Wednesday, February 25, 2009

AGM MAJLIS PEGUAM TERENGGANU

Atas nasihat Puan Salwa, setiausaha kehormat BAR terengganu, (dia selalu baca blog aku ni,maybe dia nak buat aku adik ipar dia-hehe:P), aku pun menulis sedikit untuk acara yang penuh gilang gemilang ini.

AGM kami yang berlangsung di Hotel Permai Inn,bermula dengan korum yang begitu ramai.Ada yang dikenalpasti telah melobi awal untuk mendapatkan jawatan-jawatan tertentu dan meraih sokongan terhadap pencalonan AGM kali ini.Ada lawyer yang betul-betul mahu berjuang dan berkhidmat dalam Majlis Peguam ini-aku terus beri sokongan yang sungguh padu.Tapi kalau setakat nak bergaya dengan pangkat,aku sanggah habis-habisan.Bagi aku,perwatakan sangat penting untuk seseorang itu diangkat sebagai pemimpin.Orang yang Ikhlas mesti akan diutamakan,yang penting Suara Mereka akan diekspresikan mengikut saluran yang betul.

Pencalonan Presiden mendapat tiada bantahan,dan seluruh committee juga.Yang buat aku terkejut,aku juga dilantik sebagai Wakil BAR terengganu "MALAYSIAN YOUNG LAWYER".Ramai ucap tahniah pada aku.aku senyum je.aku memang tak plan pun.aku tak pernah melobi,cuma maybe akhir-akhir ini,aku kerap pergi court dan file aku berlambak-lambak.Orang mula kenal aku.Aku pulak suka usik orang.hahahah..(maybe nama aku meniti di bibir lawyer-lawyer pompuan yang cun-cun tu..hahahha).Apapun,aku akan buat yang terbaik.InsyaAllah.Kak Salwa,lepas baca entry ni,boleh komen!heheh..we stand on our right,fight for right..yeahhhhhh!

Sunday, February 22, 2009

Dengarkanlahhh..

Hari ini aku tutup handphone.aku biarkan saja hanphone aku kehabisan bateri tidak dicharge.Aku mula rasakan keamanan dan hati yang tenang.Masakan tidak,kalau dibuka,hanphoneku berdering-dering,1001 masalah diadukan kepada aku,bukan masalah legal,tetapi semua masalah klien diajukan kepada aku.tidak kurang juga yang mengajakku keluar minum-minum.hari ini aku namakan HANDPHONE-OFF-DAY!cuma kekadang rasa kesian bila bukak balik hanphone,ada byk miskol yang masuk.Tetapi bila diteliti hanya nombor sama yang appear,dari ofis dan dari clerk,then dari beberapa nombor yg tak dikenali.Aku ada handphone kedua yang nomborya hanya diberi kepada orang-orang tertentu.Baru aku faham,aku sebenarnya jenis yang perlukan privacy-dan buat hati aku tenang!


Bermula dengan HP-OFF-DAY,aku juga mula tidak membuka TV dari mula jam 8 malam hingga 9 malam..Aku benci pada provokasi-provokasi politik yang bagi aku sudah tidak ada ketamadunan dan nilai-nilai kemanusiaan.Beli lembu korban untuk sedekah pun salah.Dan aku mula berkira-kira untuk tidak tidur berbogel,takut-takut ada yang nak ambik gambar aku terkangkang..hahahha.aku rasa ramai setuju dengan aku,bahawa untuk tidak tengok TV lebih baik demi hati yang tenang dan jiwa dan aman. TV-OFF DAY juga bermula.membelek lembaran suratkhabar arus perdana juga menyakitkan hati.Isu sama,didendangkan kembali dengan tema yang sama dari dalam TV tadi.setiap lembaran-lembaran yang aku belek juga mengandungi provokasi yang melampau dan aku percaya ceritanya tidaklah segempar manapun tapi diapi-apikan untuk tujuan sebelah pihak.


Dari TV aku teruskan dengan kempen YM-OFF DAY.aku rasa YM 24 jam tidak memberikan aku manfaat yang banyak.Lebih baik aku baca buku dan decided Case dan memahami dengan lebih mendalam sesuatu principle dan exception.aku buka jarang-jarang sekali je YM.Aku rasa aku perlu lakukan semua ini untuk aku jadi insan yang lebih baik. Kemudian,aku pastikan hidup aku lebih religious.Solat Subuh harus dijaga sebaik mungkin.dan pastikan Aku melakukan sedikit amalan yang termampu-agar aku berubah menjadi manusia yang lebih aman jiwa dengan berusaha menjadi dekat dengan Allah.Cubalah sehabis baik jauhkan segala dosa yang zahir.InsyaAllah. Aku rasa aku harus bermula dari hari ini.Untuk menjadi seorang Ayah yang baik kepada anak-anak aku nanti,aku harus mulakan,untuk menjadi yang terbaik-aku harus berusaha keras.


Valentine?tahun 2006 ada la aku sambut hari ni,masa tu aku ada awek sehidup mati dengan aku.kemudian dia blah.dia maybe sanggup hidup semati dengan orang lain lak.Begitulah manusia.Lepas tu,aku mula belajar hidup sendiri dari akhir 2006 hinggalah ke hari ini 2009.aku shopping seorang diri,makan mcd seorang diri,Window Shopping seorang diri,dan aku mula dapat rasa aku punyai masa untuk sayangi hidup aku sendiri,aku mula pakai baju yang mahal sikit,beli jeans yang mahal sikit dan ada sedikit gadgets baru-notebook,hanphone,MP3(apa aku nak cakap-couple-couple ni habis duit banyak--kalau korang tak setuju tak ape).Couple ni macammana korang handle lah.time couple la sakit jiwa sebab selalu gaduh.pastu clash ruju clash rujuk clash balik rujuk balik..last-last skali..aku memilih jalan solo..tak tahulah ending aku nanti macammana..urmmm..wait n see!! Apapun,aku percaya manusia tidak pernah sempurna.Nasihat aku pada perempuan yang cantik,jangan mainkan hati dan perasaan lelaki yang baikhati dan budiman.Dan percayalah manusia tidak pernah sempurna..sampai bila-bila!

Sunday, February 8, 2009

LUPA PADA ALAM SATU LAGI?

Tiap-tiap hari Ada Manusia Mati.
Ambulan bising-bising je hampir tiap-tiap hari.
Maknanya Ada la tu orang yang mati atau hampir Mati.
Kalau tak mati pun cedera parah.
Kalau tak cedera,maybe koma!

Aku fikir dalam-dalam.
Akhir-akhir ini aku selalu baca terjemahan Al-Quran.
Kitab Kecil Ayat-ayat Manzil aku selalu baca.
Sambil Baca aku faham makna dia.
Maksudnya Kat Dunia ini HANYA SEMENTARA JE.
Tuhan cerita banyak kali.
Ramai Orang yang Menyesal kerana tak buat ibadat.
Manusia kat dunia ini kuat denngki hasad.
Sihirkan sesama Manusia.
Hingga Manusia derita,dipisah suami isteri.
Kerana sikit sahaja,disihir orang sampai mati derita.
Padahal mereka semua bersaudara.


Tuhan dah bagi Amaran.
Jangan sekutukan aku.
Jangan buat Maksiat.
Kalauu nak buat maksiat,boleh,tapi buat maksiat kat tempat yang aku tak cipta.
Jangan pijak atas Bumi yang Aku Buat.
Jangan Makan Rezeki Aku.
Jangan Bernafas dengan Udara Aku.
Jangan Hidup dengan SEGALA NIKMAT yang Aku BERI!
AKU SURUH KAU SOLAT.
AKU SURUH KAU SABAR.
AKU UJI KAMU!
AKU SEDANG UJI KAMU!
AKU SEDANG UJI KAMU!
Jangan Kamu ikut Syaitan.
Jangan Kamu Puja Jin.
Jangan Kamu ikut Iblis.
Aku telah beri kamu DUA JALAN
SYURGA atau NERAKA!!

Aku diam.
Aku faham.
Dunia ini tidak lama.
Aku manusia lemah.
hidup penuh dosa.
Aku ingin berubah.
Ya ALLAH berikan aku sedikit masa!

Friday, February 6, 2009

Minggu lepas dan minggu Depan!

Minggu Lepas aku ada perbicaraan di Besut.Klien dituduh consume drug under section 15 1(A) Akta Dadah Berbahaya.Aku masukkan notis 399 untuk panggil ahlikimia.Aku agak resah dalam kes ini,sebab its seem like NO DEFENCE AT ALL.kira kes ini agak menghanyutkan kepalaku..Sampai aku bermimipi.Normally kalau plead guilty,kena denda je,tapi kalau ade previous record of the same act--normally kena sebat!!takut woo!

Hari Khamis lepas lak,i'm prepared for another case also charged for the same section.my klien nak PG(plead guilty)and i supposed to mitigate the sentences on behalf.i pun draft roughly whats the point included good previous record as a material factors beside the PG itself.Sehari sebelum tu,aku call klien,tak dapat.pagi tu aku tanya Polis tu,klien aku kena tangkap pulak..so masih dalam reman..aku punyala gelabah..sampai aku lupa nak introduce depan magistrate.but its ok.hari tu berlalu dengan penuh S A M P A H !

Hari Ahad ini pulak ada pulak klien @ OKT yang lagi bangang.lebih kurang 6 kali dia tak pernah datang court,sehingga waran tangkap dikeluarkan.Yang sedih campur pedihnya,sehari sebelum perbicaraan,dia janji akan datang court dan bayar fees secukupnya.Tapi(ni rasa nak mencarut je..kikiki),dia tak datang,pastu dia tutup hanpone.dengar cerita tukar no lain lak..Memang S*AL..

Aku senang je.Aku tarik diri dari wakili dia.Aku takkan memikirkan mereka yang taknak bantu diri mereka sendiri.Besar kemungkinan Mereka yang betul-betul Jahat ini sudah biasa MENIPU.Mentang-mentanglah aku ni nampak baik(UIA!),senang-senang je tipu aku..

Thursday, February 5, 2009

OKT menangis di Penjara.

Kemanusiaan aku pun ada tahap.Cerita Okt kali ini sebijik macam dalam Mastika.Ramli(bukan nama sebenar),55 tahun dikenakan 2 tuduhan rogol anak sendiri.Bagi pihak pendakwaan,ia adalah satu kes yang sangat serius.Generally aku setuju.Tapi ada cerita di sebalik tabir.

Ramli dituduh dengan 2 pertuduhan.Tuduhan pertama di rumah sewa dan kedua di rumah sednri.Tuduhan pertama tidak lekat sebab rumah yang disewa itu tidak pernah wujud.Masa kejadian,keluarga mereka tidak pernah menyewa lagi rumah tersebut!pertuduhan kedua pulak masa dan tempat rogol sangat diragui.Kami telah tender buku kedatangannya ke sekolah--dia ade di sekolah ketika kejadian tersebut!

In short,kejadian rogol itu sungguh aku percaya tidak pernah berlaku.

Adiknye memberi keterangan.Ayahnya memukul Ina(bukan nama sebenar) sebab adiknya sangat liar dan ada boyfrend dan keluar malam tanpa keluarga mengetahui.Ina terlalu marah pada ayahnya dan melarikan diri bersama bfnya.Ina buat repot kata ayahnya merogol dia!

Semata-mata keterangan Doktor mengatakan hymen dah koyak dan konsisten bagi aku tidak mencerminkan kes tersebut.(kalau pompuan dah tidor ngan ramai jantan-sure takde dara!)

Aku jumpa Ramli.dia sebak.menangis.Tiap-tiap malam dia berdoa.solat hajat.Aku tumpang simpati.Dia dikenakan hukuman 16 tahun penjara tanpa sebat!

"pakcik telah dianiaya!"
"pakcik telah dianiaya!"

dia ulang ayat itu macam zikir.

Kami appeal kes itu.Tunggu date High Court.Honestly,setakat ini,kami tak bilkan satu sen pun legal fees pada dia.kami buat kerja amal.Tuhan jumpakan dia dengan kami.Mungkin Tuhan sengajakan.

Kami tau,Kami Yakin Keadilan pasti ada.Kes ini sangat unik.Perasaan Marah,empathy,geram,Pasrah saling bercampur baur.

Doakan kami menang di High Court nanti.Kalau korang nak datang tengok pun ok!