Sunday, November 15, 2009

Bayan

Aku tidak lenguh menulis. kerana bila aku baca kembali.Aku rasakan aku penulis yang selfish-hanya menceritakan tentang diri sendiri-yang menjadikan isinya kosong untuk kalian mengambil hikmah atau iktibar.Mungkin kerana isinya berkaitan tentang diri sendiri menyebabkan skop dan limitasinya terhad pada satu dimensi-sukar dinilai dari perpekstif yang lebih luas.
Bila aku baca semula.Tulisan aku sebelum ini Kasar bahasanya.akhir-akhir ini berbentuk klise dan sinis tapi tajam.Biarkanlah kerana di dunia yang sebenar-manusia juga buas dan ganas-Rogol-rompak-berzina-berbunuh.Semua itu bukan mimpi.Generasi muda juga telah hancur sehancur-hancur mungkin-arak, freesex, seharusnya jika nama anda semulia Nabi dimulai dengan Ahmad,yang terpuji atau Mohammad, perangai anda tidak perlu seperti B***.Jadilah manusia semulia nama anda.Aku sendiri bukan muslim yang terbaik-tetapi aku perhatikan Manusia Islam pada Nama tiada beza dengan yahudi.Nama islam hanya dalam IC.
Sahaja aku kongsi sebuah cerita,aku pernah menyertai kumpulan Tabligh di Markas Al-Quran Kubang Bujuk Di Kuala Terengganu.aku dilayan dengan begitu baik sekali.aku tidak hairan.dan bila aku tidur dengan nyenyaknya di Masjid itu,tiba-tiba aku terjaga,jam tepat 3 pagi-tapi suasana seperti solat jumaat.Aku terkejut dan terkedu,Kumpulan tabligh ini bersolat tahajud beramai-ramai seperti solat Jumaat!Subhanallah.Apabila manusia tidur dan nyenyak,ada kumpulan manusia yang ramai bersembahyang dan mencari Tuhan.Esoknya,aku terus mendengar ceramah atau Bayan mengenai kelebihan beribadat dan berbuat baik.bila aku perhatikan latarbelakang kumpulan ini-Mereka ramainya profesional-jurutera-hakim-pensyarah dan guru-tetapi mereka ada satu matlamat yang suci-hidupkan sunnah nabi.Kereta-kereta mereka Subhanallah-ada harrier,Mercs dan macam-macam lagi.Mereka kerap bersedekah dan mengajak manusia ke masjid mencari Tuhan-AllahuRobbi!
Usahlah terlalu banyak mengutuk mereka yang mengajak ke Jalan Allah-jalan yang Tenang kalau kita sendiri tidak MAHU dan tidak Mampu.Sedang semua makhluk bertasbih kepada Allah-hanya kita manusia yang banyak cakap-dan banyak salah dan silap....
Ya ALLAH ampunkan dosaku...
Berilah aku kekuatan
Aku ingin Ke sana
Biarpun kerapkali aku terlencong
Kerana aku manusia yang penuh dosa..
Astaghfirullah...

No comments: