Perempuan itu naif
kalau melihatnya,terasa amat dhoif
Tapi terbit rasa sayang padanya
akan kelam yang dia sudah lalui dulu
Akan gelap yang telah dia gagahi dulu
dan dia menjadi perempuan itu
Itulah perempuan yang ketika menangis dia tiada yang pujuk
Bila dia sakit tiada siapa yang datang tunggu sekadar menjenguk
Tepat kalau aku katakan dia seolah menumpang hidup di dunia
Dia sebatang kara untuk dia cinta
Dia persis anak yatim yang dahaga rasa sayang orang tua
Perempuan itu mudah menangis
Sukar untuk dia ungkapkan rahsia hidupnya yang kelat
Sehinggakan yang mendengarnya sahaja sudah pahit
Apatah lagi yang menanggung dirinya
Itulah perempuan yang menjadi perempuan itu
Hidupnya jauh dari jalan Tuhan
Kerana dia tiada guru,saperti kapal tiada nakhoda
Kerana dia dibesar tanpa sempurna
dan aku berikan dia Syurga
dan aku kongsikan Segalanya!
1 comment:
en.lawyer................
saya tak pernah belajar law,so saya nak tanya la nie..dlm kes mcm nie,takde peruntukan ke untuk dibicarakan jantan tak guna tu...tq :)
Post a Comment