tengah aku bermain badminton,tengah tergelak-gelak tak tahan melihat hamzah menunjukkan skill orang tua yang kurang stamina,tiba-tiba seorang makcik melintas dan singgah di rumah jiran.ada hal rupanya.bila pulangnya aku menyapa,
"Guane makcik,sihat?"
"sihat!"
"guane pilihanraya baru ni makcik?,sinis.
"dok menang nak wat lagu mane!"
"Makcik masuklah PAS",usik aku sambil tunggu respon dia.
"itu parti bulat tu parti komunis tu!"jawabnya yakin.
"Umno pulak makcik?"
"hok tu tak tahulah!"
"DAP pun komunis jugok!"dia jawab yakin.
Hamzah tak tahan gelak.dia gelak kuat-kuat.dahla makcik tu duduk tepi dia.Makcik tu buat tak tahu jer.Mungkin dia kurang selesa.Dia pun mintak diri.
"makcik balik dulu la yer!"
Iya makcik weh,bawok beskal elok-elok!-aku mengakhiri perbualan.
Mungkin dia tidak pernah menerima pendidikan formal macam kita semua.Dia amat yakin bulat Pas itu sama dengan bendera Nippon yang datang ke tanah melayu pada 1942.Jepun mendarat di Kota Bharu.Berbasikal dan berjalan kaki mengikut denai-denai kampung,mereka menawan Malaya.Tanah Melayu kita ini pernah dijajah Jepun,Belanda,British dan Portugis.Mungkin Makcik Maimun tidak faham sesuatu yang kita faham namun semangatnya dan niatnya nampak ikhlas dari kebanyakan pemimpin politik.Aku melihat dia mengayuh basikal perlahan dan hilang dari pandangan.
Masyarakat melayu begitu selesa.Aku pernah membaca dari kulit ke kulit buku Malay Dilemma karangan Tun Dr Mahathir menceritakan tentang Bangsa Melayu kita yang statik.Mahathir menyanjung perkahwinan campur yang dikatakan akan melahirkan generasi yang cerdik pandai.Orang Melayu tidak suka berubah dan hanya kekampungan.Ada idea-idea Mahathir yang aku sangat setuju.Dia bebas menulis berdasarkan kacamata dia.Dia orang Hebat.tapi tulisannya dihentam cukup-cukup oleh Penulis Ahmad Boestaman.Dia kritik Orang Melayu dah hebat.Melayu yang pandai-pandai di Bandar itu juga lahir dari orang kampung..apapun semuanya bergantung kepada kita.Hanya pendidikan yang mewirakan bangsa kita.kejahilan ilmu akan buatkan kita tak maju sampai bila-bila.
ada satu bab yang paling menarik dalam buku itu.Tentang perpaduan kaum.Tun Mahathir kata perpaduan tidak pernah wujud dari masyarakat bawahan,mereka masih prejudis dan berburuk sangka,orang politik juga hanya tampak bersosial antara kaum bila ada majlis keraian sahaja,ia suatu yang plastik,tidak tulen dan penuh dengan retorik.Aku boleh setuju dengan pendapat itu.
aku hanya merenung jauh,apakah nasib bangsaku!

4 comments:
Tringin benar aku nak jumpa dan berbual dgn Puan Maimun tu, tp belum kesampaian.
Aku pun setuju dgn beberapa pandangan Tun dalam Malay Dilemma tu. Sangat bernas dan ikhlas.
Perpaduan antara kaum di Malaysia? Hanya wujud dalam watak2 dalam buku teks sekolah rendah...
kadang-kadang untuk memahami erti perpaduan itu sendiri memerlukan satu keberanian yg tinggi...fahami dan sedari
Akak suka sorang-sorang ditengah malam buta bila baca pasal mak cik maimun ni...
makcik maimun tu muka blur jer!naik basikal buruk then jual kain dari rumah ke rumah!!tatpi dia tetap best!!!
Post a Comment