Tuesday, July 27, 2010

PEGUAMBELA LAWAN PEGAWAI PENYIASAT!!!

Ada klien aku di kelantan di mana beliau telah membeli satu laptop terpakai yang bagus dengan harga RM1000.Di hati klien aku,tidak ada apa-apa yang salah memandangkan yang si penjual itu adalah teman sekampung dan tidak ada apa-apa yang dicurigakan.Melihat pada harga,ianya adalah munasabah memandangkan harga laptop baru dianggarkan RM 2000.
Tiba-tiba Polis datang serbu rumah klien aku.ditangkap dengan alasan menyimpan barang curi.Ditumbuk,diterajang ketika siasatan kemudian dipaksa mengaku salah.
Bermati-matian anakguam aku menafikan-dengan alasan beliau tidak tahu.
Kemudian Polis mencari si Penjual.Penjual telah lari ke mana entah.Kemudian Polis menyimpulkan bahawa Si Penjual bersalah dan ketika siasatan,beliau ditawarkan menjadi saksi pendakwaan dan anakguam aku bersetuju.Dalam masa yang sama,Pegawai Penyiasat menghantar surat rekemen kepada Pihak Atasan agar anakguam aku diteruskan dengan pendakwaan.
Dihadapkan ke Mahkamah sungguh memilukan.Sakit dan trauma dilalui dengan linangan air mata.Ayah dan ibu hanya meraung-raung tidak puas hati.Inilah akibatnya IPCMC tidak dilaksanakan-dan aku yakin di seluruh negara banyak kes-kes yang teraniaya sebegini berlaku.
Aku pantas membantah pertuduhan di bawah seksyen 173(g) di mana aku pohon DNAA dengan alasan that was a groundless charge,then when the police didnt find a true criminal,my client deserve for it!permohonan ditolak mentah.
Ditetapkan untuk bicara dua tiga kali namun pendakwaan memohon penangguhan dan dibenarkan.
Boleh aku katakan Pegawai Penyiasat tersebut amat kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Aku lawan sampai mati.

1 comment:

Unknown said...

ape jadi at the end u???