Aku katakan pada diri aku sendiri.Aku bukan Anti-Melayu.tapi entah macammana jiwa Mahathirism amat kuat pada diri aku.Mengutuk Bangsa aku bukan bermakna aku benci-tetapi aku inginkan tranformasi.Aku inginkan paradigma.InsyaAllah bermula dengan aku sendiri.
Aku amati kehidupan sosial di kampung.Wanita menanggung kerja yang sangat berat biarpun mereka bersama-sama bekerja bersama suami di bendang.tetapi bila pulang ke rumah,suami terus berehat dan tugas isteri masih lagi belum selesai-tetapi baru bermula iaitu memasak makanan tengahari untuk suami.selepas itu,kerja membasuh pinggan,mencuci pakaian dan melakukan kerja rumah.kerja ISTERI terlalu teruk.Apakah begitu tugas wanita dari kacamata ISLAM?Jawapannya tidak!sebelum kedatangan Islam,wanita dilakukan sebagai hamba untuk membuat pelbagai kerja dan hanya diperlukan bila malam.Islam datang memartabatkan kaum Hawa kepada darjat yang lebih tinggi dan terpuji dan diberi kebebasan memiliki harta.
Namun Pertembungan Budaya-Sosial Melayu dan Islam tidak menjernihkan apakah tugas sebenar Isteri.Apakah wajib beliau bekerja dan menyara suami?dan apakah hukum suami yang tidak bekerja tetapi isteri pulak berhempas pulas bekerja menjual kuih muih?Dan apabila isteri pulang ke rumah-suami pun meminta habis duit jualan semata-mata isteri kena taat pada suami?padahal duit itulah si suami bodoh buat beli rokok dan berjam-jam belanja minum kopi kawan-kawan di kala azan maghrib!Inilah Bangsa aku!
namun aku pasti-ramai Melayu yang berpelajaran menyedari hal dan hakikat ini.grup-grup feminism lantang bersuara-menegakkan hak-hak wanita yang teraniaya terutama apabila melibatkan mahkamah syariah.isteri isteri yang dipukul suami,dan enggan diceraikan,digantung tanpa tali dan suami enggan menghadiri mahkamah dan enggan membayar nafkah aku kira sudah lali didengar.lelaki yang jahat bermaharajalela-aku kesian pada wanita yang baik.
Sikap orang Melayu yang kuat hasad dengki usah diselindung lagi.Bukan sedikit peniaga-peniaga kedai makan yang terkena sihir orang kedai sebelah sehinggakan kurus cekeding dan lumpuh serta melalui azab yang tidak dapat dilihat oleh perubatan moden.Bila azan maghrib berkumandang-pesakit ini menggelupur bagai ayam disembelih..Aku melihat semuanya dalam keadaan yang hiba dan sedih..Inilah Bangsaku saudara..kesnya hanya sekecil cuma.hasad dengki kerana berebutkan kerusi dan pelanggan.
Aku menggeleng kepala..
Bila lah bangsaku nak maju.
Berpuluh-puluh tahun baca Al-Quran tetapi tidak pernah tahu makna.Berkali-kali khatam Al-Quran juga tidak faham.
Aku tegaskan ---aku bukan anti-Melayu..
aku sayangkan bangsaku..
Cuma Bangsaku tidak sayangkan aku..
bangsaku sayangkan pilkuda,zina,rempit,buang anak,berebut harta pusaka,sihir,hasad dengki dan lupa diri.
Tapi aku masih sayangkan bangsaku.
Fahamlah bangsaku
Kalau kau semua hisap dadah,sapa nak jadi pemimpin?????????????
1 comment:
Melayu terlalu bertaut pada adat, bukannya ugama. Nice message you have here.
Post a Comment