Sunday, June 28, 2009

kenapa perlu aku risaukan.

gambar anak sedara aku yang menghiburkan hati-SOFEA RAMADHANI(gambar hiasan)



semalam,ex-gf aku msg."im getting married".aku rasa macam kepalahotak aku weng kejap.Mungkin aku tak pernah terfikir bahawa masa couple dulu,kita tak pernah fikir kita akan berpisah.Masa yang kita lalui dulu cukup indah.dan kalau kata break pun,ia tak semesti dimaksudkan secara literal.ia hanyalah mainan perasaan dan lama-lama ia ok lah tu.


tapi ini mmg suatu yg cukup dan sgt serius.tapi aku saja letakkan masalah itu bukan di benakku.buat ape?perempuan yang sungguh-sungguh janji mahu aku setia dan mahu aku jadi suami pada dia--tapi dialah yang pertama beralih arah?dan kahwin dengan lelaki yang baru dia jumpa?itulah bodohnya wanita..takpandai menilai mana satu lelaki yang sanggup hidup mati kerananya.lepastu lak,bila kahwin,perangai lelaki pun terbongkar.so,masa tu mana nak turn balik masa dulu?


aku pun bodoh jugak.Bodohnya aku sebab aku setia pada dia bertahun-tahun.masa dulu,ada jugak gadis-gadis cun yang ada hati kat aku,dan aku terpaksa mintak maaf pada mereka semua-konon aku dah ada pilihan hidup yang tepat.bodohnya aku,sebab aku tak leh kembali pada masa lalu.gadis2 yang aku reject tu semuanya dah beranak satu.


sekarang yang ni lak kahwin.aku boleh cakap apa?diam je lah lebih baik dari segalanya.malas nak menyumpah seranah.aku lupa dalam dunia ni ramai orang yang tak setia.orang yang gila harta.umur aku bukan dah lewat,baru 26 tahun,tapi rugi masa.rugi masa duduk hadap awek tu sorang bertahun-tahun.aku diam je(sebab rasa nak menyumpah seranah).


sekarang ni,aku mmg rasa betul-betul teraniaya.Aku dah serik jumpa orang macam ni,tolonglah Ya Allah,jangan aku jumpa orang macam ni lagi.sakitnya hati(nak menyumpah lagi).baik diam.


hahahahha..

Wednesday, June 24, 2009

Aku yg baru pulang dari mekah.

makkah



masjidil haram


bayangkan..aku selamat pulang dari perjalanan yang sungguh agung.
senakal-nakal aku,aku dijemput Tuhan ke sana dengan penuh hikmah dan iktibar.kadangkala rasa takut menguasai diri,kerana bermacam-macam cerita aku dengar-balasan pada orang yang jahat-jahat,tetapi rupanya di sana itu ada ketenangan hati dan perasaan.percayalah..Allah yang menjemputku kesana dengan penuh tandatanya.

Aku transit di Doha.Kemudian ke madinah al-munawwarah.BAku angkat takbir.alunan suara imam mendayu-dayu.Aku merenung makam nabi Muhamad s.a.w.baginda mengharungi hidup ini dengan penuh kesusahan-membawa islam agama ketenangan hati dan perasaan.

Terus aku menangis seperti bayi,curahan airmata keinsafan menusuk.Alunan ayat suci sangat mencucuk kalbu.Raudhah itu aku iktikaf lama sekali,aku renung sekali lagi makam Nabi..Ya Allah..kenapa Kau menjemputku ke mari?Adakah ingin sekali Kau ingin aku berubah?

Aku sematkan ihramku.di Bir ali,aku solat sunat dan niat ihram.perlahan-lahan aku perhatikan kaabah di depan mata.Ya Allah...Ya Rahman..apakah mimpi aku dijemput ke mari?

Tidak wahai Hayyatuddin.Kamu tetamu Allah.aku tawaf 7 kali.selesai tawaf aku teruskan dengan Sa'i,berjlan dari sofa ke marwah 7 kali.kemudian aku solat dan memohon ampun dari Allah di multazam.aku berdoa di HIjr Ismail.Terus aku menangis lagi.Perasaan sayu dan kerdilnya aku menusuk lagi.lagi dan lagi.Ya Allah ampunkan dosa-dosa silamku..aku mohon Pada Allah.Aku adukan padaNya semua kisah-kisah hitamku.Aku redha atas apa jua balasan dan hikmahNYA.Ya Allah ,aku berserah kepadaMu segalaNya.

aku zikirkan kalimah TauhidMu.aku tahu aku bvukan manusia yang baik dahulu,Engkau tunjukkanlah aku jalan menujuMu ya Allah.Berikan aku petunjukMU.
Aku bukan wali untuk Tuhan memandangku,bukan Uwais al-Qorni.aku manusia yang penuh salahsilap dan dosa.lalai dari perintahMu Ya Allah.Ampunilah aku.

Aku merenung sejenak di bukit Perang Uhud.Aku pijak di Tanah pemanah-pemanah pasukan Islam yang ingkar pada arahan nabi kerana berebutkan harta rampasan perang.aku sampaikan salam pada mereka yang Syahid..aku hadiahkan Mereka Al-Fatihah.

Aku tenang.dengan zikrullah itulah yang buat aku tenang.yakin.Yakin bahawa Dia memang Ada.DIa kabulkan semua doa,Kalau Dia Inginkan.Aku sisipkan telapak tanganku,Ya Allah tiada yang Mustahil bagiMU....Ampunilah aku..!