Thursday, April 29, 2010

kes yang pelik pelik tapi benar

aku dapat kes seksyen 353 kononnya menghalang penjawat awam(polis) daripada menjalankan tugas.Polis datang rumah orang jam 3 pagi pastu sibuk cari mamat ni mamat tu.orang melayu kita mesti marah sebab time tu orang dah tido.(aku ingat cerita Jww birch dibunuh mungkin sebab dia masuk rumah orang pakai kasut) .pastu tuanrumah ni tegur la polis tu.Polis naik marah-terajang OKT sampai patah peha.meraung mamat ni.masuk hospital 13 hari.Aku pun marah sangat.semua orang kampung marah sangat.aku dah confirm kes ni.pastu start saman sivil again kerajaan Malaysia.Polis tu dia tahu dia dalam bahaya pastu aku yakin dia buat laporan palsu.ini yang buat aku Jerkah orang dalam court.

Then,aku dapat kes budak lembam dituduh merompak bawah seksyen 392.aku teliti kad gila dia.ada kad katakan dia kurangupaya akal.dituduh merompak duit rm115 ringgit dalam kedai.pastu dia lari terjun sungai sampai lemas.pastu diselamatkan orang kampung.Sah dia gila.aku ingat aku nak invoke seksyen 84 CPC pastu,aku akan conceded prima facie dengan cara NO CROSS.then peringkat bela diri i ll call the doktor mental to testify.In this case ada dua option samaada hantar ke hospital permai atau dijaga di pangkuan keluarga.Then hakim terikat tidak boleh convictkan OKT setelah aku maklumkan condition mental in the beginning of trial,.Bingo!

Then terlalu banyak kes 15(1A) ADB..kes macam ni biasanya lawyer tak lawan sebab sah air kencing dia ada dadah,laporan kimia akan sahkan sahaja.Cuma pelik jugak,macammana yang sah sah ada dadah tiba tiba laporan kimia keluar negatif?aku rasa cam berprasangka buruk je tapi aku takde bukti.macam cerita Puspakom yang luluskan kenderaan buruk je..letak duit dalam sampul.mungkin juga laporan kimia tu lagi sensitif dan dadah tu tak cukup peratus kandungan dia.cuma aku takut je kalau air kencing tu bila belum disealkan dicampur dengan dadah-maksud aku begini-open kepada penganiayaan.AllahuA'lam.cuma kena masukkan notis 399 dahulu.kalau kita tengok laporan kimia tu pelik pelik je.

kes 457 pun banyak.Tiada saksi.tiada barang kes.Polis hanya rujuk kesan cap cari.jadi hakim akan buat inferens.kes aku cap jari jumpa atas meja kaca tempat jurujual pamer telefon.Masa cross aku tanya berapa banyak cap jari ada kat situ?BERATUS?cap jari orang beli topup,pelanggan?iya....hahahahaha ni aku rasa nak jadi macam ketuhar..pastu kenapa cap jari OKT ditimbulkan?sebab OKT pernah ada kes dadah!hahahah
kesian kat orang bekas dadah..kalau ada kes jenayah,mereka akan jadi suspek dahulu..polis mungkin kejar KPI kot.nak tangkap cepat2,pastu paksa2 ngaku salah,tutup kes cepat2,pastu cawangan dia naik nama sebab banyak selesaikan kes jenayah..hahah(panas ni)
Mujurlah aku tak pergi kedai telefon tu kalau tak keluar nama aku
PP lwn Mohd Hayyatuddin
83-345-2010

aku faham sekarang,tugas aku bukan sekadar di ofis tetapi di jalanan, membela masyarakat yang teraniaya.kadangkala bayaran tak seberapa..tapi yang penting aku yakin aku buat benda yang betul.Orang salah tetap salah cuma biarlah dia dihukum dengan adil.Mahkamah adalah pengajaran,bagi mereka yang ambil iktibar.Pelajaran bagi mereka yang faham.Mahkamah itu hanya dunia.Hukuman yang kecil dan ringan..sebelum di Adili oleh Yang Maha Adil di alam sana.