Thursday, July 30, 2009

BESI DARI GERMAN!

"BESI DARI GERMAN"


Selalu sahaja

Lelaki yang kaya,buncit botak dengan kereta besi mewah

Apabila dia ingini seorang perempuan

Senang sahaja


Dia hanya pandu besi itu ke rumah ibu dan bapak gadis itu

Sambil terus bertanyakan bila majlis langsungnya?

Ibu bapak mengangguk-ngangguk berpuluh-puluh kali

Sambil menoleh-noleh besi itu

"Ada orang besar mahu anakku"


Dia lupa,

Gadisnya itu bercinta dengan aku

Aku yang hanya memandu besi Malaysia mungkin dari Shah Alam buatannya

Aku tidak punya buku check untuk aku mampu tuliskan berapa saja jumlahnya

Duit yang aku ada cukup untuk aku hidup dan tidak mati


Barangkali

Aku harus miliki besi itu juga

Dari jerman buatannya

Dan anak gadis yang aku puja

Seperti magnet

Terus terima tanpa memikirkan budi akal dan hati!




Monday, July 27, 2009

minggu yang santai!


rasanye disweek hati rase tenang sket.

sebab bicara ada 2 kali je.

lusa ade lagi sekali.Section 457.


entah macammane,aku rasa cam best je.

bukan sebab ade pompuan cun nak kat aku atau ape.

tapi aku happy duduk kat kampung nama setiu ni.

mane taknye.makanan murah.makan nasi lemak dan air kelape baru dua ringgit.

ikan dan sotong celup tepung memang best(emon gile sotong ni).

pastu pulak,kalau boring-boring lepak kat pulau perhentian.snorkling.

so,memang aku rase happy sangat.


petang ni,aku rasa nak gi sauna jap.sebab aku rase badan aku dah naik.kena turunkan dengan jus mate 5.pastu buat facial muka sekali.pakai kolagen gel.heheh..(kalah pondan!)


cewahhh.(kire aku ni kire cam dah nak jadi lelaki metro!)


Friday, July 24, 2009

Last Thursday!

gambar hiasan je ni.nampak tak gambar bendera Amerika tuh!


Kes Pertama(charged with section 379A PC)


"Tuan, berdasarkan peruntukan yang ada by virtue of section 294 CPC, saya dengan sungguhhati merayu kepada Tuan-dengan kuasa-kuasa yang ada, mengenakan bon jaminan kelakuan baik kepada OKt yang masih bawah umur-memberi ruang dan peluang untuk OKt berubah.


Peranan yang dimainkan dalam kes ini adalah abettor dan bukanlah prinsipal offender."


Saya kemukakan nas undang-undang PP V BAHAR ABU [2007] 4 CLJ.


Mahkamah hening seketika.Hakim meneliti authoriti.


"OKT dikenakan bon dengan jaminan sebanyak RM3K". Alhamdulillah!


Kes kedua.(charged with section 457 PC)


"hari ini kes ditetapkan untuk bicara dan saya bersedia!"


PP bangun"Tuan. Kertas sisatan masih lagi tidak sampai!"


"saya tiada bantahan Tuan,tetapi kes ini telah ditangguhkan beberapa kali,dan pada pagi ini anakguam saya telah diambil cap jari,saya mebantah dan ini adalah di luar prosedur.Sekiranya siasatan masih lagi dijalankan,saya berpandangan kes ini harus di DNAA!ini memberi keadilan kepada OKT!


"DNAA!".


Terima kasih,Tuan.


ahad ni, kes lagi berat section 354 PC. Mampus. baca buku dulu!









susah kan, kalau ada X yang suka akan kita, dan kita suka pada F, tapi F suka pada R dan R sebenarnya tak suka F tapi dah ada awek N.


susah jugak kalau M suka kat kita, pastu kita suka kat kawan M=G.jadi G sebenarnya suka kat kita tapi suka tak sepenuh hati, dalam masa yang sama,ada kawan F suka kat G tapi Fdah ada gf=P, tapi kawan F sebenarnya dah bosan dengan P dan mula mengagumi G. Dia sanggup tinggalkan semua demi G dan masa yang sama dia terpaksa jaga hati P!


susah jugak, bila aku mula nak teruskan kesukaan aku ini.Banyak halangan yang ada di hadapan.

banyak perkara yang pasti.


kadang-kadang aku teringat akan A. Awek lama dulu.


Itulah kehidupan, depan belakang kiri kanan tiada ketentuan.

Aku berdoa agar Allah yang beri petunjuk. Aku berdoa Biar Dia yang tentukan.

Sungguh kita manusia yang tidak pernah yakin.Mungkin apa yang kita suka,ianya tidak baik bagi kita dan begitulah sebaliknya.


Hanya Allah yang Tahu apa yang terbaik bagi hambaNYa!


Wednesday, July 22, 2009

sape yang nama perempuan tolong jawab!

gambar hiasan je nih.kalau tuan dia tengok blog ni jangan risau.jadi model je!
kalau ada orang lelaki yang anda tidak suka, tiba-tiba dia melamar anda. Seboleh-bolehnya anda tidak mahu mengecewakannya.jadi apa alasan anda?


1) saya tidak bersedia

2) awak carilah orang lain yang lebih baik dari saya.

3) saya ada banyak masalah, jadi saya tidak mahu fikir pasal kahwin lagi.

4) saya masih muda untuk itu

5) kareer saya masih tak stabil

5) atau apa-apa lah..


Soalan saya..


Adakah betul kalau perempuan tu dah tak suka kita,dia akan berikan banyak alasan?

Kedua,ataupun alasan-alasan itu hanya untuk menguji lelaki?

Ketiga,kalau perempuan itu bersetuju,apa yang boleh dibaca?

Atau memang tidak pernah ada perempuan yang akan cakap SETUJU!dan sengaja memberikan alasan supaya dia jual mahal?


Aku tak faham ni. Perempuan ni bagaimana ye?

kalau dia terima apa tandanya?dan apa ayat-ayat kiasannya yang difahami?

dan kalau dia tidak boleh terima,bagaimana?

Orang Melayu penuh dengan kiasan hinggakan aku yang terangjujur lurus bendul ini tidak mampu memahami makhluk ini.


orang dah dah kahwin,tolong tunjukkan jalan!

buah cempedak di luar pagar,ambil galah tolong tunjukkan,

buah keranji dalam perahu,aku mmmg blurr tak tahu!!


Saturday, July 18, 2009

Minggu Ni


minggu Ni aku rasa cam takbest sangat.


Biasa la.


hati rasa cam tawar je (cam Eva).macam biskut meri tanpa dicelup air teh kampung cap masjid.kalau orang bandar macam oreo tanpa dicelup susu.


kawan-kawan pun semua busy je.

OKT makin ramai.file makin banyak.kes juga makin complicated.

tapi rasa best jugak.better sibuk dari tak buat ape2.

ada kerja lagi bagus dari menganggur ye tak?

Kahwin?nak nak nak!tapi nanti dulu la.

Duit!

Mampus!

Saturday, July 11, 2009

Aku terlalu busy!

sorry teman-teman..dizweek aku terlampau sibuk sehinggakan aku sendiri tidak terurus kerana menguruskan cawangan MESSRS AHMAD FAIRUZ & CO,cawangan setiu.

aku mintak maaf jugak sebab tak sempat nak angkat semua call dan tak return call.mmg aku terlampau sibuk.

apapun yang penting sekali,aku tak pernah tinggalkan kalian,cuma aku terlampau sibuk.

hahhahah..