Pengakuan Salah :Apakah betul-betul bersalah atau sengaja mahu cepat selesaikan kekusutan?
Aku yang baru setahun jagung terjun ke dalam dunia jenayah (sebagai peguam jenayah) mendapati dunia jenayah penuh dengan konflik.Di antara mengambilkira kepentingan awam dan sifat sebenar OKT yang masih muda mentah, kurang rationale selalu menjadi perhatian aku!
Hukuman yang terlalu berat melibatkan pemenjaraan yang panjang dan sebat mengakibatkan OKT hilang masa depan,dan tidak dapat tidak kelak akan bergelar banduan:menyebabkan OKT menghadapi masa depan yang amat gelap,dan tiada harapan untuk mendapat pekerjaan yang baik.
OKT selalu datang berjumpa saya dan memohon supaya bagaimana kes beliau boleh diselesaikan dengan cepat.
Pada suatu hari dan beginilah hampir setiap hari pun!
Kalau saya lawan kes ini, belum tentu kes ini boleh menang!
Kalau saya mengaku salah, kalu kena penjara bagaimana?
Saya ada anak-anak. saya sekarang kerja kerajaan,dan saya ada orangtua yang sakit!
Apa kesalahan Encik?
___________(sulit)!
Kesalahan di bawah seksyen tersebut memang boleh didenda atau dipenjara atau keduanya!
Gulp!
Kalau lawan bicara,berapa lama kes ini akan berjalan?
Saya tiada jawapan,mungkin paling singkat setahun!
Kalau saya mengaku salah macammana?
Kalau awak betul-betul bersalah,itu yang saya syorkan!
Tapi saya tak bersalah,saya hanya duduk di rumah sewa,dan tiba-tiba ada polis serbu!
Saya dituduh mempunyai niat bersama memiliki *****!
Tapi saya takboleh majikan saya tahu saya ada kes ini,nanti saya boleh dibuang kerja!
Saya ada anak-anak!Tolonglah saya!
Konflik tahap tertinggi (delta).Keadaan menjadi hening seketika.
Begini.
Kita ambil risiko tapi saya tak beri jaminan,apa-apapun semua atas hakim-yang buat keputusan.
Saya akan sediakan mitigasi yang terbaik untuk awak!
Itu sahaja yang boleh saya janji.
OKT blah begitu sahaja.Jauh sekali untuk bincang pasal bil bayaran.mungkin dia nanti akan selitkan paling banyak RM100 atau RM50 sahaja nanti di hari perbicaraan.Mungkin Tuhan sengaja takdirkan aku akan tolong dia!
Aku faham.dia tak bersalah.dia ada anak-anak.dan dia mahu selesaikan semua ini dengan cepat!Aku diam seketika.Hening!

No comments:
Post a Comment