hari ini aku naik court.defence kes Section 13B(2) Akta Makanan 1983.semalam aku dah study akta ni.nampaknya akta ni tidak memihak sangat pada pembelaan.agak bias.satu section,iaitu section 20 menyatakan bahawa jikalau analisis makanan itu dikemukakan ianya menjadi prima facie kepada kes pendakwaan.mana adil cam tu!tetapi aku pun punya strategi sendiri.aku masukkan notis panggil juruanalisis beri keterangan.bila saksi ini tidakdipanggil,laporan kimia itu dikira salah diterimamasuk sebagai keterangan=menjadikannya ground to appeal!atau aku rasa memang ahli kimia tu susah nak datang.atau memang tak datang.dan kes ini boleh menang.
hari ini sepatutnya bicara.tetapi pendakwaraya kesihatan tidak bersedia dan saksi tidak hadir.dia mohon tarikh bicara lain.aku tiada bantahan tetapi mohon mahkamah rekod dan rekod juga permohonan notis panggil ahli kimia(sama macam section 399 cpc).dan aku mohon ditetapkan bicara final!
taktik aku satu je.nanti next trial-kalau saksi dan ahli kimia tak datang lagi-aku mohon buang kes.nanti aku hujah kow kow bagi hakim buang kes.bukan aku tak biasa.kes aku di besut ada yang aku dah hujah macam tu.terus hakim kata"DNAA!"
kalau kes ini berjalan-aku akan cross ssampai mampus saksi dia.sebab memang bagi aku ini satu kes penganiayaan.aku takleh cerita lebih-lebih sebab prejudicial pada kes lak nanti.tapi yang penting klien aku memang tidak bersalah.
aku mohon keadilan.Ya Allah Tuhan yang Maha Adil.berikan kami keadilan!
Amin!
4 comments:
time limit 150hari & 90 hari pendakwaan dah comply?
aku dah kire..128 hari je..sikit sahaja lagi.heheh..
yg indah,nak tanya hang ni.maksud 150 hari tu tarikh drpada sampel diambil dan tarikh sebutan pertama kan?
150 hari dari sampel diambil sampai kes didaftarkan,bukan disebut kali pertama.
90hari dari sampel diambil sampai laporan juruanalisa dikeluarkan (kot)kurang pasti psal 90hari ni.
Post a Comment