Thursday, October 15, 2009

Aku Pernah ((jawapan pada orang malang yang suka aku-maafkan aku)


Kalau kau selalu mengikuti blog ini,

fahamlah kau bahawa kadangkala aku juga menangis

Biarpun aku lelaki yang penuh ego

Aku tak boleh padamkan masa-masa lalu

yang telah sudah aku pernah tempuh

Aku tidak boleh anggap ia hanya mimpi

kerana perasaan gembira girang suka cinta itu bukannya aku mengingau-tapi ia sungguh

walaupun ia hanya sekadar diungkap satu patah perkataan

PERNAH


Kalau kau membaca blog ini,

inilah jawapan aku

bukan tiada yang cacat pada wajahmu

indah pekertimu

tapi hati aku

jiwa aku rusak-binasa hancur lebur berkecai berderai

hingga pernah aku terduduk

aku petik gitar sambil aku menyanyi

Aku senyum tapi air mata berderai seperti bayi

kalau kau faham AKU PERNAH...


Aku tidak boleh memberi janji

Aku pun tidak mohon kau janji

Kau carilah lelaki lain yang boleh berikan kau Syurga

menggembirakan kau dengan bunga-bunga

Menghadiahkan kau hadiah-hadiah romantis

dan mengucapkan patah-patah cinta yang damai

Sungguh aku lelaki buta cinta

Aku pernah....


Mohonlah kau pada Allah

Doa dalam kitab majmuk Al-Qohtoni itukan ada

Berserahlah kepada Allah Pemberi Cinta

Kalau Dia Yang beri-tidaklah aku seksa begini..

Aku pernah...

2 comments:

Anonymous said...

saya sangat kecewa sebab dah tolak cinta seorang lelaki..apa saya nak buat...

Hartini Omar said...

saya mengikuti blog kamu sejak dulu. membaca tiap2 kata penuh minat sepertimana saya membaca runtunan kisah2 lain dengan penuh minat juga

hari ini saya telah dapat melihat siapa gerangan kehidupan di sebalik hayat itu

hayat yang hidup dengan pengajaran dan pengalaman masa lalu

tahniah. teruslah menulis