kalau ada orang lelaki yang anda tidak suka, tiba-tiba dia melamar anda. Seboleh-bolehnya anda tidak mahu mengecewakannya.jadi apa alasan anda?
1) saya tidak bersedia
2) awak carilah orang lain yang lebih baik dari saya.
3) saya ada banyak masalah, jadi saya tidak mahu fikir pasal kahwin lagi.
4) saya masih muda untuk itu
5) kareer saya masih tak stabil
5) atau apa-apa lah..
Soalan saya..
Adakah betul kalau perempuan tu dah tak suka kita,dia akan berikan banyak alasan?
Kedua,ataupun alasan-alasan itu hanya untuk menguji lelaki?
Ketiga,kalau perempuan itu bersetuju,apa yang boleh dibaca?
Atau memang tidak pernah ada perempuan yang akan cakap SETUJU!dan sengaja memberikan alasan supaya dia jual mahal?
Aku tak faham ni. Perempuan ni bagaimana ye?
kalau dia terima apa tandanya?dan apa ayat-ayat kiasannya yang difahami?
dan kalau dia tidak boleh terima,bagaimana?
Orang Melayu penuh dengan kiasan hinggakan aku yang terangjujur lurus bendul ini tidak mampu memahami makhluk ini.
orang dah dah kahwin,tolong tunjukkan jalan!
buah cempedak di luar pagar,ambil galah tolong tunjukkan,
buah keranji dalam perahu,aku mmmg blurr tak tahu!!
7 comments:
kalau perempuan tu suka, dia akan jawab iye terus.
Hmm. tengok dalam mata bila tanya. jika dia melari-larikan anak mata untuk menjawab, kurang bernasib baik anda.
cinta kadang menguji kita...
cinta kadang menduga kita..
cinta kadang melalaikan..
cinta kadang mengasyikkan..
cinta kadang membahagiakan...
cinta kadang datang tanpa diundang...
cinta kadang pergi tanpa amaran..
cinta perlu kekuatan, kejujuran, keberanian, keikhlasan..
kiranya kita punya semua itu...
maka selebihnya kita serahkan kepada NYA...kerana cinta itu datang atas kehendaknya...
reverie,
thanks.tapi bab tengok mate ni aku takut,nanti bila kite dok perati mate dia,tetibe dier naik hangin jadi ottromen,susah kite!
epal,
love need sparks!
lelaki perlu memahami perempuan..kadang-kadang apa yg perempuan cakap, lelaki pikir lain...jadilah belajarlah memahami perempuan.
perempuan mmg sukar difaham!kadangkala berteman tapi mesra membuatkan hati terluka parah.
perempuan adalah makhluk yg sgt rumit..
kalau perempuan cakap teman tapi mesra maknanya dia tak nak la tu....tak payah la nak bagi harapan lagi.betul cakap.
Post a Comment