extremely tired!this week rasa cam life dalam kereta je.berulang alik ke sana sini,untuk menyelesaikan macam-macam kes.
ada satu kes menarik minggu ni.Alhamdulillah berjaya diselesaikan dengan baik.ada seorang budak ni ayah dia meninggal tapi tak sempat tukar nama tanah.aku pun pergi jumpa tuantanah dan berbincang.Pada mula-mulanya mereka tidak setuju kerana masih ada baki bayaran yang belum dijelaskan.lepas tu pulak ada ke patut ada sedara mara dia yang ikut sama dalam perbincangan aku tu bawak gengster.bodo la melayu..pastu pulak buat meja rundingan tu panas.aku dengan baiknya membawa jauh satu pihak ke meja yang lain sementara suruh geng geng gengster ni balik dulu.perbincangan kali pertama Gagal.habis pukul 1 pagi.
Perbincangan kali kedua berlaku dengan cukup mudah.Tuan tanah bersetuju baki bayaran ditambah lima ribu ringgit kerana kos tukarnama.Mula-mula pihak satu lagi tak setuju.Aku persuade supaya setuju.Alhamdulillah akhirnya kedua-dua pihak setuju dan turunkan tandatangan dalam perjanjian.Ingatlah rundingan yang baik dan berjaya bukan dirunding dengan gengsters,parang,siku atau pistol dan dengan muka yang bengis tapi mestilah dimulakan dengan ikhlas dan memberi option kepada kedua dua pihak sehingga win win situation dapat dicapai.
akhirnya anak yatim tu dapat hak dia.
Bayaran tidaklah seberapa..tapi aku puas
Monday, March 15, 2010
Tuesday, March 2, 2010
Abah
PAGI
Ayahku masih belum bangun
Pagi selesai solat subuh,aku renung matanya
Dia kaku,matanya kuyu-sakit angin ahmar
Tidak bisa berdiri-di atas tilam itulah dunianya
Dulu ayahku pegawai Besar-ramai kawan-kawan
Bila terjelepok begini-hilanglah dunia kemegahan zaman mudanya
Ubat berwarna warni itulah penyambung hidupnya
Ubat itu asbab-Rahmat Umur Panjang Tetap Milik Allah Yang Maha Kudrat
Sebelum ke Kerja,itulah rutin-menjaga ayah setakat yang mampu
Buat air susu dan pastikan Dia tidak lapar,
tengahari nanti Hayat akan balik abah
Pastikan abah makan tengahari
Maaflah mungkin harini abah lambat mandi
Tunggu Ma balik sekolah karang kita mandi
Lepas tu salin baju
Abah jangan risau
Selagi Hayat ada,InsyaAllah Abah akan selamat
Cuma kadangkala abah mungkin rindu adik beradik hayat
Mereka serata Dunia Abah
Mereka sampaikan salam dan doa buat abah
Nanti mereka balik-cium tangan abah
Abah mesti senyum..
Abah mesti panjang umur
Harini abang hilang satu pancaindera
Jangan kita hilang Rahmat Tuhan Abah
Jangan kita hilang Keyakinan kita
Abah pasti sihat kembali
Kalau Itu Yang Tuhan Kehendaki.
PETANG
Abah mesti nak makan buah
Nanti Ma akan belikan sedikit kuih
Hayat akan hiriskan buah pauh dan timun cina
Hayat tau abah nak makan cendol-tapi abah ada kencing Manis
Abah masih di tilamnya-dunianya itulah
Kalau abah boleh berjalan-kita mesti berjalan jalan abah ke pantai
Kita mandi Laut macam dulu dulu
Kita umpan ketam dengan kepala ayam
Atau kita ke sungai menahan pukat
Kalau bukan musim bah-paling kurang adalah empat lima ekor ikan darat pasti lekat
Kita goreng kunyit dan kita makan dengan sayur labu
Kita juga boleh ke kebun,kita bawak balik ubi kayu,kita rebus
Kita Orang kampung kan abah..
Takpe,Kalau Ada waktu Abah boleh berjalan nanti,pasti kita pergi.
MALAM
Abah dah lupa solat maghrib berapa waktu
Kadang kadang abah solat satu rakaat sahaja
Tapi orang tak marah abah
Sebab abah dah lupa banyak perkara
Kemudian Abah mesti makan malam
Di tilam itu lagilah dunianya
Kemudian dia pejamkan mata
Kadang kadang abah lupa nak bagitau abah nak buang air
Takpe basuh tilam tu bukannya payah sangat pun nak basuh
Bila abah dengan ma mula tidur,Hayat mintak izin keluar rumah pergi ofis kejap
Untuk prepare kes esok-baru buka Ratanlal dan kitab CLJ
Dan study kes sedikit sebanyak untuk esok
Tengok file-file mane yang kejar date
File ni banyak file orang yang tak mampu bayar abah
Orang kata Hayat peguam orang miskin mestilah miskin
Biar kita miskin zahir abah
Tapi kita kaya akhlak dan hati budi
Semoga esok mentari muncul lagi
Kalaulah hayat pergi dulu
Maafkanlah hayat abah
Hayat bukan anak yang baik dulu!
Dedikasi pada ayahku yang sakit angin ahmar..dalam dunia ini kita hanya ada satu AYAH dan satu EMAK..setinggi mana dan sekaya manapun kita..lihatlah pada asalnya kita..Ya Allah ampunkanlah dosa dosa ayah dan ibuku.

Monday, March 1, 2010
Ya Allah
Ya Allah
Aku mohon padaMU
atas alamat hatiku ini
Biarlah tanda ini
datang dariMU
Yang aku yakini Ya Allah
Ya Allah
aku bukannya kamil
untuk aku mohon kesempurnaan
Namun aku mohon jauh dari nifaq
Supaya aku terus merendah diri padaMu Ya Allah
Tiada apa yang Mustahil bagiMU Ya Allah
Atas apa juaPUN hanya dengan kalimah
Kun Fayakun Jadi Maka jadilah
Ya Allah
Berikan aku NUR
Berikan Aku Huda
Berikan hati yang Layyin
Berikan aku jalan
Mudahkan thoriq
Bangkitlah siapa di dalam gelap
Cahaya yang Engkau Tetap
DariMU padaku
Pejam mata....

Subscribe to:
Posts (Atom)