Tuesday, September 11, 2012

cerita hot i jadi kurus!


Aku tersenyum sendiri betapa hodohnya aku dulu.gemuk.busuk.tengik,kulit kusam,seluar size 54,bahagian leher dan celat lipatan gelap,rambut hodoh,kulit muka MasyaAllah.langsung tiada langsung apa yg mahu dibanggakan,perut menggeleber,pada wajah jelas,tompokan tompokan hitam,kulit tidak sekata.Ya,memang hodoh dan teruk,Cuma bersyukurlah kerana masih sempurna.dengan berat 147 kg,aku membawa badan yang berat ke sana sini,dengan tercungap cungap.lelah.langsung tiada apa yang menarik tentang diri aku.perempuan jangan ceritalah-pandang aku seperti kerbau berlumpur.aku sedar.siapalah diri aku.



Takpayah nak kutuk,aku sendiri faham,apa kata-kata yang sesuai untuk aku yang hina hodoh ni.hahahahha.perempuan pulak jangan tipu lah,”I tak pandang rupa,I tengok hati.puiiiJ.pakai baju dahla takde size,kalau ada size pun tak menarik,baju asal ada.kalau gemuk hodoh ni kaya lainlah cerita,ini pulak sengkek,pakai kancil buruk je,pendapatan kecil.lagilah rasa rendah diri.
Lepas tu pulak bila sakit,seksanya Tuhan sahaja yang tahu,betapa seksa dan azabnya.hinggalah suatu masa badan jadi tak stabil.akhirnya masuk wad.bila cek,semua tanda tanda awal penyakit ada.MasyaAllah kalau tak control,memang aku takkan lama lagi hidup kat dunia ini.Ya Allah,aku tak mahu mati.
Lepas tu,aku cuba diet.makan sedikit sahaja yang penting sayuran sayuran.First aku tukar dari minum air manis kepada air mineral.pastu masakan melayu ni aku kurangkan sikit,gulai takde dah,banyakkan ikan,daging ambik sikit je-tukar kepada protein semua.
Pastu malam malam aku blend epal hijau.kalau makan nasi,tak aci tambah.sepinggan sahaja.dalam beberapa bulan berat turun dari 147kg kepada 133kg.masa ni memang tak guna product langsung,seluar size 52 dah turun dalam 46.masa ini ada perubahan,bahagian tepi perut mengecil.dari pengamatan aku,bila tukar kepada minum air mineral,aku jadi banyak kencing,dan aku lihat bahagian kaki sudah mula ringan.sori aku tak minum air paip walau dimasak,bagi aku,air paip adalah air yang dirawat dengan klorin tetapi karat di dalam paip besi itu tak hilang macammana?


Khasiat epal hijau jangan buat ringan la.kesan asid dalam epal buat anda setiap pagi buang air besar dalam jumlah yang banyak.hasilnya anda terasa ringan.
Selepas itu,aku cuba try beli satu produk kuruskan badan.produk badan ni terlalu manis untuk ditelan.pastu tak nak.try pulak produk B,produk ni rasa macam geli sikit sebab rasa macam dedak ayam je.satu hari aku termakan kata kata kawan aku,supaya try satu produk X.bila aku makan produk x,memang jadi nak kencing.kencinglah semahu mahunya,air kencing toksah cakap la,keruh gila.produk X ni ada 3 produk kecik kecik,pertama  estrak bunga raya,kalau minum,memang buang air kecil je,tapi jangan risau lama lama dia akan berhenti.itu tindakbalas semulajadi.pastu produk kedua adalah ramuan herba  plus protein soya,kalau makan benda ini jadi buang air besar banyak setiap pagi,badan pun rasa ringan,tapi tak sedar ianya mencerahkan kulit muka.Ajaibnya kusam kat muka hilang,gelap kat ketiak leher semua dah putih balik.cium ketiak dah la tengik dah.ada orang cakap produk ni mahal.aku tak kisah aku telan je.
Selepas beberapa bulan,berat badan aku turun dalam beberapa kilo lagi.jadi 120kg,seluar dah tukar dari 46 ke 43.masa ni pening kepala sikit,sebab hampir semula seluar kena tukar.tapi tak kisahlah,sebab happy gila.masa ni dah cuba cuba nak bergaya sikit.memang berbaloi.muka dah tirus,hensem bersahaja.cesss.
Cerita ni tak habis kat sini.rupanya kalau kita focus pada protein mmg la berbaloi.fokus makanan protein.aku dapat idea-susu soya.terus aku amalkan minum soya lak.produk X aku tak lupa.pastu aku pakai sabun susu kambing kat muka,pastu dah start pakai losyen muka dan badan.pastu dah start pakai lulur.pastu pulak dah pakai pewangi.rambut pulak dah taruk syampu,bibir taruk lipbalm.baju baju dah berjenama.


Ok!sekarang berat i dah turun.skrg ni sekitar 109kg.berkat bersungguh-sungguh I jadi mengecil hampir 30 peratus dari berat asal.hahahhahahah.wajah dah bersih gila.putih melepak,badan dah segak.keyakinan datang.pastu hidup I dah berubah.
Maaflah I tak kurus lagi.tapi masih mengecil.orang nak cakap I gila produk pun takpe.sekarang ni I amalkan jugak makan madu dan habbatus sauda.badan jadi tak letih.produk X I tak lupa.heheheh.sekarang ni pulak I rasa I mmg hensem.bila pakai suit black n white bertali leher,pastu control control suara sikit-memang ada yg pandang.best skali bila dah pakai mazda 3,orang Nampak kita elegance.hahahahhaha.best sangat.pastu dulu rasa lonely.



Apa yang I nak cakap,sapa sapa yang gemuk,percayalah sebenarnya ada cara nak kurus,buang yang keruh(air kencing) ambil yang jernih(air mineral).i tulis ni sebab I nak sampaikan betapa happynya I sekarang dengan kehidupan i.
Orang orang gemuk janganlah susah ati ok.i faham perasaan anda.anda boleh mengubahnya.


I saje je tulis cerita i.supaya anda ambik iktibar,betapa tiada yang mustahil di dalam hidup anda melainkan anda berazam,dan berusaha.
Salam sayang.
Mohd Hayyatuddin (tengah minum soya)