Thursday, December 17, 2009

Minggu yang tenang..

minggu ni aku malas sedikit.sebab minggu lepas aku banyak trial.minggu ni just relax meneliti file2.maybe minggu depan bicara jadi banyak balik.Aku baru balik dari kursus perniagaan PBC dan Alhamdulillah aku syukur sangat,banyak idea2 yg menarik aku ingin terjemahkan dalam kehidupan.
Aku cekal. Aku redha kalau suatu masa nanti aku telah berusaha keras tetapi hasilnya tidak seberapa.Ridha Bil-Qalil(redha dengan yang sedikit) itu adalah kunci bisness,kerana Kurnia Allah yang Maha Luas,dengan IsmuLLah Al Wasiq,itu aku yakini dengan keluasan rezeki yang DIA boleh kurniakan pada hambaNYA..aku yakini bahawa Allah Taala akan cukupkan segala keperluanku.dan yang sedikit itu akan bertambah dan berganda-ganda.
Minggu depan,ada kerani baru akan masuk.bekerja denganku.Pengalaman dia dalam ofis tiada.tapi aku yakini dia boleh diajar dan dibentuk.Seperti juga aku dulu.mengapa tidak?
Semoga hari hari hadapan aku terus cekal,rezeki yang melimpah ruah,aku syukuri.kalau sedikitpun ,aku redha..Itulah perjuangan,menghadapi hidup dan terus hidup manakala misi Utama kita adalah membesarkan ALLAH dan mencari redhaNYA, Semoga Allah redha akulah hambanya,Redha Islam itu ugamaku,Redha nabi Muhammad itu nabiKu dan aku tidak terus lalai daripadaNYA.Ampunkan aku Ya Allah atas dosa-dosa lalu,aku manusia lemah di sisiMu..
"DNAA!"
Alhamdulillah.
"terima kasih Tuan"
Aku meneliti kehidupan.Mahkamah dunia ini begitulah sifatnya.Mungkin sahaja orang yang tidak bersalah dihukum,dan yang betul2 bersalah terlepas.Kerana Manusia tidak pernah sempurna,dinilai dengan Mata zahir dan telinga yang kerapkali tersalah..
Aku berlalu..

Monday, December 7, 2009

MInggu yang amat sibuk

Klien Negro aku dijatuhkan hukuman 4 tahun penjara dan aweknya dilepaskan dengan surat rayuan representasi kepada KUP.bagi aku itu dah adil memandangkan OKT boleh dikenakan penjara sehingga 10 tahun.Klien aku PG.

Next,klien aku kedua kena charge kes rogol.Mase cross tu pulak pompuan tu mengaku dia yang mengajak OKT buat seks.dia yang goda,buang baju sendiri,dan paling penting dia seronok berzina ngan laki tu.Nasib tak baik sebab pompuan tu under age.Mampus laki tu.aku dah urge OKT suruh mengaku salah dan aku mitigate..tgklah camner nanti.

esok kes lagi berat.Kes jual VCD haram di pasar malam.tengoklah cross macammane.then kes cabul lagi berat.kes ni aku malas nak komen sebab keterangan pengadu bercanggahcanggahyang pengadu dah mengaku orang tu tersentuh je bukan ada niat nak cabul.BINGO!


pastu,lusa lak aku ade kes 12(2) ADB..memang minggu ni aku aku panggil minggu Criminalweek.
mampus aku.biarlah minggu ni berlalu cepat.minggu depan minggu civil lak..lagi mampus..