahahah!!(If i got a chance to flirt with "beauty-gergous-pretty-damn girl"(no word to represent this "damn" words!!(belasah jer!!).Future really make me sick of it.Not to think is impossible since we are not welcome it to come!!Confused but the truth is I do believe In God!!Every Plotted "Drama" of us be replay as His Plan..We only can hope and pray!!
Although I would very much want to be.Rich & Fame is a part of it.
(I just can't seem to do that right now. Maybe because I still need that little spot where I still have room to take a step back and see the bigger picture or room to breathe or room to undo mistakes. I don't want to be "held down" by commitments. No liabilities, simply put. But again, that's another story.

I am not a useless and hopeless man!. I think of MY future-what i going to be exactly. And MINE alone. I am still, after all, in that finding-myself-at-this-point phase. I think that's understandable, don't you?
And inevitably, the future starts now. Whether I am (we are) prepared or not.. And we shouldn't regret.And the future is something that goes wild when you forget to hold the reigns. You don't regret the things you did.

Adakah Kau Wanita dari Syurga?

Hampir setiap hari aku jumpa wanita cantik.Yang Mulus,Yang matanya seperti Ainul Jariah,Bidadari Syurga.Wanita cantik selalu aku merenung terus ke dalam matannya.Mata tak pernah menipu!Cuma kekadang mungkin aku yang tersalah-tafsir.Maklumlah aku bukan wali,cuma manusia marhain yang tidak pernah dan akan sempurna.Aku bukan wali dan Kasyaf-boleh melihat yang tersirat.Tuhan tidak memuliakan aku seperti itu.Aku juga tidak memiliki Ilmu Ladunni-juga bisa menembus alam Ghaib-rahsia Tuhan.aku tidak mempunyai Hikmah seperti itu.
Aku manusia biasa yang memahami perempuan.Jiwa yang lembut itu ingin dibelai.Ingin dimanja.Ingin dipupuk.Ucapan-Ucapan pada mereka tidak pernah sifirnya bernada keras,harusnya lembut dan lemah sentiasa.Dalam memuji ikhlas,mereka tersenyum,ternyata mereka adalah Mulia di Sisi TuhanNYA.Adam hidup dalam Syurga yang Penuh Keajaiban!Sungai Susu Yang mengalir,bejana emas,Berlantaikan Sutera,Pohon-Pohon Buahan yang tidak pernah berhenti berbuah.Niatkan sahaja-bersukaria.tetapi apa yang kurang pada Syurga?
HAWA.
Ya Hawa
Perempuan!
Merekalah penghibur Lelaki.Pelengkap pada Hati Jantan Yang Keras ini-Dititip kasih hati-jiwa hati-jiwa mereka yang lembut.Apa hikmahnya.Kekadang Bila Yang Lembut itu tercalar-Mereka segera ingin dipujuk.Yang bengkok itu Dilurus mudah.Dan mereka tetap setia di sisi kita.
Yang cantik itu matanya.Yang Indah itu lahirnya.Biarlah Di dalam itu ada sekeping hati yang setia.Beruntungnya dia.Dia berjaya mengisi jiwa aku yang kosong-robek-koyak-direnyuk kejam ini semula.Aku ingin berkongsi hidup dengannya!Aku janji aku akan berikan Dunia ini Padanya!!Tidurku Diganggu Dia.Dia Datang Lagi.Bukan Mimpi!!Aku ingin miliki hatinya!!Tuhan,bolehkah kau katakan pada dia tanpa aku menutur kata walau sepatah pun.Tolonglah Tuhan..

Yang Pandai

Kalau aku menang dalam acara ini
Adakah menang aku itu
Kerana kepandaian aku
Atau kebodohan kamu?

Kalau engkau menang dalam acara ini
Adakah kau akan mengangkat diri kau hebat
Dan menafikan kepandaian aku?

Kalau engkau kalah dalam acara ini?
Adakah aku akan menganggap kau wira
kerana kau menang atas kebodohan aku?

Ataupun Kita sama-sama bodoh tetapi kau menang ke atas aku?
Ataupun kau ingin kata kita sama-sama pandai tetapi kau masih wira?
Ataupun senang saja konklusi engkau-Engkaulah pandai!
Ambik kau lah semuanya!!!

Aku ketawakan kau!!!
Sebab kau kata kau menang padahal kau kalah
Kau menang Zahir aku menang Batin
Mungkin juga kau kata nanti kita seri.
Lantak Kaulah..
Aku pasti menang!
Apa yang aku nak-Tiada siapa boleh halang!
A man With A Dream Will Not Be Denied!!

Najib Rohim dan Yazid Sairi

Sedang aku berkelana mencari breakfast pagi,tiba-tiba si Yazid telefon.
"Aku ada kat airport ni!".
"Airport mana?", jawab aku macam bodoh.
"Terengganu ni hanya ada satu Airport sahaja.haha!"
"Ok, aku ambik kau!".
Yazid ni dulunya antara kawan-kawan aku dekat UIA,Kuliyyah of Law,yang aku tahu cakap dia selalu main-main tapi serius dalam belajar.Suka mengutarakan pendapat terutamanya dalam kelas Jurisprudence,kelas Mr IQBAL,tetapi pendapatnya mesti (aku yakin) dapat dipatahkan dengan mudah oleh aku..haha!!(tipu jer la!!).Kebolehan dia agak terserlah.Korang boleh mengikuti teori-teorinya di Ritmarentaka.Wordpress.com.
Bagi aku Yazid ni,seorang yang cerdik tidak terzahir!hahah..orang nampak dia biasa jer..Timbalan Pengarah Biro Bantuan Guaman Negeri Sembilan.Aku ajak dia "dating"(jalan-jalanla maksud aku kat Kuala Terenganu) dan melihat sendiri Taman Syahbandar.Stage untuk melihat kapal-kapal layar berentap di Monsoon Cup.Teluk Warisan hanya dapat dilihat dari jauh(restricted area).Then ,mamat ni biasalah bercerita tentang kehidupan dia yang tak best!!hahah..Pastu aku hantar dia ke Hotel Primula.Dia cakap ada kursus.
Lepas tu lak,aku ke KL atas sebab-sebab yang tidak boleh diberitahu,aku jumpa Najib Rohim,Lawyer Criminal kat Hanif & Co.Office dia kalau nak dibanding dengan office aku Ahmad Fairuz &Co, lagi cantiklah office aku.hahahah!! tapi yang penting,najib telah berubah,dari insan yang aku anggap dulu biasa-biasa jer(average) tapi tetiba jer menjadi orang yang menjadi agak glamour.Dari sumber yang diketahui,dia kerap mengemukankan Cross-Examination pada saksi lawan dengan ayat bunga-bunga dan kerap(mungkin beratus kali kot)meminta maaf tanpa sebab yang sangat Munasabah!!mungkin dia nak tunjukkan yang dia adalah lawyer "jambu"!yang lembut tapi berbisa!!Hahahaha..aku jumpa bos dia,Encik Hanif,ex-inspector,UIA law graduate.sangat Low Profile dan kerap melawak.Tapi ilmunya sangat luas.Aku tak faham kenapa OKT(accused) ramai India cari dia dan nak pakai Tuan Hanif? Adakah dia adalah Lawyer melayu yang hebat?Dia berbual-bual dengan aku.Sedikit sebanyak dia "turunkan ilmu jenayah" dia pada aku.Dari Section 12(2) ADB 52(dadah),dia tanya apa defence aku pada kes yang jointly charge.Tidak hanya meletakkan kes PP v Balachandran-the court must see every angle with maximum evaluation tetapi banyak lagi tactical on technicalities yang dikongsi bersama.Tidak cukup dengan kes PP V Mohd Radzi-issue of possession,banyak lagi perkara yang tidak sempat untuk aku ceritakan.Terima kasih banyak Tuan.korang boleh "terjun" ke Blog najib orangs.wordpress.com.
Apapun aku harap aku akan jadi yang terbaik--Kita akan jadi apa yang kita ingin jadi.Tanamkan azam-gigih berusaha!!

SOFIA RAMADHANI # 1

Sedang aku merenung matanya,seolah-olah aku lupa dunia.Matanya jernih.Putih.Muka tidak bersalah.Bona Fide.Tanpa prejudis.Kanak-Kanak Kecil itu adalah anak saudaraku yang pertama.Along aku yang menjadi Partner pada Syarikat Gergasi-supply enggineer ke Offshore itu sudah menjadi bapa.Suami pada Kak Azra,seorang Cikgu Biologi dan English.Budak kecik itu berumur 6 bulan.Aku merenung lagi wajah dia.Cantik.Seorang perempuan.aku main-mainkan jari-jemarinya yang mulus itu.Aku cium pipi dia yang lembut.Aku usap ubun-ubunnya.
Ternyata aku terlalu teruja melihat dia.Sofia memang comel.Aku pulak seakan-akan terasa dia adalah anak aku.Affection and Love yang tidak boleh disangsi.Never!!Aku membayangkan dunia ini yang indah kalau aku sudah mempunyai anak secomel dia.Akan aku beri apa sahaja,memberi pendidikan,Kemahiran berbahasa-English,Malay,Arab & Mandarin.Aku akan ajar dia tentang Dunia.Aku sanggup menghabiskan berapa sahaja untuk dia-generasi yang bakal mewarisi Zuriat aku.Aku akan ajak dia melancong ke seluruh dunia-melihat luasnya alam ini-menyaksikan sendiri Sosiologi,Culture,Belief masyarakat Dunia yang berbilang kaum ini.
Tapi bila dia besar nanti-mungkin aku sukar memahaminya.Mungkin dia akan memberontak pada aku.Zamannya sudah berubah.Dan kalau mungkin dia mempunyai suami yang tidak mengerti erti kasih sayang seorang ayah pada anaknya-Mungkin senang sahaja dia akan memutuskan hubungan ini.Ah! lupakan!!aku takkan biarkan ia berlaku!!
Bagaimanakah aku mahu mempunyai dia sedangkan aku masih tidak menemui "ibunya"?.Tuhan berilah jawapan."Ibunya" pasti datang.Itu Janji Tuhan pada aku!

Monday, April 14, 2008

Seimbas #SMAASZA

Ketika di UIA dulu,aku tidak pernah bersukan.Patutlah aku nampak sihat jer.Tidak seperti muka aku lebih nampak hensem ketika di Form 5 dulu.Muka innocent dan meyakinkan.Haha!!(mungkin ini andaian penulis sahaja).Aku ingin mengikuti kelas renang tetapi aku fikir ianya tidak bermanfaat.lansung ia terbantut ketika itu.aku lebih gemar berborak-borak dan bersosial dengan kawan-kawan aku.Cuma aku tak pergi Clubbing.Aku juga tidak merokok.Mungkin aku adalah Produk aliran Thanawi dari SMA Sultan Zainal Abidin Batu Buruk.Mungkin juga aku produk gagal,barangkali kerana aku hanya memilih jalan hidup yang sederhana.Itu lebih baik.aku tidak hipokrit.Lagi tidak Retorik.meskipun aku lahir dari Sistem Sekolah agama,aku banyak berkonfrontasi dengan kawan-kawan sealiran.Mungkin juga mereka memilih jalan yang terlalu SYADID (Extreme) untuk mereka amalkan.Mereka kebanyakannya anti-sosial.Aku pernah ditegur kerana kurang memakai kopiah ketika sessi lepas sekolah.Alasan yang diberikan adalah akan hilang SIKAH..hilang kewibawaan orang yang berugama.Aku juga dilarang oleh pelajar senior untuk bertanyakan banyak soalan kepada Ustaz ketika ustaz mengajar dengan alasan IHTIROM (menghormati) guru.aku menjawab Kunci kepada Ilmu itu ialah bertanya.kalau aku tidak faham-aku terus bertanya.Ternyata aliran Thanawi masih mengamalkan "adat"yang diwarisi dengan taqliq buta(mungkin keadaan sekarang telah berubah).Dengan tingkap yang tertutup rapat-TIDAK BOLEH sesekali dibuka kerana bimbang "mengundang Fitnah" dari pelajar lelaki kelas lain yang melalui kelas kami,itu adalah perkara yang bagi aku terlalu jumud.Oksigen yang kurang di dalam kelas mungkin menyebabkan ramai pelajar kelas kami mengantuk dan tidur.Di samping lemah berbahasa Inggeris,mungkin kerana tidak diberi penekanan atau dibuat sambil lewa dan lemah dalam matematik membuatkan pelajar Thanawi(ketika itu)tidak dipandang tinggi oleh Masyarakat Sekolah.

Ustaz Marbawi juga pernah kehairanan kerana Pelajar Wanita tidak respon kepada Soalan-soalan Ustaz kerana mungkin dibimbangi suara yang dijawab didengar oleh semua orang dan dianggap Aurat!hubungan sesama pelajar meskipun dalam proses pembelajaran dinafikan terus-mereka hanya boleh bercakap melalui "hijab" atau tingkap yang tertutup mungkin untuk menjaga nafsu.Mereka juga berhubung melalui surat-surat yang ditulis ringkas yang diletakkan di bawah meja.Keaddan lagi merumitkan apabila ingin mengadakan jamuan kelas.dalam aktiviti Sekolah,Banyak program LDK diasing-asingkan,kalau ianya program motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah,Persatuan Thanawi akan memprotes jika ianya diadakan bercampur antara lelaki dan perempuan.aku pun tidak faham kenapa Sistem Thanawi di SMAASZa begitu.aku tahu pernyataan ini akan mengundang kontroversi tetapi aku bebas menulis!
Setelah aku keluar dari UIA,ramai juga kawan aku yang berubah.Dari bertudung Labuh hingga ke tudung Singkat.dan ada dari bertudung hingga ke FreeHair!ada juga yang masih berperwatakan alim!ada juga yang "Jangok" dan ada yang merasakan dia bebas dari belenggu Thanawi.Mungkin kerana dia berpakaian begitu kerana hanya mengikut Sekolah dan keadaan.dan ada yang berpendapat Ianya tidak sesuai begitu.
bagi aku,terpulanglah kepada kita.Apa yang kita percaya!Tuhan sudah memberi kita akal-berfikirlah!!apa yang terbaik buat kalian!!

Bagi aku yang terlalu meminati muzik,aku tidak pernah meletakkan Sistem itu yang akan menghalangku. ramai juga ilmuwan Islam dahulu yang juga Pemuzik.Mereka menghargai Seni padahal mereka Fakih dalam Ilmu ugama dan juga Menghafaz Al-quran.Aku suka memetik Gitar.Aku suka bermain badminton dan tennis dan membaca.Itulah dunia aku!!

Sunday, April 13, 2008

Cerita Mak Cik Maimun

tengah aku bermain badminton,tengah tergelak-gelak tak tahan melihat hamzah menunjukkan skill orang tua yang kurang stamina,tiba-tiba seorang makcik melintas dan singgah di rumah jiran.ada hal rupanya.bila pulangnya aku menyapa,
"Guane makcik,sihat?"
"sihat!"
"guane pilihanraya baru ni makcik?,sinis.
"dok menang nak wat lagu mane!"
"Makcik masuklah PAS",usik aku sambil tunggu respon dia.
"itu parti bulat tu parti komunis tu!"jawabnya yakin.
"Umno pulak makcik?"
"hok tu tak tahulah!"
"DAP pun komunis jugok!"dia jawab yakin.
Hamzah tak tahan gelak.dia gelak kuat-kuat.dahla makcik tu duduk tepi dia.Makcik tu buat tak tahu jer.Mungkin dia kurang selesa.Dia pun mintak diri.
"makcik balik dulu la yer!"
Iya makcik weh,bawok beskal elok-elok!-aku mengakhiri perbualan.

Mungkin dia tidak pernah menerima pendidikan formal macam kita semua.Dia amat yakin bulat Pas itu sama dengan bendera Nippon yang datang ke tanah melayu pada 1942.Jepun mendarat di Kota Bharu.Berbasikal dan berjalan kaki mengikut denai-denai kampung,mereka menawan Malaya.Tanah Melayu kita ini pernah dijajah Jepun,Belanda,British dan Portugis.Mungkin Makcik Maimun tidak faham sesuatu yang kita faham namun semangatnya dan niatnya nampak ikhlas dari kebanyakan pemimpin politik.Aku melihat dia mengayuh basikal perlahan dan hilang dari pandangan.

Masyarakat melayu begitu selesa.Aku pernah membaca dari kulit ke kulit buku Malay Dilemma karangan Tun Dr Mahathir menceritakan tentang Bangsa Melayu kita yang statik.Mahathir menyanjung perkahwinan campur yang dikatakan akan melahirkan generasi yang cerdik pandai.Orang Melayu tidak suka berubah dan hanya kekampungan.Ada idea-idea Mahathir yang aku sangat setuju.Dia bebas menulis berdasarkan kacamata dia.Dia orang Hebat.tapi tulisannya dihentam cukup-cukup oleh Penulis Ahmad Boestaman.Dia kritik Orang Melayu dah hebat.Melayu yang pandai-pandai di Bandar itu juga lahir dari orang kampung..apapun semuanya bergantung kepada kita.Hanya pendidikan yang mewirakan bangsa kita.kejahilan ilmu akan buatkan kita tak maju sampai bila-bila.
ada satu bab yang paling menarik dalam buku itu.Tentang perpaduan kaum.Tun Mahathir kata perpaduan tidak pernah wujud dari masyarakat bawahan,mereka masih prejudis dan berburuk sangka,orang politik juga hanya tampak bersosial antara kaum bila ada majlis keraian sahaja,ia suatu yang plastik,tidak tulen dan penuh dengan retorik.Aku boleh setuju dengan pendapat itu.

aku hanya merenung jauh,apakah nasib bangsaku!

Saturday, April 12, 2008

Sang pemetik Gitar

Aku petik tali gitar buruk itu
Seburuk gitar itupun dia ada lagu
Seburuk diapun dia mampu hiburkan jiwa
Sedang seburuk akupun tak mampu menghiburkan sesiapa
Aku dan gitar aku-lagi hina aku!
Gitar aku lagi beruntung!!biarpun dia hanya kayu lapis
Bentuknya hodoh-buruk-warnanya pudar—tapi melodinya cukup asyik!
Hingga aku boleh lupa dunia-dan segala isinya!

Aku petik tali gitar buruk itu
Aku mainkan lagu-lagu puisi Ramli Sarip
Biarpun manusia tidak menghargai zahirmu wahai gitar buruk!
Tapi darimu—seribu satu lagu bolehku petik-ku mainkan ku alun cermat
Yang buatkan sang Pendengar mengalun bersama-menari tanpa sedar
Bisa Buatkan Yang Mendengar itu menangis barangkali-syahdu!
Seakan-akan terangkat -bangkit Roh dari Jasad..
Manusia-manusia seakan-akan lupa—seolah-olah kepalanya dilantun-lantun ombak
Mata terus kuyu dan terpejam—asyik!
Lagu yang lahir dari sedalam-dalam hati
Biarpun Bentuknya hodoh-buruk-warnanya pudar—tapi melodinya cukup asyik!
Hingga aku boleh lupa dunia-dan segala isinya!

Aku petik lagi tali gitar buruk itu
Mengajak manusia Mengenal Tuhan Rabbi-melalui puisi
Barangkali inilah hiburan Ahli-Ahli Jannah wal Firdaus
Hidup aman dan tenteram setenang-tenangnya-dialunkan petik-petik gitar
Bidadari-Bidadari Syurga yang cantik putih mulus datang menghibur
Bergelak ketawa-Bergurau senda-tidak berhenti-henti dan abadi
Mencedok sekali sekala dengan bejana emas dari Sungai Susu yang mengalir
Adakah kalau syurga tidak menjemputku ke sana
Apakah masih ada peluang aku menjadi pemetik Gitar di Syurga?



Hayat Muhamad
"aku ingin ke Syorga"

bumi yang berputar

Aku tak khilaf bila aku menyatakan bahawa aku kecewa
Aku tidak khilaf bila aku menyadarkan sesiapa yang gelamun-
Yang tengah dan sedang serta masih..
Aku tidak khilaf bila aku katakan dalam putaran bumi ini
Setiap minit pasti ada yang putus cinta dan kecewa..
Dan setiap minit itu jua-ada yang melompat ghairah kerana cintanya diterima
Setiap minit itu ada tangis dan ada senyum riang..
Dalam pengetahuan Tuhan sekelumitpun –semuanya!

Bumi berputar lagi,lagi dan lagi..
Ada yang kecewa diberikan Syurga setelah itu
Ada yang Melompat-riang itu sugul kembali
Ada yang kecewa terus menerus kecewa kepingin sampai-bila-bila
Ada yang merasakan Tuah,gembira sepanjang masa
Apa yang kita lalui—jauh berbeda
Dan bumi ini terus berputar
Masa terus berjalan—laju!
Dalam saat itu jua-ada yang merintih kematian
Dan pasti ada ayah dan ibu menangis kesyukuran menyambut kelahiran
Bumi tidak pernah berhenti----berputar lagi dan lagi!

Wanita yang setia selalu dipermainkan lelaki durjana
Dan lelaki yang setia selalu dipermainkan wanita durjana
Selagi Bumi berputar—ia membawa hukum alam..Sifir kehidupan..
Hukum Sunnatullah yang tetap—hanya berubah bila Tuhan kehendak
Manusia-manusia yang hidup di atas bumi berputar ini hanya mampu berdoa
Berdoa dan berusaha-semuga tercapai segala mahu akalnya
Tercapai segala maksud hatinya-maksud nafsu dan zahirnya
Yang Cantik di mata-Yang Indah-Yang Berkelip-Yang Terpukau Lahir
Sedang Dunia ini terus—menerus berputar
Berputar laju hingga pening mereka yang ingkar
Ingkar pada hukum putar!!


Hayat Muhamad
Singgah seketika Kat Zamani Mohamad & Co
K Terengganu.

Nasihat Ayah

Ayah pernah bercinta dulu, tapi bukan dengan Mamamu
Mamamu datang kemudian di akhir episod ayah yang sudah kalah
Mamamu yang memimpin ayah yang sudah rebah -menyedarkan ayah yang tersalah
Dulu, Ayah pernah bercinta dengan seorang rupawan cantik seperti bidadari
Rafi’ah namanya-seorang jururawat desa
Biarpun kekadang terasa curiga dari awalnya- Ayah lupakan sahaja
Kerana cantiknya itu membutakan ayah..
Ayah memberi cinta padanya..bertahun-tahun ayah tekad dan bulat
Untuk sanggup apa-apapun dan kemanapun-hanya kerana Dia
Dan untuk membahagiakan dia,-biar kekadang hati ayah terlalu perit
Tetapi dia tinggalkan ayah terkontang-kanting, kerana mendapat cinta baru.
Betapa kecewa ayah ketika itu rasanya seperti rasa roh dicabut berkali-kali tetapi tidak mati-mati
Padahal sudah berjanji setia hidup sampai mati-mati hidup balikpun akan bersama
Engkau jangan sekali-kali bermain janji-kerana ia dicatat Tuhan
Jangan kau rasa kedut wajah ayah ini tiada erti apa-apa
Jangan kau kira ayah tak mengerti apa erti cinta orang muda
Jangan kau terkejut biarpun kita berbeza berdekad-tapi nasihat ayah ini tetap berguna
Kau tidak akan menjumpai hati yang tulus pada wanita yang cantik semata-mata
Kau tidak akan menjumpai yang ikhlas pada mereka yang ada rupa
Kau tidak akan bahagia kalau itu yang kau kejar
Kau tidak akan tenang-damai jika kau memiliki mereka
Bukan semuanya begitu-tapi berhati-hatilah mungkin ramai yang begitu
Kau jangan ulang apa yang ayah buat..Jangan lupa Istikhoroh dan doa.
Jangan mulakan..kerana bila kau kecewa..kau akan rasa Zalimnya Tuhan dan Gelapnya dunia..padahal jalan yang salah itu..engkau yang pilih!
Dan rasa kecewa itu berparut hingga bila-bila..
Berilah hati pada yang mencintaimu sepenuh hati..
Berilah jiwa pada yang sanggup menerimamu seadanya
Dan berilah Peluang pada mereka yang mencintaimu kerana Tuhan!

Hayat muhamad

Apakah makna bahagia?

Apakah makna bahagia?
Adakah sebuah perkahwinan itulambangnya?
Sedang banyak sekali perkahwinan itu gagal dan derita
Mummy simpan “anak ikan”
Daddy simpan “anak ayam”
Anak hingar-bingar-keliru-bingung
Jadi bangang-bengongMana bahagianya?
Apakah makna bahgia?
Adakah “love bites” itu simbolnya?
Diselangi nafsu serakah yang berkobar-kobar ghairah
Terselindung dalam cinta yang samar kelam hitam
Hati asyik mabuk merasuk menggila meranap-ranap maruah
Hidup dalam noda dan dosa pekatMana bahagianya?

Apakah makna bahagia?
Adakah dilimpahi Dolar Ringgit itu pintunya?
Dari kereta besi BMW yang setengah juta itukah?
Atau Villa Gergasi di Bukit Tunkusebesar masjid itukah?
Itukah tanda orang-orang Bahagia-orang-orang di dalamnya?
Hidup bersudukan emas bergarfukanperak?
Apakah makna bahagia?
Adakah disko yang lampunya kelip-kelip itukah tempatnya?
Tempat manusia-manusia lupa usul asalmencari Syurga dunia
Ditonggang botol-botol air Syaitanbergelas-gelas
Manusia-manusia lemas dalam pekat Kota KL
Hilai derai Gelak-tawa manusia muda-mudi
Kononnya inilah cara mereka melepaskan kecewa
Inikah maknanya Bahagia?

Apakah Makna bahagia?
Dikelilingi gadis-gadis montok putihmelepak itukah?
Yang ditidurkan bergilir-gilir hingga malam?
Malam sampai pagi pun meratah tubuh sampai lebam biru
Hati menjadi haru-dosa yang terbeban tidak terangkat-berat
Inikah Makna Bahagia?
Aku jumpa seorang gadisMuka Cina berbaju kurung-bertudung coklat
Aku Tanya dia apa makna bahagia
Dia jawab dalam pelat“Islam!!”

Hayat Muhamad,
Bilik Rehat PeguamTingkat 5,
Mahkamah Tinggi K Trg

Melihat TUHAN &Melihat Syaitan

Melihat Tuhan

Aku berjalan Melihat(kebesaran) Tuhan
Aku berjalan ke manapun aku melihat(kebesaran) Tuhan
Pada tapak tanganku
Pada indahnya alam
Pada ombak
Pada deru laut
Pada helang dan camar yang saling berkejaran
Pada alirnya air dari bukit
Pada ratusan bintang-berkedip-kedip
Pada bulan yang cerah-menyuluh malam yang samar
Aku nampak(kebesaran)Tuhan
Bila kusujud,ku tahu Tuhan Memandangku
Bila kurukuk,ku tahu Tuhan Memerhatikanku
Bila kutahajud,kutahu Tuhan dekat denganku di waktu itu
Bila kubernafas- asma’- asma’NYA bersatu…
Aku berzikir-mengulang-ngulang memujiMU
Pada Malam yang sepi—yang kelam-sunyi-aku khalwah denganMu
Aku sampaikan salam Selawat pada Rasul—para Wali,Syuhada’
Aku iringi Al-Fatihah,Pembuka Kitab anNazir buat asal keturunanku,
Aku mohon Dia redha aku hambaNYA,Dia redha UgamaNya Ugamaku,redha RasulNya Rasulku….
Aku mohon syafaat Rasulillah
Aku mohon Sirat al-Mustakim
Aku mohon diampuni dosa-dosaku…
Aku ingin dekat denganMU
Moga Matiku di dalam Iman yang mulus
Dimudahkan aku mengucap syahadah
Dimudahkan aku bila Izrail datang memanggil
Bila kudengar desir-desir nama tanda ajal di Syurga jatuh.
Semoga aku masih lagi tersenyum
Bila Roh meninggalkan jasad di akhir HAYAT.


Aku melihat SYAITAN

Kuberjalan kemanapun kulihat Syaitan
Berbisik-bisik,gemersik suara-suara halus
Menekan-nekan hati-jadi bergelegak dan memberontak
Untuk memberontak semua Qada’ dan Qadar Tuhan
Menginjak-injak benak akal meracun- menolak
Untuk mengimani apa yang Ghaib-iaitu Tuhan,Malaikat-Syurga dan Neraka
Memaksa-maksaku untuk tidak percaya pada Mizan
Mendetik-detik untuk meragui Titian Sirat dan Hisab
Untuk aku ragui..buku Amalan yang boleh berkata-kata
Dan dosa-dosa sekecil manapun akan dipapar-tayang
Dan setiap kebaikan dikirakan satu-satu..
Dan jari-jari ini bercakap-cakap
Dan kaki menjadi saksi—kemana tuannya pergi
Dan mata menjadi saksi utama—yang menyaksikan semuanya..
Mahkamah Tuhan yang bukan adversarial
Tiada peluang bagi teknikalitis,Voir Daire-Harbeas Corpus,
Tuhan bukan rujuk Evidence Act 1960 karangan Stephen
Tuhan tak pandang Penal Code yang dicedok dari India
Tuhan tak pakai Rule of High Court dan Subordinate Court Rule
Tuhan tak layan defence Alibi..
Manusia di sana-semua menggigil-gigil takut
Pucat-pucat-terkedu-kedu-menangis-menangis
Minta dikembalikan semula ke dunia untuk beramal…
Jelas sudah Syurga Itu dan Neraka.
Siapa yang ikut agama—dia selamat
Siapa yang ikut syaitan-dia sesat
Kuberjalan lagi aku melihat Syaitan
Terkedek-kedek kesana dan ke mari
Melaga-lagakan manusia yang marhain
Mengumpat-mengeji-mengata-ngata—semarakkan api-api bermusuh
Biar manusia bergaduh-gaduh…biar manusia tidak aman dan tenang
Supaya manusia jauh dari memikirkan Tuhan
Memikir Rahmat dan Berkat…
Aku melihat SILKHONNAS…
Manusia-manusia yang bertopeng syaitan..
Merengek-rengek memadu cinta nafsu..
Merengek-rengek minta dibelai..
Aku manusia lupa..
Aku tahu…Neraka memanggil-manggil aku dengan jelek
Syurga tidak menjemputku…aku tahu…
Biarlah aku menjadi setinggan sementara di A’raf……

Hayat Muhamad
Street Rationalist
Dec 07

Sesekali-puisi orang kecewa!

Sesekali
Gemersik angin-angin laut menerpa
desir-desir daun kelapa yang sayup tinggi melangit
Bunyi Ombak-memecah pantai putih seperti jiwa seorang gadis
Bila tenang-mendamaikan
Bila tidak-ia meribut-meranap merusak membisa-membinasa
Seperti todak menyerang Singapura
Dan aku bukanlah si pintar Adiputra

Sesekali
Burung Helang menguak-nguak bergempita
Raja Adipati di Langit-Gah melebar sayap kepak
Ikan seluang di laut tidak tenteram
Padahal ia di langit sana
Sedang Di sini dunia laut
Sedang Di sana dunia langit
Berbeda-tapi bumi yang sama

Sesekali
Aku mendongak bintang malam
Biarpun Yang jauh itu tidak kunampak
Aku pasti
Dia melihat Bulan yang sama
Dia Masih memandang bintang yang sama
Kalau dia sudi mendongak
Malam yang indah
Untuk kita kagumi
Bagi yang mengerti

Sesekali
Akalku tidak menggapai hakikat
Fikirku tidak mencapai makrifat
Hatiku menggoncang-goncang takdir
Yang Berubah atau Yang tetap
Kalau Tuhan Maha Mengerti
Tidak perlu aku berdoa lagi


Hayat Muhamad
Jalan Bukit Besar

Dirisik dan "Dipaksa"Kahwin!!

Ada satu tragedi yang berlaku minggu ini.Sangat buat aku pening kepala.Korang boleh gelakkan aku.tapi aku serius aku tak tipu.Ini cerita betul.Bos aku kat tempat aku chambering tiba-tiba menelefon aku.aku hairan.apahal?ada suatu yang penting.alamak!!ada client mengadu pasal aku ker..ataupun ada perkara yang lebih penting?atau..bermacam-macam atau hadir dalam benak aku ketika itu.
aku mulakan langkah yang berani.tiba-tiba bos tanya"U ni dah ada orang belum?".aku diam."Saya single!".aku dah agak apa."Ini ada gambar awek,u tengok la dulu."aku pun tengok.cantik.tapi nampak childish.putih melepak."Dia cari orang nak suruh kahwin ngan budak ni!..tapi dia nak cari lawyer!".hampeh!ayat-ayat materialistik yang tidak mempunyai basis itu tiba-tiba mengganggu."Er!!sebenarnya saya tak berminat lagi nak cari isteri!!".jawabku ringkas."ala,berkawanlah dulu!!.Dia tanya aku sama ada aku minat ke tidak..aku tidak memberi jawapan ya atau tidak.aku biarpun ia bergantung disitu.Sedikit terkesima.rasa kurang comfortable.setelah berborak-borak,aku mengambil keputusan untuk pulang ke ofis aku.
Aku termenung sendirian.wajah aku yang kurang hensem ni kurang meyakinkan.nak kata aku kaya jauh sekali.nak kata aku stylo-pergi mampuslah!!aku selekeh jer..apakah title "lawyer" itu cukup untuk buat mak bapak diaorang terjerat dengan persepsi "sampah".Di samping dipanggil penipu besar,golongan kami dipanggil penguin dan pembelit serta dituduh bersubahat dengan penjenayah.Persepsi-persepsi sampah itu digarapkan lagi dan dipupuk baik punya(ala-ala Dafi) dari mereka yang suka menonton cerita hindustan!Gambaran lawyer yang hebat serta kaki-belit ditonjolkan jelas.dan imej "kaya"(kononnya) dilebih-lebihkan tanpa sebab.Tengok jugaklah makcik.saya ni baru bekerja..kalau nak lawyer yang kaya,carilah lawyer-lawyer tua yang hebat-hebat,kat KL ramai!tetiba lak makcik dia telefon,paksa-paksa aku SMS anak sedara dia.aku buat tak layan jer.aku dah terjerat.sebenarnya aku tak suka dipaksa-paksa begitu.Budak umur 21 tahun tu masih mentah.Ini semua plan makbapak ngan makcikpakcik diorang jer.aku mintak maaf kat budak tu.aku taknak apa-apa hubungan ngan dia.Orang tak boleh paksa kita untuk sayang orang yang kita tak suka!!Itulah kehidupan masyarakat melayu,terlalu kebendaan!!