Aku dah rimas dah.
soalan bila nak Kawin berjuta kali diajukan..aku lemas!!!
Macamni lah..
So sekarang ni aku single ok and available.
maknanya aku takde sape sape.usik mengusik kat FB tu korang janganla ambik kira.
Bila orang tanya pada aku gadis yang macammana yang sesuai aku cakap macamni senang:-
1) aku orang berniaga-ada hari aku senang ada hari aku susah.tapi rasanya untuk hidup sederhana InsyaAllah cukup.jangan makan KFC tiap2 hari dahla.
2)Bila aku cakap aku orang berniaga,kdg kdg aku sibuk sehinggakan ada masa aku kat luar dan duduk jumpa orang aje.Kalau anda memahami-Alhamdulillah.
3) jangan harapkan bahawa kawin dengan saya hidup anda akan senang dan jadi kaya.InsyaAllah sepenuh hati saya akan penuhi selagi kudrat saya ada.
4)Saya pun tak hensem sangat.manis je.muka macam afdlin shauki.hahahha(ceh perasan).saya tahu saya pandai berkata-kata(sebab tu saya jadik lawyer) tapi hati saya tidak lah jahat.
5)dengan rendah diri saya nak maklumkan saya hanya anak cikgu,mak dan ayah saya cikgu jer,bukan orang korporat profesor ke aper.
6) akhir kata-bagi sesiapa yang ada tersuka kat suka-bagitaulah saya-sebab saya memang tak tau.(ada kes dia cakap dia suka kat saya setelah dia lahirkan anak pertama)oh rugi sungguh.hahhahahahahah..
aku rasa tulisan kali ini menggambarkan betapa saya juga ingin hidup bahagia.cuma saya takde masa dan saya berhadapan dengan ramai gadis yang tak akui dia cinta saya..oooh perasan sungguh..hah!lega!