aku interview satu kes yang mendapat liputan media.Kes buang bayi.
Okt nak mengaku salah.
Masa beranak tu awak macammana?
Saya dalam tandas pastu saya sambut dia.bayi tu diam je.Saya bungkus dalam suratkhabar letak tepi tandas!
aku menghela panjang.Dia menangis-nangis.Aku tau fakta itu tidak menyokong dia.
Pakwe kau mane?dah hilang?
Dia menangis lagi kuat.airmata dia mengalir laju.Pakwe dah lari mana dia tak tahu.
mase buat sex kat mane?
dalam kereta.kali pertama kena paksa.Kali kedua ketiga saya rela.
Dia menangis lagi.
Aku rasa otak macam nak pecah.aku tengok muka dia baik je.dia mangsa keadaan.pakwe dia tak dituduh apa-apa.tapi realiti dan hakikatnya,masyarakat mencemuh dia.dia jadi hinaan masyarakat.dia budak bijak cgpa 2.95 course sains fizik.
aku terkebil-kebil.aku tau hanya peguam jenayah sahaja yang ada simpati pada orang begini.sedang masyarakat memandang hina dia.kesilapan yang dia lakukan bukanlah pengakhiran dalam hidup dia.
aku merenung kehidupan.bukan seorang gadis ini sahaja yang menanggung derita.Lelaki yang kaki tebuk bukan sedikit dik.abang faham dik..
lelaki itu dah hilang ntah ke mana.mungkin ketika aku sedang menulis rencana ini,lelaki itu sedang menebuk tupai lain...
dan gadis itu menangis lagi..penjara bakal menunggu dia.masa depan dia hancur di situ.pastu pasti tiada siapa nak kawin lagi dengan gadis ini.dia cemuhan masyarakat.aku simpati.
Adik-berdoalah pada Allah..Dia tak cemuh kita biarpun dosa kita setinggi gunung.
aku kelu.kedu.
peguam jenayah pun rasa nak rebah.
inilah dunia..dan mahkamah dunia menantinya dengan suram
Ya Allah..hati kerasku lemah gemalai.
1 comment:
thats y i wll never be a good lawyer :(
Post a Comment