Aku rasa David Archuleta nyanyi Lagu When you Believe lagi best dari Mariah Carey. David Cook pun same.Maksud aku begini, penyanyi baru kalau ada X factor ,dia jadi lebih baik dari penyanyi asal.
Maksud aku yang lebih dalamnye begini.Kalau seorang peguam Muda tiap-tiap hari dia ingin belajar dan sanggup belajar,menghadap buku dan buat research tiap-tiap hari-dia jadi makin pandai.Lebih pandai dari lawyer yang dah 10 tahun praktis tapi malas.
Maksud aku yang lebih tepat ialah –Tiada sesiapa di dalam dunia ini boleh menghalang anda menjadi PANDAI jika anda rajin berusaha dan sanggup berkorban untuk itu.
Anda mungkin pernah dengar banyak cerita orang orang yang Berjaya pada hari ini adalah orang yang sanggup belajar dan susah suatu ketika dulu.bagaimana seorang tauke restoran yang kaya pada hari ini,bermula hanya sebagai cashier di kedai makan orang bergaji RM340 sahaja sebulan,tapi keinginannya untuk Berjaya-dan berbaik-baik dengan tukang masak membuatkan dia sanggup belajar memasak sambil-sambil jadi cashier.Akhirnya beliau yakin dan membuka restorannya sendiri.dan menarik tukang masak tersebut menjadi partner di kedai makan yang baru.Bijaknya dia kerana dua perkara:-
Satu-dia sanggup belajar.
Kedua-menarik tukang masak yang sudah pandai.
Ketiga-dulu dia hanya cashier kira duit orang tapi sekarang juga tetap cashier tapi kira duit sendiri.
Sesiapa yang OPPORTUNIS dan pandai ambil peluang pasti dia akan untung.
Aku sengaja menulis begini kerana aku sendiri menarik “tukang masak” dari kedai makan orang.Tukang masak yang pertama berhenti kerana tidak tahan kerja dengan gaji yang kecil dan aku tawarkan gaji yang lebih lumayan serta keselesaan kerja.Ofis kami tiada yang tengking menengking-kalau takde kerja-anda boleh menonton ASTRO dan ambil minuman di dalam peti ais serta junkfood di atas rak.kami memerlukan anda seiring bersama kami.harap anda gembira.”tukang masak” yang kedua diberhentikan kerja dari kedai makan yang lain.”tukang masak ini” sangat professional, dia tahu western food hinggalah Italian food.Tidak perlu lagi kami mengupah Tukang Masak Freelance untuk menyediakan masakan yang pelik-menurut pelanggan yang pelbagai bangsa. Selamat datang tukang masak yang baru.Kami akan menyediakan yang terbaik buat anda semua.Kita akan dapat tender kantin yang berterusan.Kita akan maju,InsyaAllah,semoga kedai makan kita semakin maju.
"Chicken Chop Black Pepper dua"!

"Soda Mint ngan Nestum Ice Crush dua"!
SIAPPPPPPPPPP!
No comments:
Post a Comment