Di dalam seribu kesusahan, nampaknya aku masih boleh tersenyum. Tengahari sebelum menyambut satu Syawal ayahanda yang tercinta boleh beraya di rumah-tidak lagi di Wad. Syukur Alhamdulillah-Tuhan Yang Memberi kami nikmat Aidilfitri, masih boleh menjamah kuih muih dan lemang. Namun seperti biasa, aku pasti sakit perut!hahahah..kombinasi ketupat-rendang-Coke memang merosakkan function usus aku.Letih aku keluar-masuk tandas.
Alhamdulillah jugak, Rumah baru kami di Setiu siap sempurna dan ayah begitu teruja melihat rumah kami yang baharu itu. Alhamdulillah juga, Bonda juga berjaya membawa pulang sebuah Toyota Rush yang baharu yang diidamkan selama ini biarpun telah memakai Perdana V6.
Dan aku syukur jugak kerana aku sendiri pun sudah menjual kancil aku dan memiliki sebuah Waja sempena Aidilfitri ini!
Anak saudara kami, Sofia Ramadani masih comel-aku cium-cium bawak Sofia ke Pantai Penarik bermain pasir putih. Sofia suka sangat melihat lembu. Adik-beradik aku semua bergembira di hari raya-cuma agak terkilan Adik kami, Ainul Madina beraya di Jordan kerana tidak dapat cuti. Adik kami seorang lagi Ainul Arafah pula sibuk membuat persiapan nak ke Jepun.
Salam Aidilfitri untuk semua sahabat handai dan rakan taulan. Aku tak ke mana-mana tahun ini, ada di Rumah saya di Batu Buruk, Kuala Terengganu. Semuga Aidilfitri yang akan datang lebih meriah, Kami memohon kepada Tuhan Moga Tuhan Panjangkan Umur Ayahanda kami dan Murahkan rezeki!Amin!!
4 comments:
Kalo macam tu aku nak datang ke rumah Batu Burok kamu la..
Salam Saudari Hayat,
Wah, gembira sungguh nampaknya kamu menyambut lebaran ya! Ermm, Saudara Ahmad WM Omar itu saudara kamu ya?!
Pastinya bahagia kan menyambut lebaran bersama keluarga & insan-insan yg kita sayang. Alangkah bahagianya diri saya seandainya saya juga punya peluang berhari raya seperti kamu. namun, apa boleh buat..telah ditakdirkan saya terpaksa menyambut lebaran keseorangan di bumi Malaya ni:-(
Wassalam!
kata nak angkat civic tahun 98...
tup2 angkat waja lak...
ahmad,datangla ke gobok buruk hamba..kalaulah hang jebat tidak menderhaka..hahah!
ishan,perjalanan yg kita tempuh pasti berbeda,kita diuji dari pelbagai cara,Bersabarlah..Bahagia pasti menanti mereka yang sabar atas segalanya.
Yazid,kalau diikutkan hati,sure honda jadi pilihan,cuma loan susah nak lulus,kereta dah after 10 years..agaknya Encik Yazid pun dah pakai kete baru eh?
Post a Comment