Thursday, July 10, 2008

AKU ANAK LAUT-monolog

Tinggal di Negeri Terenganu memang suatu perkara yang cukup indah! Aman dari kesibukan kota. Aku bukan nak lari dari KL. Tapi KL amat menyesakkan hati dan perasaan aku. Hustle & Bustle. Masyarakat terlalu individualistik. Hilang bertegur sapa. Akhirnya aku memilih "Negeri Tepi Pantai" ini menjadi tempat aku bekerja. Aku tidak menyesal.

Laut amat ajaib. Hembusan angin laut menerpa buat aku tenang. Seperti bermeditasi. Pejamkan sahaja mata. Biar hempasan Ombak itu mengira-ngira berapa ribu kali ia menghempas. Iramanya tenang. Aku menjadi seperti Kitaro yang mabuk dengan pianonya. Aku bukan taksub pada Laut. Tapi aku anak Laut. Laut yang luas terbentang itu seolah-olah satu kehidupan yang penuh dengan pancaroba. Seperti melepas anak penyu-kita takkan tahu ia dapat bertemu ibunya atau tidak!

Aku memang suka pantai.. suka laut. Suka pada Pulau. Pulau Perhentian yang selalu aku jejak. Aku suka melihat biru laut. Melihat anak-anak ikan.Penyu. Ingin saja aku petik gitar memainkan lagu-lagu syahdu walaupun aku tahu aku hanya nyanyikan lagu itu pada diri aku sendiri.

Kadang-kadang aku melihat orang putih tidak berpakaian. Maaflah aku tidak bernafsu. Mereka insan tiada akal. Tidak Tahu menghargai apa yang Tuhan Anugerahkan pada mereka. Gebu itu tiada makna bagi aku. Zahir itu tidak pernah membutakan hatiku. Yang Cantik itu tidak semestinya Elok pada pekerti dan Ikhlas pada hati. Yang Manis itu biasanya tidak pernah setia. Yang Menarik Hati itu tidak pernah buat aku lalai-aku terus memuji Tuhan. Indahnya CiptaanMu Wahai Tuhan. Alam yang kau Ciptakan ini buat aku berfikir.

Untuk Apa semua Ini?
Untuk Siapa?
Kenapa?

Aku merenung langit. Siang dan Malam tidak pernah tersalah. Bila Matahari keluar-jadi Siang. Bila terbenam-jadi Malam. Burung Helang itu menyambar anak ikan. Wahai Tuhan Yang Menciptakan... Indahnya Alam ini.. Indahkanlah lagi .. Kalau Engkau Maha Mengerti tidak perlu aku berdoa lagi!!!

Kalam Baiduri
Besut
Pulau Perhentian

5 comments:

Hartini Omar said...

melodramatik..
banyak yg boleh dipelajari dari alam.. kalau diberi pilihan, saya juga mahu bekerja di persisiran pantai, sambil menghargai tarian nyiur yang melambai..
ah, seenak kisah cereka..

hayat said...

hartini..bagi anak kampung..alam adalah indah..bukan seperti anak bandar-hidup di hutan batu.ah seenak novel lama..haha

Nafastari said...

hayat, aku selalu gemarkan kata-katamu yang sungguh hiperbola dan kinayah...
ah, seenak kata-kata romeo

WS Zuriati said...

Huh...lama sungguh tak menjenguk hayat. Masih seperti dulukah dirimu?

Akak kalau baca tulisan hayat mulalah berangan nak tulis novel cinta akak zaman muda-muda dulu..
Masa tu, duk menggila lagu suci dalam debu.. ha..ha..ha..

hayat said...

kak zuriati,
kata-kataku puitis
kalimahku berlagu-lagu
bisa mencairkan sesiapa kalau kumahu
tetapi aku masih menyendiri..
menanti waktu..
jiwang lak!!!heheh