Saturday, May 15, 2010

Kalah Kes

Aku dan partner aku fairuz menghujahkan keterangan bahawa kejadian rogol tidak boleh berlaku bila di tempat dimana adanya dua tiga orang lagi di tempat kejadian. mahkamah mengambil inferen yang lain.Justify Full
Kami menghujahkan bahawa tiada bukti kemasukan zakar OKT.semata-mata keterangan hymen koyak adalah tidak relevan, memandangkan bahawa mangsa mempunyai boyfrend yang kehulu kehilir dan tido macam suami isteri.Mahkamah tidak bersetuju.

Kami memgemukakan versi pembelaan tetapi tidak dipercayai.
Pendek kata,kami terperangkap di dalam kotak.Tidak boleh keluar.tiada jalan keluar.dan tiada pilihan.

Kami akur.OKT dikekalkan penjara 15 tahun.

Kami dah buat yang terbaik.DPP buat kerja dia.Polis buat kerja dia.Hakim buat kerja dia.
Aku balik rumah aku tak salin seluar sampai esok.aku diam sahaja.hati dan jantung aku direnggut kuat..


Allahuakbar (aku mengeluh panjang)......





2 comments:

adyusof said...

well play, my friend...

Unknown said...

okt nie xslh ker u??