Wednesday, June 16, 2010

Apakah Tugas Peguam Jenayah sebenarnya?


Kembali ke kampung,ada seorang pakcik tua yang menyumpah seranah aku.Bila dia dapat tahu yang kerja aku adalah peguam.
"keje sangat peguam-duduk bela orang salah..bla bla..macam macam kata-kata yg dihamburkan pada aku secara tiba-tiba".aku diam sahaja tetiba rasa jugak berasap dalam hati.sabarlah..Mereka tak faham kerja aku.

Ni aku nak cerita.

Tugas peguam yang pertama adalah mewakili pesalah agar beliau mendapat hukuman yang setimpal dengan apa yang dilakukan.
Contohnya:kalau memilki barang curi haruslah dituduh mengikut peruntukan tersebut,dan bukannya dituduh di bawah pertuduhan mencuri.
Pengakuan tertuduh harus dilihat sama ada beliau faham atau tidak apa pertuduhan yang dibawa oleh pendakwaan,konsisten dengan perlakuan salah yang dia buat.
Contohnya jika beliau ditangkap ketika berada di rumah kawan di mana kawan tersebut ada dadah dalam poket,dan beliau tidak tahu-beliau harus dilepaskan dari pertuduhan.Ini tugas peguambela.Melepaskan orang dari musibah adakah kerja berpahala atau dosa?

Sama seperti jika tiba-tiba di dalam kereta anda dijumpai dadah.dan anda ditangkap,bagaimana?

Di sinilah terletak tugas saya untuk membuktikan bahawa anda tidak bersalah.

dan jika anda memilih untuk mengaku salah,dan faham dengan pertuduhan,dan anda telahpun insaf,saya akan sediakan rayuan ringkas untuk Hakim jatuhkan hukuman yang ringan.Itu lebih baik-dan saya harap hukuman tersebut betul2 membuatkan anda insaf dan anda cubalah untuk menjadi manusia yang berguna!!

Cuma anda tidak harus Tipu peguam anda.anda pasti terjerat.dan kes anda pasti kalah kerana kebenaran akan timbul ketika hari perbicaraan.PDRM adalah sebuah organisasi terlatih yang boleh buatkan anda nampak seperti bersalah jika mereka mahu!!!

Tugas peguam yang kedua adalah menjadi pengawas kepada perbicaraan.Jika pihak Polis tidak mempunyai bukti yang cukup-mereka harus melepaskan anda.itu adalah prinsip Islam yang tulen,dimana didalam kekurangan bukti,adalah lebih baik melepaskan anda daripada mensabitkan anda.dan adalah perkara yang lebih teruk jika mereka menghukum mereka yang tidak bersalah.

ketika rencana ini ditulis,banyak kes pecah rumah berlaku dimana,ramai tertuduh di tuduh di bawah seksyen 457 Kanun keseksaan.Yang peliknya tiada saksi dan tiada bukti lain melainkan hanya dakwaan polis kesan cap jari dijumpai di tempat kejadian.Ini saya percaya agak membingungkan hakim memaksa hakim membuat ijtihad(inferens) mereka sendiri.Saya merasakan bahawa ada sesuatu ketidakadilan telah berlaku dimana kesan cap jari mungkin sengaja direka dan dibuat-buat kerana ada beberapa faktor:

1-Laporan cap jari hanyalah sebuah cover letter yang menyatakan bahawa cap jari yang dijumpai adalah milik sekian sekian.Namun sampel permohonan untuk(seharusnya beberapa cap jari lain dihantar) cap jari itu dibuat pengecaman tidak pernah ditender.Laporan cara dan kaedah pembandingan cap jari tidak pernah dibuat.yang agak prejudis adalah suspek dalam kes 457 ini kesemuanya adalah mereka yang pernah ada kesalahan lampau dan tinggal berdekatan dengan rumah yang dipecahrumah.Ini menimbulkan andaian pihak polis mengambil jalan mudah iaitu untuk cepat-cepat mencari pesalah dan memaksa-maksa untuk mengaku salah dan kes ditutup dengan lebih awal.Pihak pendakwaan tidak dapat tidak memaksa hakim yang bingung untuk membuat keputusan dengan hanya bukti CAP JARI YANG DIJUMPAI.sekiranya tertuduh itu betul-betul tidak bersalah-ini adalah satu penganiayaan yang melampau.

dan disini terletaknya tugas peguam jenayah.

saya juga ada dicemuh kerana mewakili pesalah dalam kes buang bayi baru -baru ini.Namun saya faham, saya harus menyatakan fakta fakta yang sebenar dari pihak pembelaan. saya menjangkakan sekiranya tidak ada peguam-OKT boleh didenda dengan hukuman maksimum, manakala dalam kes saya OKT dikenakan hukuman 12 bulan sahaja-separuh daripada hukuman maksimum.Biarpun saya hanya memohon denda-tapi saya amat faham tugas hakim-dimana beliau juga harus menilai semua faktor seperti kepentingan awam.

Di samping itu,saya juga adalah peguam Pusat Bantuan Guaman di mana saya mengendalikan kes dengan percuma.memberi bantuan guaman kepada orang kampung yang tidak mampu adalah satu kepuasan bagi saya.Apakah itu dikira dosa atau pahala?

Saya suka kerja kerja ini kerana saya hampir dengan masyarakat di samping mengekang kerakusan pihak Polis.Baru baru ini saya mewakili OKT yang diterajang polis hingga patah peha.Dengan kehadiran saya dalam dunia jenayah ini,Pihak Polis sentiasa memantau supaya prosedur dijalankan dengan lebih baik.Ketika saya mula-mula beramal dahulu,keadaan juga tidak berubah.OKT ketika siasatan dipukul dengan teruk supaya mengaku salah dan keadaan itu saya percaya berlaku sehingga ke hari ini.Semalam saya mewakili satu lagi kes dimana ibubapa OKT mendakwa anaknya terbunuh di dalam tahanan polis.

Banyak lagi yang saya hendak bercerita-tetapi cukuplah setakat ini.Semoga anda semua faham kerja saya.

Mohd Hayyatuddin adalah peguambela jenayah dan Pengerusi National Young Lawyer's Commitee Negeri Terengganu dan juga AJK Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu dan peguam Pusat Bantuan Guaman Terengganu.


Sunday, June 6, 2010

Thanks Hayat, buat i bahagia:P

SMS itu sangat berharga.

Tolonglah Bangun.

Sebelum dia rebah ke lantai.

Dan aku terkesima-tak mampu buat apa-apa

Ya Tuhan-Berikanlah dia kekuatan

Aku berdoa dengan seiring dengan nafasku--

Aku berharap..

*ini kisah peribadi aku.

Tuesday, June 1, 2010

Seksyen 43(1) APJ 1952

aku dapat kes banyak pasal 43(1) ini..yang agat merumitkan bila aku melihat faktor kecuaian ada pada OKT tetapi dalam peratusan yang kecil.dengan erti kata lain,Seksyen 43(1) ini amatlah berat dan seharusnya Pertuduhan di bawah Rule 10 patut ada_bukannya tak ada langsung seperti di Setiu.

Tak semestinya orang yang melanggar orang lain sampai mati Wajib dikenakan pertuduhan di bawah 41(1) APJ dan tak semestinya sekiranya kita accident dan pihak sebelah sana parah-WAJIB kita dikenakan seksyen 43(1) APJ 1952.

Aku tiada pilihan baru baru ini.OKT aku datang tanpa bawak wang at least 5 ribu ringgit apabila dikenakan pertuduhan 43(1).jadi aku minta tarikh lain.Famili dia taknak tolong satu sen pun.keje dia dah la pakguard je.kes ni pulak direfer dari BBG negeri sembilan.maksudnya aku buat pro bono case-represent for free!aku boleh tolong tapi bab bayar denda aku sumpah tak boleh tolong.

Nak mohon representasi pun ada masalah.Mintak dokumen dengan polis sangat cerewet.dua kali tulis surat belum tentu dia jawab.pastu pulak kalau kita pergi sendiri-kerani dia bebel bebel.aku benci betul.Pastu pulak kes kalau direfer balik,ambik masa yang terlalu lama.ambil sebutan banyak kali,pastu pulak kat court time sebutan saksi selalu datang.kalau dah namanya sebutan apasal nak panggil saksi ramai ramai datang?atau saja nak duit elaun?tak faham la..


Aku kadang-kadang naik fedup dengan karenah dan birokrasi.bila malaysia nak maju.bangunan Kerajaan juta-juta..kerani bebel bebel macam aku ni pakcik tua yg tak sekolah.itu peguam yang datang..tapi biasa dah kena..kalau pakai baju biasa..ditengking pun pernah..bila aku cakap aku lawyer-mulalah tersipu malu..Inilah malaysia.

OKt pulak macam-macam.time buat jenayah tak fikir anak-anak.bila dah buat-merayu mohon lepas.aku bukan Tuhan.aku tengok dokumen dulu.kalau dah cukup bukti-aku cadangkan kau mengaku salah..itu lebih baik!kalau aku lawan kalah-kau nanti maki aku!hahahhahahahahahha


Accident ni,dia tak berlaku senang-senang-ada salah sikit sorang.lainlah kalau kau dilanggar oelh orang mabuk ke,lain citer..time api dah kuning nak merah-kau pecut..yang sana lak,belum hijau dah jadi hero.yang paling laju dengan yang paling lambat meletuplah!!!!!patah sana patah sini mulalah nak buat report palsu-konon pihak sana yang salah--nak claim insurans...tak tahan..ada pulak penasihat kat kaunter tu yang dapat komisyen.hahahhahahahaha...

dah nama aku peguam-kes pelik pelik datang----
Dania pulak ke mana?senyap je..

Bukak lagu Justin Bieber jap...


Layan...otak dah penat..esok sambung ok!chow