Thursday, December 17, 2009

Minggu yang tenang..

minggu ni aku malas sedikit.sebab minggu lepas aku banyak trial.minggu ni just relax meneliti file2.maybe minggu depan bicara jadi banyak balik.Aku baru balik dari kursus perniagaan PBC dan Alhamdulillah aku syukur sangat,banyak idea2 yg menarik aku ingin terjemahkan dalam kehidupan.
Aku cekal. Aku redha kalau suatu masa nanti aku telah berusaha keras tetapi hasilnya tidak seberapa.Ridha Bil-Qalil(redha dengan yang sedikit) itu adalah kunci bisness,kerana Kurnia Allah yang Maha Luas,dengan IsmuLLah Al Wasiq,itu aku yakini dengan keluasan rezeki yang DIA boleh kurniakan pada hambaNYA..aku yakini bahawa Allah Taala akan cukupkan segala keperluanku.dan yang sedikit itu akan bertambah dan berganda-ganda.
Minggu depan,ada kerani baru akan masuk.bekerja denganku.Pengalaman dia dalam ofis tiada.tapi aku yakini dia boleh diajar dan dibentuk.Seperti juga aku dulu.mengapa tidak?
Semoga hari hari hadapan aku terus cekal,rezeki yang melimpah ruah,aku syukuri.kalau sedikitpun ,aku redha..Itulah perjuangan,menghadapi hidup dan terus hidup manakala misi Utama kita adalah membesarkan ALLAH dan mencari redhaNYA, Semoga Allah redha akulah hambanya,Redha Islam itu ugamaku,Redha nabi Muhammad itu nabiKu dan aku tidak terus lalai daripadaNYA.Ampunkan aku Ya Allah atas dosa-dosa lalu,aku manusia lemah di sisiMu..
"DNAA!"
Alhamdulillah.
"terima kasih Tuan"
Aku meneliti kehidupan.Mahkamah dunia ini begitulah sifatnya.Mungkin sahaja orang yang tidak bersalah dihukum,dan yang betul2 bersalah terlepas.Kerana Manusia tidak pernah sempurna,dinilai dengan Mata zahir dan telinga yang kerapkali tersalah..
Aku berlalu..

No comments: