Wednesday, February 25, 2009

AGM MAJLIS PEGUAM TERENGGANU

Atas nasihat Puan Salwa, setiausaha kehormat BAR terengganu, (dia selalu baca blog aku ni,maybe dia nak buat aku adik ipar dia-hehe:P), aku pun menulis sedikit untuk acara yang penuh gilang gemilang ini.

AGM kami yang berlangsung di Hotel Permai Inn,bermula dengan korum yang begitu ramai.Ada yang dikenalpasti telah melobi awal untuk mendapatkan jawatan-jawatan tertentu dan meraih sokongan terhadap pencalonan AGM kali ini.Ada lawyer yang betul-betul mahu berjuang dan berkhidmat dalam Majlis Peguam ini-aku terus beri sokongan yang sungguh padu.Tapi kalau setakat nak bergaya dengan pangkat,aku sanggah habis-habisan.Bagi aku,perwatakan sangat penting untuk seseorang itu diangkat sebagai pemimpin.Orang yang Ikhlas mesti akan diutamakan,yang penting Suara Mereka akan diekspresikan mengikut saluran yang betul.

Pencalonan Presiden mendapat tiada bantahan,dan seluruh committee juga.Yang buat aku terkejut,aku juga dilantik sebagai Wakil BAR terengganu "MALAYSIAN YOUNG LAWYER".Ramai ucap tahniah pada aku.aku senyum je.aku memang tak plan pun.aku tak pernah melobi,cuma maybe akhir-akhir ini,aku kerap pergi court dan file aku berlambak-lambak.Orang mula kenal aku.Aku pulak suka usik orang.hahahah..(maybe nama aku meniti di bibir lawyer-lawyer pompuan yang cun-cun tu..hahahha).Apapun,aku akan buat yang terbaik.InsyaAllah.Kak Salwa,lepas baca entry ni,boleh komen!heheh..we stand on our right,fight for right..yeahhhhhh!

No comments: