Monday, April 14, 2008

Seimbas #SMAASZA

Ketika di UIA dulu,aku tidak pernah bersukan.Patutlah aku nampak sihat jer.Tidak seperti muka aku lebih nampak hensem ketika di Form 5 dulu.Muka innocent dan meyakinkan.Haha!!(mungkin ini andaian penulis sahaja).Aku ingin mengikuti kelas renang tetapi aku fikir ianya tidak bermanfaat.lansung ia terbantut ketika itu.aku lebih gemar berborak-borak dan bersosial dengan kawan-kawan aku.Cuma aku tak pergi Clubbing.Aku juga tidak merokok.Mungkin aku adalah Produk aliran Thanawi dari SMA Sultan Zainal Abidin Batu Buruk.Mungkin juga aku produk gagal,barangkali kerana aku hanya memilih jalan hidup yang sederhana.Itu lebih baik.aku tidak hipokrit.Lagi tidak Retorik.meskipun aku lahir dari Sistem Sekolah agama,aku banyak berkonfrontasi dengan kawan-kawan sealiran.Mungkin juga mereka memilih jalan yang terlalu SYADID (Extreme) untuk mereka amalkan.Mereka kebanyakannya anti-sosial.Aku pernah ditegur kerana kurang memakai kopiah ketika sessi lepas sekolah.Alasan yang diberikan adalah akan hilang SIKAH..hilang kewibawaan orang yang berugama.Aku juga dilarang oleh pelajar senior untuk bertanyakan banyak soalan kepada Ustaz ketika ustaz mengajar dengan alasan IHTIROM (menghormati) guru.aku menjawab Kunci kepada Ilmu itu ialah bertanya.kalau aku tidak faham-aku terus bertanya.Ternyata aliran Thanawi masih mengamalkan "adat"yang diwarisi dengan taqliq buta(mungkin keadaan sekarang telah berubah).Dengan tingkap yang tertutup rapat-TIDAK BOLEH sesekali dibuka kerana bimbang "mengundang Fitnah" dari pelajar lelaki kelas lain yang melalui kelas kami,itu adalah perkara yang bagi aku terlalu jumud.Oksigen yang kurang di dalam kelas mungkin menyebabkan ramai pelajar kelas kami mengantuk dan tidur.Di samping lemah berbahasa Inggeris,mungkin kerana tidak diberi penekanan atau dibuat sambil lewa dan lemah dalam matematik membuatkan pelajar Thanawi(ketika itu)tidak dipandang tinggi oleh Masyarakat Sekolah.

Ustaz Marbawi juga pernah kehairanan kerana Pelajar Wanita tidak respon kepada Soalan-soalan Ustaz kerana mungkin dibimbangi suara yang dijawab didengar oleh semua orang dan dianggap Aurat!hubungan sesama pelajar meskipun dalam proses pembelajaran dinafikan terus-mereka hanya boleh bercakap melalui "hijab" atau tingkap yang tertutup mungkin untuk menjaga nafsu.Mereka juga berhubung melalui surat-surat yang ditulis ringkas yang diletakkan di bawah meja.Keaddan lagi merumitkan apabila ingin mengadakan jamuan kelas.dalam aktiviti Sekolah,Banyak program LDK diasing-asingkan,kalau ianya program motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah,Persatuan Thanawi akan memprotes jika ianya diadakan bercampur antara lelaki dan perempuan.aku pun tidak faham kenapa Sistem Thanawi di SMAASZa begitu.aku tahu pernyataan ini akan mengundang kontroversi tetapi aku bebas menulis!
Setelah aku keluar dari UIA,ramai juga kawan aku yang berubah.Dari bertudung Labuh hingga ke tudung Singkat.dan ada dari bertudung hingga ke FreeHair!ada juga yang masih berperwatakan alim!ada juga yang "Jangok" dan ada yang merasakan dia bebas dari belenggu Thanawi.Mungkin kerana dia berpakaian begitu kerana hanya mengikut Sekolah dan keadaan.dan ada yang berpendapat Ianya tidak sesuai begitu.
bagi aku,terpulanglah kepada kita.Apa yang kita percaya!Tuhan sudah memberi kita akal-berfikirlah!!apa yang terbaik buat kalian!!

Bagi aku yang terlalu meminati muzik,aku tidak pernah meletakkan Sistem itu yang akan menghalangku. ramai juga ilmuwan Islam dahulu yang juga Pemuzik.Mereka menghargai Seni padahal mereka Fakih dalam Ilmu ugama dan juga Menghafaz Al-quran.Aku suka memetik Gitar.Aku suka bermain badminton dan tennis dan membaca.Itulah dunia aku!!

6 comments:

Nafastari said...

Saya faham maksud kamu. Kamu sayangkan saudara seIslam kamu, cuma kurang setuju dgn beberapa cara dan pendekatan mereka kurang menggunakan akal dan rasional.

Islam itu mudah, praktikal dan moden. Jadi mereka sepatutnya mengamalkan Islam seperti yang seharusnya, bukan menyusahkan yang mudah.

WS Zuriati said...

Akak teringat masa berkawan dengan budak thanawi kat smasza dulu-dulu. Tapi yang bagusnya masa tu akan baru tahu solat sunat tasbih dan sunat taubat walaupun sekarang dah agak jarang melakukannya...

hayat said...

hahah saya kritik kepada budak-budak thanawi sebab saya sayang kat mereka semua.Yang baik tetap banyak..heheh!!

WS Zuriati said...

Lagi satu yang akak cukup tersentuh dengan budak-budak thanawi ni bila diaorang berdoa.. Masya Allah...semua doa dalam ma'thurat diaorang hafaz. Dulu akak pun banyak jugak hafal tapi sekarang tinggal separuh je yang masih amal..tak baiknya..

kucai said...

diorang ni x belajar abih lagi..baru separuh nanti abih tahu laa

kucai said...
This comment has been removed by the author.