Aku baru sahaja berbual dengan Bekas Ahli Parlimen Setiu, mahkamah pagi tadi.Dia adalah bekas ahli politik yang aku kira dicantas orang. Orang mana yang bawak parang, aku tidak faham.Sekadar berbual kosong,tiba-tiba jadi berisi.
"Bukan jalan politik kalau kita hendak bantu masyarakat!".pilihla jalan lain.Mungkin dia pun bosan dengan politik arus perdana atau politik JKKK yang sempit.aku faham.aku melihat juga dari sudutnya itu.Pemimpin kampung yang tiada pelajaran sungguh sombong dan akan mencantas pemimpin-pemimpin baru yang ada kelulusan ijazah.Jawatan AJK masjid dipolitikkan-dan hanya orang tertentu akan menduduki kerusi panas itu.Masjid menjadi tempat dan platform bagi orang-orang tertentu menaikkan dan melonjakkan didi sendiri barangkali dan membenam orang lain yang ingin ke puncak!.Aku kira YB ini meluat dengan cakap-cakap pemimpin JKKK yang tidak ikhlas.mungkin juga kerana habis anak-beranak JKKK yang yang dapat subsidi baja dan rumah PPRT!
Pengalaman aku jadi jurubanci buatkan aku sungguh percaya kebenaran hakikat ini.dalam permohonan, ketua kampung mengaku miskin.ada senarai dalam list!pastu lak mana-mana yang bukan sebulu, ketua kampung suruh sekat bantuan atap.Aku serba salah!
Rosaknya kampung juga kerana ramai ustaz yang tidak belajar tinggi.Habis orang kampung diharukan dengan fahaman Wahabi, Salafi dan diajar bertalfiq dan campur-campur mazhab.Ramai yang dilarang pergi ke kubur.Bila ada tahlil-ada yang jadi hero cakap amal tidak diterima dan sebagainya.Yang Salah bukan itu tetapi salahnya tiada asas.Ramai lagi yang tidak solat.dan ramai lagi yang tidak boleh baca Quran.apatah lagi faham maknanya.Orang kampung ramai lagi yang pakai penunduk isteri,penunduk suami.Ramai orang yang jadi dungu kena nasi kangkang.Ramai lagi yang tidak tahu fardhu ain. Jantan ramai lagi yang tidak pandai solat jenazah.Masyarakat kita telah rosak.Dalam kampung anak muda ramai yang ketagih daun ketum.Makan pil kuda.Orang muda-muda berzina dengan janda.Sumbang mahram berleluasa.Kanak-kanak ada hanphone.dalam hanphone ada video lucah.habis, kenapa dihalang baca yaasin di malam jumaat wahai saudara?itu sahaja cara orang melayu dekat dengan ugama.Bagaimana kalau kita wajibkan di kampung kita tiap-tiap malam selasa kita adakan kelas tauhid?Apa nabi tak buat?Itu pun kira bidaah ke?
Ramai juga orang yang berpendidikan tapi bersikap diam diri.takmahu campur.kerana dilabel bukan-bukan.orang kampung bawak hal masing-masing.anak-anak jiran tidak boleh ditegur nanti ada yang kena pukul.orang tua pulak tiada wawasan.duduk kedai kopi main dam.habis,ke mana masyarkat melayu 20 tahun akan datang?
Mana Islam?
Mana budaya?
Orang kerja pejabat suka duit bawah meja, duit air takde fail tak jalan.aku fikir dunia ini mahu kiamat.Orang suka gaduh-gaduh tapi suka duit.ramai muda-muda tikam nombor ekor.sebelum tikam,sembah jin pokok tembesu, cari kura-kura lintas jalan, pasang lilin tepi gua.rosak-bangsaku rosak!mana nak jadi ketua,pakai cincin besar-besar kayu kokka,bila pakai,orang hormat, bolehjadi ketua,jadi cincin tu la yang beri kuasa?
Oh Melayu!
aku bukan hina bangsa sendiri.tapi lihatlah.apa benar kata-kataku?
Mana Wira Kita?
Pejuang Islam Hadhari dah pergi mana?
senyap je!
ish ish ish!
nak harapkan JKKK tadi yang jadi imam sekali sekala tu baik tak payah!kalau baca alfatihah tak ikut tajwid baik boleh blah.masjid besar kerajaan bagi,tapi sayang tok imam tak sekolah-taktahu nak beza mad arid lilsukun ngan qolqolah!
1 comment:
Akak suka baca yang ini. Akak pun konfius bila member duk tanya betul ke xleh bc yasin mlm jumaat. Heran sungguh....
Post a Comment