Selalu sahaja
Lelaki yang kaya,buncit botak dengan kereta besi mewah
Apabila dia ingini seorang perempuan
Senang sahaja
Dia hanya pandu besi itu ke rumah ibu dan bapak gadis itu
Sambil terus bertanyakan bila majlis langsungnya?
Ibu bapak mengangguk-ngangguk berpuluh-puluh kali
Sambil menoleh-noleh besi itu
"Ada orang besar mahu anakku"
Dia lupa,
Gadisnya itu bercinta dengan aku
Aku yang hanya memandu besi Malaysia mungkin dari Shah Alam buatannya
Aku tidak punya buku check untuk aku mampu tuliskan berapa saja jumlahnya
Duit yang aku ada cukup untuk aku hidup dan tidak mati
Barangkali
Aku harus miliki besi itu juga
Dari jerman buatannya
Dan anak gadis yang aku puja
Seperti magnet
Terus terima tanpa memikirkan budi akal dan hati!
5 comments:
perempuan ibarat magnet, suka pada besi2 yang tumpat! hehee
tolong jangan anggap semua perempuan macam tu...tak semua perempuan pandang lelaki yg mempunyai besi dari german..
apa guna memiliki besi dari german sedangkan hati tidak sekuat besi itu..hati yang baik lebih penting dari besi2 itu...walaupun dia hanya memiliki besi dari shah alam atau gurun.
besi jerman pon..kalau2 lama pergi kedai besi buruk jugak weh
kisah ini hanyalah secebis kisah daripada kehidupan.ianya tidak mewakili atau memberi gambaran buruk kepada semua wanita.semua tahu dalam dunia ini ada variasi,ada yg baik dan ada yg jahat.cuma kisah ini ada benarnye..dititip dari pengalaman sendiri-kita kena akui masyarakat kita terlalu kebendaan.terlalu materialistik..percayalah..renungkan masyarakat kita yang kurang nilau manusiawi!
setuju.
skg kita lebih berorientasikan wang. benar, wang bukan segalanya, namun kapitalism membuatkan segalanya memerlukan wang. ini fakta. bukan rekaan.
tapi ini tidak bermaksud kasih sayang dapat digolok gadai...hanya mereka yang berfikiran cetek dan bersikap liberal saja tidak mampu untuk menilai betapa kasih sayang (JAUH) lebih berharga dari harta berkoyan-koyan.
~btw, love this post.keep writing. :)
Post a Comment