Tuesday, September 15, 2009

Graduan UIAM SYAHID DI PALESTINE!

Gambar As-syaheed Ubaida ditangisi ibu dan keluarga. Beliau ditembak 6 kali di perut dan kepala.Semoga rohnya ditempatkan Allah bersama roh para syuhada.


dari http://blogs.iium.edu.my/martinelli/


Graduan UIAM syahid di Palestine


Semalam sewaktu menunggu waktu berbuka puasa saya dikejutkan dengan berita Bro. Ubaida M.A AlQudsi syahid di tanah tumpah darahnya Palestine kerana ditembak oleh askar Israel laknatullah. Hampir tercampak telepon yang saya pegang mendengar berita sedih itu.
Saya menalipon rakannya, Herbawi, untuk mengesahkan berita itu. Herbawi dengan nada sayu menjawab, “Yes madam, he was shot by the Israel army 2 weeks ago and passed away yesterday.”

Sepanjang belajar di UIA Ubaida sangat aktif dalam IIUM Al Aqsa Friends Society dan juga nasyid. Beliau baru saja menamatkan pengajian komunikasi dan pulang ke kampung halamannya Palestine selepas selesai peperiksaan semester lepas. Dikatakan bahawa dia ditembak selepas solat di sebuah masjid di kampungnya di bandar Al Khalil (Hebron) semasa melalui sekatan jalan oleh tentera Israel. Pihak Israel menuduhnya hendak menikam salah seorang tentera…. alasan biasa yahudi untuk menghalalkan tindakan mereka membunuh rakyat Palestine. Beliau dibawa ke hospital dan koma selama 19 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Kelab Al-Aqsa Friends Society adalah kelab yang sangat aktif menjalankan program2 kesedaran menyelamatkan Masjid AlAqsa. Kebanyakan ahlinya adalah pelajar Palestine. Ubaida pernah menjadi salah seorang pimpinan kelab ini. Mereka sering ke pejabat saya untuk membincangkan program dan pengurusan kelab. Merekalah diantara ribuan anak didik yang saya sayangi di UIA ini. Melihat wajah2 mereka akan membuat anda terasa kecil kerana jiwa muda mereka yang penuh dengan semangat perjuangan. Jasad di UIA tetapi hati nun jauh di negara tercinta. Dengan perasaan dilselubung cemas sepanjang masa kerana mengenangkan nyawa keluarga yang tidak putus2 diancam yahudi, mereka masih terus belajar untuk meraih ilmu.
Kalau anda biasa beri’tiqaf di IIUM SHAH’S Mosque sepuluh Ramadhan terakhir ini anda akan melihat kumpulan pelajar2 ini membawa walkie-talkie kerana menggerakkan usaha menghidupkan Ramadhan di masjid ini . Saya dapat rasakan perasaan cinta mereka pada masjid UIA yang merupakan menifestasi dari cinta mereka kepada Masjidil Aqsa yang mereka perjuangkan.
Syahidnya Ubaida akan semakin membakar semangat rakannya2 di sini.
Ini merupakan pemergian ke dua graduan yang bakal menerima skrol semasa konvo 2009 yang akan berlangsung bulan depan. Sebelum ini telah pergi Shafawati yang aktif dalam Kelab Mentor-mentee Gemilang kerana sakit Leukimia. Anak sulung dari 8 beradik berasal dari Sarawak, Shafawati yang dikenali sebagai Kak Sha di kalngan juniornya sangat peka dengan masalah masyarakat sehingga sanggup menghabiskan masanya dalam kerja2 kemasyarakatan CENSERVE tanpa memperdulikan penyakitnya.
Kedua2 mereka adalah hasil produk the Garden of Knowledge and Virtue yang benar2 menterjemahkan ilmu yang mereka dapati dalam bentuk bakti suci buat ummah tercinta. Pemergian mereka yang ditangisi oleh teman2 akan menyemarakkan lagi semangat cintakan ummah di kalangan pelajar2 UIA seluruhnya.
Konvo 2009 dijangka paling syahdu kerana pemergian 2 graduan yang menemui Tuhannya sebelum sempat menerima skrol dan pencapaian dua orang insan istimewa Nik Nor Ermiza dan Fahmi.


Gambar As-syaheed Ubaida ditangisi ibu dan keluarga. Beliau ditembak 6 kali di perut dan kepala.Semoga rohnya ditempatkan Allah bersama roh para syuhada.
Ya Allah berikanlah kami kekuatan untuk terus membantu menghasilkan jiwa2 besar dari UIA yang bakal memimpin ummah tercinta ini. Ameen Ya Rabbal ‘Alameen.

Pro Bono Case.

Pengakuan Salah :Apakah betul-betul bersalah atau sengaja mahu cepat selesaikan kekusutan?

Aku yang baru setahun jagung terjun ke dalam dunia jenayah (sebagai peguam jenayah) mendapati dunia jenayah penuh dengan konflik.Di antara mengambilkira kepentingan awam dan sifat sebenar OKT yang masih muda mentah, kurang rationale selalu menjadi perhatian aku!

Hukuman yang terlalu berat melibatkan pemenjaraan yang panjang dan sebat mengakibatkan OKT hilang masa depan,dan tidak dapat tidak kelak akan bergelar banduan:menyebabkan OKT menghadapi masa depan yang amat gelap,dan tiada harapan untuk mendapat pekerjaan yang baik.

OKT selalu datang berjumpa saya dan memohon supaya bagaimana kes beliau boleh diselesaikan dengan cepat.

Pada suatu hari dan beginilah hampir setiap hari pun!

Kalau saya lawan kes ini, belum tentu kes ini boleh menang!
Kalau saya mengaku salah, kalu kena penjara bagaimana?
Saya ada anak-anak. saya sekarang kerja kerajaan,dan saya ada orangtua yang sakit!
Apa kesalahan Encik?
___________(sulit)!
Kesalahan di bawah seksyen tersebut memang boleh didenda atau dipenjara atau keduanya!
Gulp!

Kalau lawan bicara,berapa lama kes ini akan berjalan?
Saya tiada jawapan,mungkin paling singkat setahun!
Kalau saya mengaku salah macammana?
Kalau awak betul-betul bersalah,itu yang saya syorkan!
Tapi saya tak bersalah,saya hanya duduk di rumah sewa,dan tiba-tiba ada polis serbu!
Saya dituduh mempunyai niat bersama memiliki *****!
Tapi saya takboleh majikan saya tahu saya ada kes ini,nanti saya boleh dibuang kerja!
Saya ada anak-anak!Tolonglah saya!

Konflik tahap tertinggi (delta).Keadaan menjadi hening seketika.

Begini.
Kita ambil risiko tapi saya tak beri jaminan,apa-apapun semua atas hakim-yang buat keputusan.
Saya akan sediakan mitigasi yang terbaik untuk awak!
Itu sahaja yang boleh saya janji.

OKT blah begitu sahaja.Jauh sekali untuk bincang pasal bil bayaran.mungkin dia nanti akan selitkan paling banyak RM100 atau RM50 sahaja nanti di hari perbicaraan.Mungkin Tuhan sengaja takdirkan aku akan tolong dia!

Aku faham.dia tak bersalah.dia ada anak-anak.dan dia mahu selesaikan semua ini dengan cepat!Aku diam seketika.Hening!












AKU NAK KETE NI..PAPA I WANT THIS CAR!!!!!!!!!!!INSYAALLAH TAHUN DEPAN..

lepas aku bukak branch di KL..jeng jeng jeng..rahsia kerajaan ni..(mesti ramai yang tertanya-tanya).

dengan syarat mesti KERJA KUAT!!!!! A Man with a dream will not be denied!!!!!!!







Minggu yang sungguh memenatkan!


Aku baru je balik je balik KL.Meeting dgn K P NG,Dipendra,Sherry,Simran,khaizan pastu ade lagi AJK program UNiCeF.dalam meeting tu,Dipendra ajak aku pergi Filipina ada program kat sana.heheh..tapi for sure aku pergi sabah- ada forum Young Lawyers.pastu aku sempat jumpa member2 kejap pastu layan GI Joe kejap kat GSC!heheh.



Balik je terus ke Court-ada klien aku Nigerian from Kenya.kena charged section 406 PC.Kesian aku tengok mamat ni.Girlfrend dia jugak kena charge atas tuduhan bersama,by virtue section 34.dapat next date,plan nak suruh OKT tu PG(plead guilty) pastu buat representasi agar GF dia Nessi tu dibebaskan.Pegawai kedutaan,George pulak sibuk je tanya bila bebas.Jane pun sama.Aku tak tahu la,section 406 paling kurang penjara minima 2 tahun up to 10 years!Gila.


Kes-kes menjadi complicated.sebelum ke KL aku handle kes section 354.Keterangan doktor dah in favour aku.so masa trial,aku bangun terus aku cakap"Tuan,saya tiada Cross!".Hakim terus terkejut.sebab jarang ada lawyer tak cross unless bila keterangan saksi pendakwaan betul betul tidak memihak pada PP.Hahhahah..this is the art of NO cross!hahahhaha..


PP pulak gelabah nak cari doktor lain nak affirm report doktor.dalam hati aku cakap lagi ramai lagi bagus..dah sah sah takde kesan ape-ape(sebenarnya dalam kes ni OKT aku dianiaya oleh isteri yang dah nak mintak fasakh).


minggu ni aku paling malas bekerja.seminggu sebelum raya ni,orang lain sibuk cari duit.aku relax je.bukan duit dah banyak tapi bagi aku cukuplah untuk aku seorang.bukannya aku dah kawin,ada anak lima!hehehehhe:P