Tuesday, August 18, 2009

tanpa tajuk

Allah Taala menurunkan Al-Quran,dan ia adalah KaLamULLAH yang agung, Kata-Kata Allah yang Benar lagi tiada ragu ragu padaNYA.Asas kepada keimanan seorang Muslim ialah rukun iman iaitu Percaya pada Allah,Kitab,Malaikat,Kiamat dan Qada' dan Qadar.
Nabi Muhammad SAW yang diutus adalah menjadi nabi kepada semua umat manusia.Mengikut Sejarah,nabi sendiri pernah disihir sehingga Nabi demam.Datanglah Jibrail mengajarkan nabi ayat Al-Quran dan turunlah ayat 3 qul dimana bagi membatalkan sihir iaitu tali yang disimpul yang dibuang di dalam telaga Rasulullah.
Kenapa ada yang tidak percaya kepada semua ini?
Jawapannya adalah kerana TIDAK NAMPAK!
Allah Taala itu sendiri kita tidak pernah nampak.Harus kita perlu menolak adanya Allah?
dan Nabi sendiri kita tidak pernah jumpa,dan kita tidak harus percaya?
Itulah yang Allah Taala anugerahkan akal.seperti daya graviti,yang tidak nampak tapi ia ujud seperti itulah Kita meyakini adanya Allah.alam ini bukan terjadi secara natural tetapi ianya diatur,ada sistem,ada program yang dijaga Allah Taala.
Allah itu ujud dan pasti ada.Maha Suci Allah yang membantu mereka yang berdoa padaNya.
Teitilah quran dan yakinlah pada setiap isinya.fahamkanlah maknanya.Di dalamnya ada seribu rahsia alam yang tersembunyi lagi menakjubkan.
Iblis Syaitan adalah tetap musuh yang utama.itu hukum.Sesiapa yang santau orang lain pasti akan dibalas Allah Taala.Allah Taala Maha Adil Lagi Bijaksana.Wahai Tuhan yang menggerakkan Awan,Wahai Tuhan yang menghancurkan musuh Allah di perang Ahzab..orang yang mengamalkan sihir pasti Allah hancurkan.cuma masa.Allah pasti berada di pihak yang benar.
Percayalah pada Al-Quran.bila dibacakan ayat-ayat tahsiniyyat atau manzil dan ayat-ayat terpilih,mangsa sihir terus menggelupur dan dapat dipulihkan.Anda tidak percaya?
itu tandaNya Allah Taala yang beri bantuan pada hambaNYA.dan jika Allah tidak izinkan,sihir itu pasti tidak dapat memudaratkan kita orang yang beriman.Percayalah,jangan gentar dan jangan takut,Allah sentiasa bersama kita!

Friday, August 14, 2009

Saman Lagi.UH Gila!

Tengah siapkan saman nak saman syarikat Gergasi Oil & Gas Singapore..nama tidak boleh diberitahu).Amaun die sikit je.dalam 400K je.aku dah siap hantar via AR Register.Pastu pulak nak saman syarikat Melayu haprak yang memang hutang ni tak nak bayar.takpe..kita saman je..
Pastu lak,ade kes yang sangat menarik minggu ni.Pasal Caveat.sekarang ni dah jadi satu method nak buat naya kat orang iaitu kita caveatkan tanah orang tak tentu pasal.pastu bila tanah nak dijual for sure tanah tu sangkut bila nak sign borang 14A.pastu biasanya penjual ni akan jumpa org yg masukkan caveat tu.orang tu dah mintak duit suapan 10k dan dia at anytime boleh tarik balik caveat tu.jadi caveat tu satu senjata nak kenakan orang ang they make money on it illegally.
Aku teliti file tu.tgk punya tengok.asas nak masuk caveat tu mesti org yang ada kepentingan.aku tengok dia angkatsumpah dalam keterangan akta berkanun dia tipu,dia cakap dia ada kepentingan-padahal tipu je.ada yang nak kena section 199 dan 200 Penal Code.mampus la kau.beri keterangan palsu.sure ko masuk lokap.beraya dalam penjara la kau..pergi mampus.
Jadi agak susah kes ini tuantanah sakit kat rumah.kena peri rumah dia dan setel hal ni.dan masukkan borang potong caveat.takpun cam biasa la,aku akan telefon orang jahat tu suruh tarik balik caveat tu.Kalau tak aku repot Polis.hahha!baik ko jangan memain ngan aku.
Lawyer gila saman...

Thursday, August 13, 2009

saman Bank!

hari ini aku nekad.siapkan NOD saman bank.sebab duit pinjaman klien aku ditranfer kepada sape-sape entah.staff die yang pecah amanah aku rasa.sebelum aku hantar NOD tu,aku call sepatah pengurus bank tu,aku cakap korang kena setelkan hal ni sebab kalau aku repot polis korang kena charge pecah amanah,dan jadi kes jenayah.korang beraya lah dalam lokap.
aku cakap korang vicariously liable on that negligence.pastu,pengurus bank tu mungkin mengamuk pastu suruh staff dia setel.diorang bayar 60 ribu cash!gila..dan kes ditutup.aku happy je..happy sangat..sebab belum sempat aku hantar NOD tu,kes dah selesai.CASE CLOSED!

Monday, August 10, 2009

court.

hari ini aku naik court.defence kes Section 13B(2) Akta Makanan 1983.semalam aku dah study akta ni.nampaknya akta ni tidak memihak sangat pada pembelaan.agak bias.satu section,iaitu section 20 menyatakan bahawa jikalau analisis makanan itu dikemukakan ianya menjadi prima facie kepada kes pendakwaan.mana adil cam tu!tetapi aku pun punya strategi sendiri.aku masukkan notis panggil juruanalisis beri keterangan.bila saksi ini tidakdipanggil,laporan kimia itu dikira salah diterimamasuk sebagai keterangan=menjadikannya ground to appeal!atau aku rasa memang ahli kimia tu susah nak datang.atau memang tak datang.dan kes ini boleh menang.
hari ini sepatutnya bicara.tetapi pendakwaraya kesihatan tidak bersedia dan saksi tidak hadir.dia mohon tarikh bicara lain.aku tiada bantahan tetapi mohon mahkamah rekod dan rekod juga permohonan notis panggil ahli kimia(sama macam section 399 cpc).dan aku mohon ditetapkan bicara final!
taktik aku satu je.nanti next trial-kalau saksi dan ahli kimia tak datang lagi-aku mohon buang kes.nanti aku hujah kow kow bagi hakim buang kes.bukan aku tak biasa.kes aku di besut ada yang aku dah hujah macam tu.terus hakim kata"DNAA!"
kalau kes ini berjalan-aku akan cross ssampai mampus saksi dia.sebab memang bagi aku ini satu kes penganiayaan.aku takleh cerita lebih-lebih sebab prejudicial pada kes lak nanti.tapi yang penting klien aku memang tidak bersalah.
aku mohon keadilan.Ya Allah Tuhan yang Maha Adil.berikan kami keadilan!
Amin!

Sunday, August 2, 2009

Bangsaku!


Aku baru sahaja berbual dengan Bekas Ahli Parlimen Setiu, mahkamah pagi tadi.Dia adalah bekas ahli politik yang aku kira dicantas orang. Orang mana yang bawak parang, aku tidak faham.Sekadar berbual kosong,tiba-tiba jadi berisi.


"Bukan jalan politik kalau kita hendak bantu masyarakat!".pilihla jalan lain.Mungkin dia pun bosan dengan politik arus perdana atau politik JKKK yang sempit.aku faham.aku melihat juga dari sudutnya itu.Pemimpin kampung yang tiada pelajaran sungguh sombong dan akan mencantas pemimpin-pemimpin baru yang ada kelulusan ijazah.Jawatan AJK masjid dipolitikkan-dan hanya orang tertentu akan menduduki kerusi panas itu.Masjid menjadi tempat dan platform bagi orang-orang tertentu menaikkan dan melonjakkan didi sendiri barangkali dan membenam orang lain yang ingin ke puncak!.Aku kira YB ini meluat dengan cakap-cakap pemimpin JKKK yang tidak ikhlas.mungkin juga kerana habis anak-beranak JKKK yang yang dapat subsidi baja dan rumah PPRT!

Pengalaman aku jadi jurubanci buatkan aku sungguh percaya kebenaran hakikat ini.dalam permohonan, ketua kampung mengaku miskin.ada senarai dalam list!pastu lak mana-mana yang bukan sebulu, ketua kampung suruh sekat bantuan atap.Aku serba salah!

Rosaknya kampung juga kerana ramai ustaz yang tidak belajar tinggi.Habis orang kampung diharukan dengan fahaman Wahabi, Salafi dan diajar bertalfiq dan campur-campur mazhab.Ramai yang dilarang pergi ke kubur.Bila ada tahlil-ada yang jadi hero cakap amal tidak diterima dan sebagainya.Yang Salah bukan itu tetapi salahnya tiada asas.Ramai lagi yang tidak solat.dan ramai lagi yang tidak boleh baca Quran.apatah lagi faham maknanya.Orang kampung ramai lagi yang pakai penunduk isteri,penunduk suami.Ramai orang yang jadi dungu kena nasi kangkang.Ramai lagi yang tidak tahu fardhu ain. Jantan ramai lagi yang tidak pandai solat jenazah.Masyarakat kita telah rosak.Dalam kampung anak muda ramai yang ketagih daun ketum.Makan pil kuda.Orang muda-muda berzina dengan janda.Sumbang mahram berleluasa.Kanak-kanak ada hanphone.dalam hanphone ada video lucah.habis, kenapa dihalang baca yaasin di malam jumaat wahai saudara?itu sahaja cara orang melayu dekat dengan ugama.Bagaimana kalau kita wajibkan di kampung kita tiap-tiap malam selasa kita adakan kelas tauhid?Apa nabi tak buat?Itu pun kira bidaah ke?

Ramai juga orang yang berpendidikan tapi bersikap diam diri.takmahu campur.kerana dilabel bukan-bukan.orang kampung bawak hal masing-masing.anak-anak jiran tidak boleh ditegur nanti ada yang kena pukul.orang tua pulak tiada wawasan.duduk kedai kopi main dam.habis,ke mana masyarkat melayu 20 tahun akan datang?

Mana Islam?

Mana budaya?

Orang kerja pejabat suka duit bawah meja, duit air takde fail tak jalan.aku fikir dunia ini mahu kiamat.Orang suka gaduh-gaduh tapi suka duit.ramai muda-muda tikam nombor ekor.sebelum tikam,sembah jin pokok tembesu, cari kura-kura lintas jalan, pasang lilin tepi gua.rosak-bangsaku rosak!mana nak jadi ketua,pakai cincin besar-besar kayu kokka,bila pakai,orang hormat, bolehjadi ketua,jadi cincin tu la yang beri kuasa?

Oh Melayu!

aku bukan hina bangsa sendiri.tapi lihatlah.apa benar kata-kataku?

Mana Wira Kita?

Pejuang Islam Hadhari dah pergi mana?

senyap je!

ish ish ish!


nak harapkan JKKK tadi yang jadi imam sekali sekala tu baik tak payah!kalau baca alfatihah tak ikut tajwid baik boleh blah.masjid besar kerajaan bagi,tapi sayang tok imam tak sekolah-taktahu nak beza mad arid lilsukun ngan qolqolah!



Saturday, August 1, 2009

virtual world!

gambar hiasan je.gadis ni ajak aku dinner!hahah


aku chat.masuk favourite room.sebentar sahaja.ade gadis-gadis yang galak menggoda bertertawa dengan jantan-jantan nakal.ada sesekali aku bersapa.terus diajak dinner!Tipu la dunia ini.takkanlah hanya semudah itu?ataupun dia sebenarnye anak gengster?


inilah dunia cyber.mungkin sudah ramai gadis yang ternoda!


aku masuk frendster.kenalan juga yang sama.melihat apa yang patut?tiada apa yang berubah.cuma ada sapaan pendek dari kawan-kawan lama.bosan oh frendster!


aku masuk myspace.Sexy sungguh awek2 di dalamnye.aku tak boleh lama di situ.aku ambik sikap berjaga-jaga sebelum apa-apa(hahhahah).


aku masuk facebook.entah ape-ape.merapu-rapu applicationnye.penuh dengan bunga-bunga gift.pastu meleret-lerat je page die.aku sign out.


yahoo Mesengger pun macam tak best.member ramai yg invi.kalau ade pun aku taknak cakap or chatting sangat.sekadar hello pada hadi,eva,salwa-itu je!itu je pun member aku yg rapat-rapat.cuma mereka kat KL.najib pulak tak dah tak YM je.Yazid pun same.jadi konklusinye,YM juga tidak menggembirakan hari-hariku!


aku masuk lelong.com.my.barang yang aku beli minggu lepas tak sampai-sampai lagi.

masuk pulah mudah.com.my-hanphone harganye masih stable.

aku dah ade semua gadjet tu..


konklusinye dunia maya ini dipenuhi orang-orang yang misteri.mungkin di dunia nyata,mereka tak seperti itu pun.mungkin!