Tuesday, August 9, 2011

Saya Belum Mati Lagi!


Sori kawan kawan lama i tak update blog since krismas tahun lepas.mmg lama sangat.actually kawan-kawan terlalu banyak perkara yang berlaku apabila 1.1.2011,i decided untuk daftarkan nama i sendiri MOHD HAYYATUDDIN & CO, sebagai sebuah firma guaman. sebelum itu pada tahun 2009,i daftarkan nama firm i sebagai satu branch dari AHMAD FAIRUZ & CO-then i belajar untuk manage firm. Alhamdulillah dengan penuh kepayahan,i syukur sangat dengan apa yang i ada sekarang.Sedikit reputasi yang baik, dan kes kes jenayah(i peguam jenayah ok) yang berjaya dilupuskan dengan baik,dan dengan pendapatan yang sangat cemerlang.Alhamdulillah,namun orang orang miskin,i tak lupakan i ada jugak buat pro-bono (khidmat guaman percuma) sebagai amal i pada masyarakat.

Kedua,i dah moved firma i dari Setiu (bandar Permaisuri) ke Seberang Takir Kuala Terengganu.alasannya kes kes jenayah di Kuala terengganu terlalu banyak dan kes kes di setiu dikurangkan.Rasionalnya..masyarakat di setiu selalu sahaja beranggapan i ni "sedara dia" dan enggan bayar fee guaman.ada jugak yang hanya ucap terima kasih tanpa bayaran,ada yang beri i 50 ringgit je dan ada yang bagi pisang satu plastik.Ibu i orang setiu dan sangat dihormati..dan mmg i tak leh berniaga di setiu-buat penat je.di Kuala Terengganu,senang-senang sahaja boleh buat duit.tapi ada juga yang lepas kes je melarikan diri tutup handphone dan ada yang mati mati taknak bayar.ada jugak yang maki peguam balik,bila menang tapi marah kat peguam,sbb bila menang tak nak bayar kat peguam.

Kadangkala peguam juga menangis sendiri.itulah lumrah.Namun Tuhan itu Maha Kaya,selalu cukupkan apa juga yg terkurang.Segalanya i niatkan kerana Allah.

Namun,ramai yang suka pada peguam macam i.Beratus ratus air mata yang mengalir mengucapkan terima kasih atas khidmat yg i berikan.Bagi kita kecil sahaja nilainya,bagi mereka,peguam adalah wira.biarpun saya bukan peguam yang handal,namun janji saya,saya pasti buat yang terbaik.

Alhamdulillah,buku buku rujukan saya makin bertambah.saya manfaatkan masa yang baik untuk study kes kes demi anakguam saya.Alhamdulillah juga,peguam peguam senior di Terengganu ini amat ramah-boleh berkongsi ilmu dan tidak lokek.Saya rasa kadang kadang saya masih chambering.selalu merujuk pada En Mazlan,En Wan Z,En Mat Yusof, En Nik Radhia dan yang lain lain juga. Dengan rendah diri saya katakan ada juga ilmu-ilmu mereka yang tidak wujud dalam buku rujukan saya!Semoga Allah membalas niat baik yang memberi tunjuk ajar.

Akhir akhir ini,kes kes saya kerap mendapat liputan.takut juga bila orang kata,saya kejar glamour-tapi sebenarnya glamour yang mengejar saya.hahahah..biarlah apa orang kata,ini masa saya untuk dikenali umum.namun biarlah..saya biarkan sahaja pada masa.hidup ini naik dan turun.semoga saya tetap dengan pendirian saya-saya berkhidmat dan saya mencari rezeki yang Halal.

Alhamdulillah,firma saya makin berkembang,kes kes conveyancing makin banyak.klien klien pun ada masalah tetapi berjaya diselesaikan dengan cepat.

Kadangkala saya cuti sehari dalam seminggu-saya ada komitmen pada ayah saya yang terkena angin ahmar.saya akan temani dia ke hospital dan buat rawatan.bagaimana keadaan ayah saya,saya amat sayangkan dia.saya pasti dengan menjaga kebajikannya-akan terbuka keikhlasan di hati kita.kadangkala saya memandikan ayah dan menyuapkan dia.Dia tetap ayah saya.

Dalam 2 bulan lepas, saya terkena santau.dua minggu saya tak boleh makan dan keluar darah.saya amati saya akan menggelupur bila mendengar Al-Quran dan azan.Alhamdulillah saya sudah sembuh apabila berubat dengan seorang ustaz.saya tidak berdendam dengan sesiapa.Saya hanya serahkan pada Allah.Biarlah Allah yang menentukakn kedudukan penyantau tersebut.mungkin ada perkara yang mereka tak puashati atas kelemahan kita.kita manusia yang tidak pernah sempurna.Ikhlaskan hati..

Saya juga ditahan di wad untuk observation dalam beberapa hari.selain dimasukkan berbotol botol air dan diberikan rawatan.saya rasa lega sikit.terima kasih pada doktor doktor yang merawat saya Dr Ihfaz,Dr Pavala,Dr Siti Fatimah (Dr Ikram aku tgk dia lalu lalang je-tak tau dia rawat aku ke tak) dan Dr lain juga.dan nurse yg cun -cun.Mereka ni tak habis habis paksa aku masuk kelas pertama.saya cakap pada mereka,biarlah i duduk kelas ketiga pun-kita manusia yang sama sahaja..dan saya yakin staff HNZ akan merawat melayan saya seperti kelas pertama!

Selepas keluar wad i mula jaga makan,every nite makan jus epal je.then semalam i timbang i dah turun 13 kilos!!!memang gile kan.pastu alang alang i dah diet-i amik product herbalife.i yakin produk ni bagus.i buat mini research.dan i decided to.thanks to ATIE for being my great coach and consultant.

Malam malam i just relaxing, isnin dan rabu normally i lepak kat b benteng kat Taman Tamadun Islam TTI.before puasa ada band yang perform oldies.i selalu request lagu lama.My favourite song is "Jangan Pernah ada Dusta" by Broery.hahahhaha.

Pastu baru juga balik dari Pulau Redang.tapi tak sempat snorkeling.sebab pergi atas urusan kerja,meninjau pembelian tanah pulau,dan firma saya dilantik uruskan jualbeli.sempatlah mandi kejap dan lepak kat D' Taras..(dulu Berjaya Resort).nanti lepas raya datang lagi ok.

then cerita terbaru,i ingat nak beli kereta baru..tak tahu lagi bila,cuma kenapa my mind ni selalu sahaja nampak dalam bayangan peugeot 407.bukan tak minat mercedes cuma gaya mercedes itu telalu high-standard.i ni pun bukan peguam jutawan pun,just peguam kecil-kecilan(kes kecik-kecik tapi banyak)hahahhahahah:p

dan terima kasih jugak pada rakan rakan peguam yang selalu beri semangat.ada masa kita rasa down.kita perlukan semangat.rakan rakan seloka Mr Zamri.Mr Azrai,Pokleh.Mr Fauzi Mat Paih dan En Hisham selalu sahaja buat aku happy.

Geng geng veteran,Encik Ubai dan En Aziz saya sangat hargai.Sebab anda peguam senior tapi biasa je lepak ngan kite kite ni.

Sekian,update tentang diri saya.saya tau ramai gadis yang mengikuti blog saya.
hehehheheh.
saya hanya peguam jenayah,bukan penjenayah.

Salam Hormat,

Mohd Hayyatuddin Muhamad
Tetuan Mohd Hayyatuddin & Co.

smile:p




4 comments:

Che Hassan said...

memang power ayat karangan loyer nih..aku menyokong perjuangan anda menolong orang menggunakan minda dan lidah..teringat lagi, skill tolok spek dengan jari telunjuk mase berdebat kat sekoloh dulu, dekat dewan fikri.masa jadi pause sekejap sebab aktiviti tolok spek itu..haha..

hayat said...

cik asang..hehehhe..ingat lagi time tu..hahhaha.time malaikat lalu tu.
thanks for your support sang.life is a miracle-for those who searching truth:P

WS Zuriati said...

Salam..hayat..lama tak jumpa..tulisla cerita lagi..kak zu suka bc cerita hayat..kalau arwah nafastari ada lagi tentu dia pun suka tgk kemajuan hayat...

KAKWHY lahhhhhhh said...

wat a good thoughts...ayat simple..and straight forward..tu yg penting..tak berbelit2...sekian..all the best