Aku tersenyum sendiri betapa hodohnya aku
dulu.gemuk.busuk.tengik,kulit kusam,seluar size 54,bahagian leher dan celat
lipatan gelap,rambut hodoh,kulit muka MasyaAllah.langsung tiada langsung apa yg
mahu dibanggakan,perut menggeleber,pada wajah jelas,tompokan tompokan
hitam,kulit tidak sekata.Ya,memang hodoh dan teruk,Cuma bersyukurlah kerana
masih sempurna.dengan berat 147 kg,aku membawa badan yang berat ke sana
sini,dengan tercungap cungap.lelah.langsung tiada apa yang menarik tentang diri
aku.perempuan jangan ceritalah-pandang aku seperti kerbau berlumpur.aku
sedar.siapalah diri aku.
Takpayah nak kutuk,aku sendiri faham,apa
kata-kata yang sesuai untuk aku yang hina hodoh ni.hahahahha.perempuan pulak
jangan tipu lah,”I tak pandang rupa,I tengok hati.puiiiJ.pakai baju
dahla takde size,kalau ada size pun tak menarik,baju asal ada.kalau gemuk hodoh
ni kaya lainlah cerita,ini pulak sengkek,pakai kancil buruk je,pendapatan
kecil.lagilah rasa rendah diri.
Lepas tu pulak bila sakit,seksanya Tuhan
sahaja yang tahu,betapa seksa dan azabnya.hinggalah suatu masa badan jadi tak stabil.akhirnya
masuk wad.bila cek,semua tanda tanda awal penyakit ada.MasyaAllah kalau tak
control,memang aku takkan lama lagi hidup kat dunia ini.Ya Allah,aku tak mahu
mati.
Lepas tu,aku cuba diet.makan sedikit sahaja
yang penting sayuran sayuran.First aku tukar dari minum air manis kepada air
mineral.pastu masakan melayu ni aku kurangkan sikit,gulai takde dah,banyakkan
ikan,daging ambik sikit je-tukar kepada protein semua.
Pastu malam malam aku blend epal hijau.kalau
makan nasi,tak aci tambah.sepinggan sahaja.dalam beberapa bulan berat turun
dari 147kg kepada 133kg.masa ni memang tak guna product langsung,seluar size 52
dah turun dalam 46.masa ini ada perubahan,bahagian tepi perut mengecil.dari
pengamatan aku,bila tukar kepada minum air mineral,aku jadi banyak kencing,dan
aku lihat bahagian kaki sudah mula ringan.sori aku tak minum air paip walau
dimasak,bagi aku,air paip adalah air yang dirawat dengan klorin tetapi karat di
dalam paip besi itu tak hilang macammana?
Khasiat epal hijau jangan buat ringan
la.kesan asid dalam epal buat anda setiap pagi buang air besar dalam jumlah
yang banyak.hasilnya anda terasa ringan.
Selepas itu,aku cuba try beli satu produk
kuruskan badan.produk badan ni terlalu manis untuk ditelan.pastu tak nak.try
pulak produk B,produk ni rasa macam geli sikit sebab rasa macam dedak ayam
je.satu hari aku termakan kata kata kawan aku,supaya try satu produk X.bila aku
makan produk x,memang jadi nak kencing.kencinglah semahu mahunya,air kencing
toksah cakap la,keruh gila.produk X ni ada 3 produk kecik kecik,pertama estrak bunga raya,kalau minum,memang buang
air kecil je,tapi jangan risau lama lama dia akan berhenti.itu tindakbalas
semulajadi.pastu produk kedua adalah ramuan herba plus protein soya,kalau makan benda ini jadi
buang air besar banyak setiap pagi,badan pun rasa ringan,tapi tak sedar ianya
mencerahkan kulit muka.Ajaibnya kusam kat muka hilang,gelap kat ketiak leher
semua dah putih balik.cium ketiak dah la tengik dah.ada orang cakap produk ni
mahal.aku tak kisah aku telan je.
Selepas beberapa bulan,berat badan aku turun
dalam beberapa kilo lagi.jadi 120kg,seluar dah tukar dari 46 ke 43.masa ni
pening kepala sikit,sebab hampir semula seluar kena tukar.tapi tak
kisahlah,sebab happy gila.masa ni dah cuba cuba nak bergaya sikit.memang
berbaloi.muka dah tirus,hensem bersahaja.cesss.
Cerita ni tak habis kat sini.rupanya kalau
kita focus pada protein mmg la berbaloi.fokus makanan protein.aku dapat
idea-susu soya.terus aku amalkan minum soya lak.produk X aku tak lupa.pastu aku
pakai sabun susu kambing kat muka,pastu dah start pakai losyen muka dan
badan.pastu dah start pakai lulur.pastu pulak dah pakai pewangi.rambut pulak
dah taruk syampu,bibir taruk lipbalm.baju baju dah berjenama.
Ok!sekarang berat i dah turun.skrg ni sekitar
109kg.berkat bersungguh-sungguh I jadi mengecil hampir 30 peratus dari berat
asal.hahahhahahah.wajah dah bersih gila.putih melepak,badan dah segak.keyakinan
datang.pastu hidup I dah berubah.
Maaflah I tak kurus lagi.tapi masih
mengecil.orang nak cakap I gila produk pun takpe.sekarang ni I amalkan jugak
makan madu dan habbatus sauda.badan jadi tak letih.produk X I tak
lupa.heheheh.sekarang ni pulak I rasa I mmg hensem.bila pakai suit black n
white bertali leher,pastu control control suara sikit-memang ada yg
pandang.best skali bila dah pakai mazda 3,orang Nampak kita
elegance.hahahahhaha.best sangat.pastu dulu rasa lonely.
Apa yang I nak cakap,sapa sapa yang
gemuk,percayalah sebenarnya ada cara nak kurus,buang yang keruh(air kencing) ambil
yang jernih(air mineral).i tulis ni sebab I nak sampaikan betapa happynya I sekarang
dengan kehidupan i.
Orang orang gemuk janganlah susah ati ok.i
faham perasaan anda.anda boleh mengubahnya.
I saje je tulis cerita i.supaya anda ambik
iktibar,betapa tiada yang mustahil di dalam hidup anda melainkan anda
berazam,dan berusaha.
Salam sayang.
Mohd Hayyatuddin (tengah minum soya)
6 comments:
salam...blh saya tau apa produk 2???saya pun dah lama teringin nak kurus tapi x tau cara yg betul...blh x hantarkan ke email gopionaunie94@gmail.com
nak tanya u makan mcm mana epal hijau tu ? i br nak amalkan makan epal hijau. n product aper yer yang u makan. boleh email kan kat i ummariamanap@hotmail.com
produk apa you makan herbalife ke
Produk apa tuan..
Terima kasih atas perkongsiannya Saya ambil ilmu yg haq sahaja.lain lain tiada.
Ramai org yg give up nak kurus sebab diorg tak jadikan permakanan sihat dan sederhana sebagai habit diorg.
Boleh baca kat Sado Street tentang mencipta habit untuk kurus.
Dengan menjadikan permakanan sederhana tu satu habit, kita akan lebih konsisten.
Post a Comment