Tuesday, February 16, 2010

Izinkan aku di A'rafMu


Aku manusia biasa
Subuh pagi petang kemalam yang aku lalui tidak lekang
Dari khilaf kecil dan Besar gegar
Sengaja atau tidak-Malaikat pasti mencatit Cetak
Dan syaitan senyum sinis-Lihatlah manusia itu
Semalam dia alim sahaja-zikirnya beratusribu
Harini dia kecundang-malas-mulutnya sia-sia nista
Esok mungkin dia zikir lagi-pastu kecundang lagi
Ah!Aku manusia biasa Ya Allah-----------aku manusia nisyan yang lupa
Aku tau ia dosa-tapi aku terus-menuju murkaMU
Radhina Billahirabba Ya Allah
Istighfarku padaMu---hatiku manakan tenang Ya ALLAH
Dosa-dosa itu membuat lidahku malu,telapak tanganku segan meruntun doa padaMU
Bibirku enggan bertasbih,aku hilang Iman-Mungkin Bergegar arasy langit mengutukku
Bila suatu masa aku bertahajud
Dan suatu masa aku berdosa-nista
Aku Mahu ke JalanMU Ya Rob
Biarpun Lambat Ke sana..Ampunkan aku Ya Rob
Biarpun aku yang terakhir..
Atau dengan RahmatMu izinkan aku di A’rafmu.

Wednesday, February 10, 2010

AZAM yang baru!


Tahun ni:aku AZAM

1) habiskan segala hutang-hutang kad kredit aku yang berlambak.Aku mula sedar bahawa BALA yang menimpa aku bermula dari kad kredit inilah.Masa swap tu ok je,rasa cam dunia ini kita yang punya-time bayar Ya Allah banyaknya aku shopping!tak padan dengan jantan!

2) Aku akan langsaikan hutang ptptn dan overheads ofis secara berjadual.JANGAN ada yang Tertunggak!Kalau tertunggak alamat meloponglah mata melihat angka yang kecik membentuk angka yang besar!!!!

3)Mula untuk berkira-kira menyimpan semua pendapatan dalam Maybank tanpa terusik.Income dah banyak kalau ada dalam dompet-sure senang je habis.kalau dalam bank tak ape..Justify Full

4)Berkira-kira nak pakai kereta sport-tapi yang penting aku usahakanlah sebuah rumah dulu.itu lebih baik.Kereta waja aku dah ada.Kalau dah ada rumah-lega rasanya..dah ada aset pertama..InsyaAllah tahun 2010-aku akan beli sebuah rumah kecil je.cuma yang penting ada kolam renang!hehheheheh

5) Bukan aku nak berkira sangat-cuma sedang menyusun strategi Bagaimana untuk menjadi orang yang debt-free.

6) dan tahun ini juga aku akan menulis sebuah buku.insya ALLAH,aku harap buku aku akan laris.

7) Kembali ke FOREX.hari tu dah main forex tapi malas-malas,last sekali ilmu yang ada jadi kurang kerana tak asah,fibonacci entah ke mana.hahahha..

8)Abah-yang kurang sihat-pasti aku takkan lupakan dia-menjaganya setakat yang termampu.

9) HPA jangan dilupakan-insyaAllah akau akan dapat lesen membekam dalam masa terdekat ni.Aku suka menghadiri kelas rawatan alternatif ni.dapat tengok penyakit kat tangan orang sanagt best!Orang terkejut bila aku baca penyakit hanya dari tapak tangan.hehhehe!

10) Satu syarikat baru akan ditubuhkan dengan Tarmizi.Tunggu!

11)Aku tahun ni akan dapat panel lagi syarikat yang besar-besar.Alhamdulillah Bank Islam dah bagi greenlight.

12) Aku takkan rugikan masa aku dengan perkara perkara yang remeh dan takde halatuju.maafkan aku,aku ada masa depan yang sangat cemerlang.