Saturday, April 19, 2008

Adakah Kau Wanita dari Syurga?

Hampir setiap hari aku jumpa wanita cantik.Yang Mulus,Yang matanya seperti Ainul Jariah,Bidadari Syurga.Wanita cantik selalu aku merenung terus ke dalam matannya.Mata tak pernah menipu!Cuma kekadang mungkin aku yang tersalah-tafsir.Maklumlah aku bukan wali,cuma manusia marhain yang tidak pernah dan akan sempurna.Aku bukan wali dan Kasyaf-boleh melihat yang tersirat.Tuhan tidak memuliakan aku seperti itu.Aku juga tidak memiliki Ilmu Ladunni-juga bisa menembus alam Ghaib-rahsia Tuhan.aku tidak mempunyai Hikmah seperti itu.
Aku manusia biasa yang memahami perempuan.Jiwa yang lembut itu ingin dibelai.Ingin dimanja.Ingin dipupuk.Ucapan-Ucapan pada mereka tidak pernah sifirnya bernada keras,harusnya lembut dan lemah sentiasa.Dalam memuji ikhlas,mereka tersenyum,ternyata mereka adalah Mulia di Sisi TuhanNYA.Adam hidup dalam Syurga yang Penuh Keajaiban!Sungai Susu Yang mengalir,bejana emas,Berlantaikan Sutera,Pohon-Pohon Buahan yang tidak pernah berhenti berbuah.Niatkan sahaja-bersukaria.tetapi apa yang kurang pada Syurga?
HAWA.
Ya Hawa
Perempuan!
Merekalah penghibur Lelaki.Pelengkap pada Hati Jantan Yang Keras ini-Dititip kasih hati-jiwa hati-jiwa mereka yang lembut.Apa hikmahnya.Kekadang Bila Yang Lembut itu tercalar-Mereka segera ingin dipujuk.Yang bengkok itu Dilurus mudah.Dan mereka tetap setia di sisi kita.
Yang cantik itu matanya.Yang Indah itu lahirnya.Biarlah Di dalam itu ada sekeping hati yang setia.Beruntungnya dia.Dia berjaya mengisi jiwa aku yang kosong-robek-koyak-direnyuk kejam ini semula.Aku ingin berkongsi hidup dengannya!Aku janji aku akan berikan Dunia ini Padanya!!Tidurku Diganggu Dia.Dia Datang Lagi.Bukan Mimpi!!Aku ingin miliki hatinya!!Tuhan,bolehkah kau katakan pada dia tanpa aku menutur kata walau sepatah pun.Tolonglah Tuhan..

2 comments:

Hartini Omar said...

tuan hayat,
-biarlah saya tuturkan saja
-meskipun bukan saya wanitanya
-kalau benar hati tuan sudah terusik, jgn dibiar rindu mencarik
-wanita itu takkan bersuara, kalau bukan tuan yg memulakannya
-kalau sudah dinamakan wanita, wanitalah juga sampai bila2
-jika hatinya sudah dimiliki, takkan mampu tuan curi kembali
-percayalah.. kerana saya juga seorang wanita, yg datang tentunya dari syurga.. dari darah adam dan hawa!

p/s: tak gemar cerita duka

hayat said...

kita semua asalnya dari Syurga,moga kita dikembalikan ke tempat asal kita!!bukan dilencongkan ke Neraka-asal Syaitan durjana!!semuga Tuhan Terima Syahadah penyaksian kita Pada Esanya Dia-Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Penyayang!!
-aku malu ke Syurga tapi aku tak sanggup ke Neraka!!Ya Allah,ampuni dosaku!!