Saturday, April 12, 2008

Nasihat Ayah

Ayah pernah bercinta dulu, tapi bukan dengan Mamamu
Mamamu datang kemudian di akhir episod ayah yang sudah kalah
Mamamu yang memimpin ayah yang sudah rebah -menyedarkan ayah yang tersalah
Dulu, Ayah pernah bercinta dengan seorang rupawan cantik seperti bidadari
Rafi’ah namanya-seorang jururawat desa
Biarpun kekadang terasa curiga dari awalnya- Ayah lupakan sahaja
Kerana cantiknya itu membutakan ayah..
Ayah memberi cinta padanya..bertahun-tahun ayah tekad dan bulat
Untuk sanggup apa-apapun dan kemanapun-hanya kerana Dia
Dan untuk membahagiakan dia,-biar kekadang hati ayah terlalu perit
Tetapi dia tinggalkan ayah terkontang-kanting, kerana mendapat cinta baru.
Betapa kecewa ayah ketika itu rasanya seperti rasa roh dicabut berkali-kali tetapi tidak mati-mati
Padahal sudah berjanji setia hidup sampai mati-mati hidup balikpun akan bersama
Engkau jangan sekali-kali bermain janji-kerana ia dicatat Tuhan
Jangan kau rasa kedut wajah ayah ini tiada erti apa-apa
Jangan kau kira ayah tak mengerti apa erti cinta orang muda
Jangan kau terkejut biarpun kita berbeza berdekad-tapi nasihat ayah ini tetap berguna
Kau tidak akan menjumpai hati yang tulus pada wanita yang cantik semata-mata
Kau tidak akan menjumpai yang ikhlas pada mereka yang ada rupa
Kau tidak akan bahagia kalau itu yang kau kejar
Kau tidak akan tenang-damai jika kau memiliki mereka
Bukan semuanya begitu-tapi berhati-hatilah mungkin ramai yang begitu
Kau jangan ulang apa yang ayah buat..Jangan lupa Istikhoroh dan doa.
Jangan mulakan..kerana bila kau kecewa..kau akan rasa Zalimnya Tuhan dan Gelapnya dunia..padahal jalan yang salah itu..engkau yang pilih!
Dan rasa kecewa itu berparut hingga bila-bila..
Berilah hati pada yang mencintaimu sepenuh hati..
Berilah jiwa pada yang sanggup menerimamu seadanya
Dan berilah Peluang pada mereka yang mencintaimu kerana Tuhan!

Hayat muhamad

No comments: