Aku telah dapat satu jawapan Bagaimana hendak kekalkan keamanan,kesejahteraan dan membina satu tamadun Era Baru Melayu-Islam yang Unggul.Aku bukan cakap kosong saudara!
Melihat pada kepimpinan Umno dalam pentadbiran Negara-Negara ini amat membangun.Dengan cukup prasarana,Sistem Pendidikan terutamanya Dualism di Malaysia amat membanggakan-tetap no satu dunia.Hospital kerajaan menawarkan kesihatan hampir percuma.Polis yang cukup ramai-kakitangan kerajaan yang ramai-melambangkan rakyat Malaysia cukup makan.Orang-orang miskin diberi bantuan(walaupun hanya yang dicadang JKKK).At least,Hampir kesemua klasifikasi rakyat Negara ini merasa kekayaan Negara walaupun tidak sama rata.Umumnya-pentadbiran Negara dikatakan mampu untuk memacu ke depan(jangan baca ulasan blogger anti-kerajaan-sebab kadang-kadang emosi melebihi fakta yang sebenar).Umno akar umbinya adalah Perjuangan Bangsa Melayu-Berjuang gigih dalam memerdekakan tanah Melayu-walaupun pejuang-pejuang UMNO dulu adalah rata-rata adalah CIKGU(golongan ini dipandang mulia),dan hari ini pejuang-pejuang UMNO rata-rata adalah kontraktor kelas A TO Z.
Pejuang-pejuang Umno sekarang dipelopori oleh lulusan Negara Omputih.Bila bercakap soal agama-mungkin adalah sedikit sebanyak tersasar..tapi tidak mengapa..Ustaz dalam UMNO kan ramai.cuma kena berani la sikit.
Lupakan dulu soal UMNO.
Pas dulunya dipelopori oleh ustaz-ustaz pondok dan yang balik Mesir,kemudian ini ramai golongan profesional Melayu masuk PAS-peguam ramai nak mampus..Tokoh Korporat dan golongan-golongan ustaz Muda yang ada yang agak keras nadanya dan ada yang lebih rasional.
Bagusnya bila PAS dalam Pakatan Rakyat-mereka belajar untuk memahami Parti Lain yang bukan-Melayu dan akhirnya dalam banyak segi-PAS lebih rational dalam membuat keputusan yang majoriti.
soalnya dalam Pakatan Rakyat-walaupun dalam kapal yang sama-hala tujunya lain.berbeza kalau PAS dan UMNO,biarpun bergolak di dalam kapal-tapi tujuannya hampir sama-perjuangkan Melayu-Islam.
kita lupakan segala sengketa lama-kita lupakan amanat syahid,kita lupakan tragedi berdarah--demi anak cucu kita-kita wariskan pada mereka Musuh sesama sepupu-sesama Melayu Muslim.Kita wariskan kesejahteraan ummah.Jikalau PAS mahukan ISLAM-kita bina dengan perlahan-sesuai dengan acuan Malaysia-bumi tiga bangsa-Melayu cina dan India.Kita bina persefahaman-elakkan pergaduhan-Murnikan hati dan nurani..Mulakan dengan ikhlas.
Kita boleh duduk semeja.Kita dari moyang yang sama-Kepada Umno-dakaplah PAS..Maafkan Mereka atas kasar-bengis mereka dulu.PAS-Maafkan UMNO-Mereka banyak membuat angkara kerana kuasa.
Bentukkanlah Bangsa Kita--Biar kita hebat seperti Kerajaan Melaka.
Orang Asing mahu memusnahkan kita Hang Jebat dan Hang Tuah.
Kalau sejarah boleh diputar-Takkan Jebat menderhaka.
Takkan Raja Naik Murka Jika Hang Tuah memujuk Baginda.
No comments:
Post a Comment