extremely tired!this week rasa cam life dalam kereta je.berulang alik ke sana sini,untuk menyelesaikan macam-macam kes.
ada satu kes menarik minggu ni.Alhamdulillah berjaya diselesaikan dengan baik.ada seorang budak ni ayah dia meninggal tapi tak sempat tukar nama tanah.aku pun pergi jumpa tuantanah dan berbincang.Pada mula-mulanya mereka tidak setuju kerana masih ada baki bayaran yang belum dijelaskan.lepas tu pulak ada ke patut ada sedara mara dia yang ikut sama dalam perbincangan aku tu bawak gengster.bodo la melayu..pastu pulak buat meja rundingan tu panas.aku dengan baiknya membawa jauh satu pihak ke meja yang lain sementara suruh geng geng gengster ni balik dulu.perbincangan kali pertama Gagal.habis pukul 1 pagi.
Perbincangan kali kedua berlaku dengan cukup mudah.Tuan tanah bersetuju baki bayaran ditambah lima ribu ringgit kerana kos tukarnama.Mula-mula pihak satu lagi tak setuju.Aku persuade supaya setuju.Alhamdulillah akhirnya kedua-dua pihak setuju dan turunkan tandatangan dalam perjanjian.Ingatlah rundingan yang baik dan berjaya bukan dirunding dengan gengsters,parang,siku atau pistol dan dengan muka yang bengis tapi mestilah dimulakan dengan ikhlas dan memberi option kepada kedua dua pihak sehingga win win situation dapat dicapai.
akhirnya anak yatim tu dapat hak dia.
Bayaran tidaklah seberapa..tapi aku puas
Monday, March 15, 2010
Tuesday, March 2, 2010
Abah
PAGI
Ayahku masih belum bangun
Pagi selesai solat subuh,aku renung matanya
Dia kaku,matanya kuyu-sakit angin ahmar
Tidak bisa berdiri-di atas tilam itulah dunianya
Dulu ayahku pegawai Besar-ramai kawan-kawan
Bila terjelepok begini-hilanglah dunia kemegahan zaman mudanya
Ubat berwarna warni itulah penyambung hidupnya
Ubat itu asbab-Rahmat Umur Panjang Tetap Milik Allah Yang Maha Kudrat
Sebelum ke Kerja,itulah rutin-menjaga ayah setakat yang mampu
Buat air susu dan pastikan Dia tidak lapar,
tengahari nanti Hayat akan balik abah
Pastikan abah makan tengahari
Maaflah mungkin harini abah lambat mandi
Tunggu Ma balik sekolah karang kita mandi
Lepas tu salin baju
Abah jangan risau
Selagi Hayat ada,InsyaAllah Abah akan selamat
Cuma kadangkala abah mungkin rindu adik beradik hayat
Mereka serata Dunia Abah
Mereka sampaikan salam dan doa buat abah
Nanti mereka balik-cium tangan abah
Abah mesti senyum..
Abah mesti panjang umur
Harini abang hilang satu pancaindera
Jangan kita hilang Rahmat Tuhan Abah
Jangan kita hilang Keyakinan kita
Abah pasti sihat kembali
Kalau Itu Yang Tuhan Kehendaki.
PETANG
Abah mesti nak makan buah
Nanti Ma akan belikan sedikit kuih
Hayat akan hiriskan buah pauh dan timun cina
Hayat tau abah nak makan cendol-tapi abah ada kencing Manis
Abah masih di tilamnya-dunianya itulah
Kalau abah boleh berjalan-kita mesti berjalan jalan abah ke pantai
Kita mandi Laut macam dulu dulu
Kita umpan ketam dengan kepala ayam
Atau kita ke sungai menahan pukat
Kalau bukan musim bah-paling kurang adalah empat lima ekor ikan darat pasti lekat
Kita goreng kunyit dan kita makan dengan sayur labu
Kita juga boleh ke kebun,kita bawak balik ubi kayu,kita rebus
Kita Orang kampung kan abah..
Takpe,Kalau Ada waktu Abah boleh berjalan nanti,pasti kita pergi.
MALAM
Abah dah lupa solat maghrib berapa waktu
Kadang kadang abah solat satu rakaat sahaja
Tapi orang tak marah abah
Sebab abah dah lupa banyak perkara
Kemudian Abah mesti makan malam
Di tilam itu lagilah dunianya
Kemudian dia pejamkan mata
Kadang kadang abah lupa nak bagitau abah nak buang air
Takpe basuh tilam tu bukannya payah sangat pun nak basuh
Bila abah dengan ma mula tidur,Hayat mintak izin keluar rumah pergi ofis kejap
Untuk prepare kes esok-baru buka Ratanlal dan kitab CLJ
Dan study kes sedikit sebanyak untuk esok
Tengok file-file mane yang kejar date
File ni banyak file orang yang tak mampu bayar abah
Orang kata Hayat peguam orang miskin mestilah miskin
Biar kita miskin zahir abah
Tapi kita kaya akhlak dan hati budi
Semoga esok mentari muncul lagi
Kalaulah hayat pergi dulu
Maafkanlah hayat abah
Hayat bukan anak yang baik dulu!
Dedikasi pada ayahku yang sakit angin ahmar..dalam dunia ini kita hanya ada satu AYAH dan satu EMAK..setinggi mana dan sekaya manapun kita..lihatlah pada asalnya kita..Ya Allah ampunkanlah dosa dosa ayah dan ibuku.

Monday, March 1, 2010
Ya Allah
Ya Allah
Aku mohon padaMU
atas alamat hatiku ini
Biarlah tanda ini
datang dariMU
Yang aku yakini Ya Allah
Ya Allah
aku bukannya kamil
untuk aku mohon kesempurnaan
Namun aku mohon jauh dari nifaq
Supaya aku terus merendah diri padaMu Ya Allah
Tiada apa yang Mustahil bagiMU Ya Allah
Atas apa juaPUN hanya dengan kalimah
Kun Fayakun Jadi Maka jadilah
Ya Allah
Berikan aku NUR
Berikan Aku Huda
Berikan hati yang Layyin
Berikan aku jalan
Mudahkan thoriq
Bangkitlah siapa di dalam gelap
Cahaya yang Engkau Tetap
DariMU padaku
Pejam mata....

Tuesday, February 16, 2010
Izinkan aku di A'rafMu

Aku manusia biasa
Subuh pagi petang kemalam yang aku lalui tidak lekang
Dari khilaf kecil dan Besar gegar
Sengaja atau tidak-Malaikat pasti mencatit Cetak
Dan syaitan senyum sinis-Lihatlah manusia itu
Semalam dia alim sahaja-zikirnya beratusribu
Harini dia kecundang-malas-mulutnya sia-sia nista
Esok mungkin dia zikir lagi-pastu kecundang lagi
Ah!Aku manusia biasa Ya Allah-----------aku manusia nisyan yang lupa
Aku tau ia dosa-tapi aku terus-menuju murkaMU
Radhina Billahirabba Ya Allah
Istighfarku padaMu---hatiku manakan tenang Ya ALLAH
Dosa-dosa itu membuat lidahku malu,telapak tanganku segan meruntun doa padaMU
Bibirku enggan bertasbih,aku hilang Iman-Mungkin Bergegar arasy langit mengutukku
Bila suatu masa aku bertahajud
Dan suatu masa aku berdosa-nista
Aku Mahu ke JalanMU Ya Rob
Biarpun Lambat Ke sana..Ampunkan aku Ya Rob
Biarpun aku yang terakhir..
Atau dengan RahmatMu izinkan aku di A’rafmu.

Wednesday, February 10, 2010
AZAM yang baru!

Tahun ni:aku AZAM
1) habiskan segala hutang-hutang kad kredit aku yang berlambak.Aku mula sedar bahawa BALA yang menimpa aku bermula dari kad kredit inilah.Masa swap tu ok je,rasa cam dunia ini kita yang punya-time bayar Ya Allah banyaknya aku shopping!tak padan dengan jantan!
2) Aku akan langsaikan hutang ptptn dan overheads ofis secara berjadual.JANGAN ada yang Tertunggak!Kalau tertunggak alamat meloponglah mata melihat angka yang kecik membentuk angka yang besar!!!!
3)Mula untuk berkira-kira menyimpan semua pendapatan dalam Maybank tanpa terusik.Income dah banyak kalau ada dalam dompet-sure senang je habis.kalau dalam bank tak ape..
4)Berkira-kira nak pakai kereta sport-tapi yang penting aku usahakanlah sebuah rumah dulu.itu lebih baik.Kereta waja aku dah ada.Kalau dah ada rumah-lega rasanya..dah ada aset pertama..InsyaAllah tahun 2010-aku akan beli sebuah rumah kecil je.cuma yang penting ada kolam renang!hehheheheh
5) Bukan aku nak berkira sangat-cuma sedang menyusun strategi Bagaimana untuk menjadi orang yang debt-free.
6) dan tahun ini juga aku akan menulis sebuah buku.insya ALLAH,aku harap buku aku akan laris.
7) Kembali ke FOREX.hari tu dah main forex tapi malas-malas,last sekali ilmu yang ada jadi kurang kerana tak asah,fibonacci entah ke mana.hahahha..
8)Abah-yang kurang sihat-pasti aku takkan lupakan dia-menjaganya setakat yang termampu.
9) HPA jangan dilupakan-insyaAllah akau akan dapat lesen membekam dalam masa terdekat ni.Aku suka menghadiri kelas rawatan alternatif ni.dapat tengok penyakit kat tangan orang sanagt best!Orang terkejut bila aku baca penyakit hanya dari tapak tangan.hehhehe!
10) Satu syarikat baru akan ditubuhkan dengan Tarmizi.Tunggu!
11)Aku tahun ni akan dapat panel lagi syarikat yang besar-besar.Alhamdulillah Bank Islam dah bagi greenlight.
12) Aku takkan rugikan masa aku dengan perkara perkara yang remeh dan takde halatuju.maafkan aku,aku ada masa depan yang sangat cemerlang.

Wednesday, January 27, 2010
KALAU lah
Friday, January 15, 2010
Ada kerja Luar,pendapatan sampingan

Dulu aku pernah berjinak jinak dengan dunia MLM.kata orang nak main main aje,tapi semangat je lebih.mase UIA dulu,aku join Omega Trend sebab terpengaruh dengan seorang leader OT dari kuliah law ketika itu yang dapat pendapatan yang lebih daripada 13 ribu sebulan.dari ramai yang masuk OT ketika itu.pastu ramai ramai pergi Sydney.kelas kelas promosi penuh dari kelas ke kelas dan akhirnya Malap Lalu Mati(MLM).lalu OT dilupakan orang.Sebelum itu di matrik,aku dipelawa untuk buat LUXOR,jual spirulina.aku join aje.aku bukan suka menjual,apatah lagi spirulina ni asing bagi masyarakat melayu.akhirnya aku tinggalkan sahaja kerja sebagai Penjual Sprirulina ni.pastu aku join pulak syarikat BioNutric,jual produk kesihatan,mula mula meletup,dapatlah pendapatan lima enam ribu,pastu tiba tiba jadi tepu,dan syarikat tukar marketing plan,dari cari tiga jadi enam.aku pun dah tawar hati.kesiannya anakbuah yang tak pernah untung lagi kesianla.pastu aku main LUXOR sekali lagi,dengan modal dua ribu ringgit.dapatlah pendapatan ratus ratus pastu malap jugak sebab takkanla orang nak masuk dua ribu setiap bulan.gila.
serik gila,tapi keinginan aku untuk jadi usahawan MLM tidak berhenti.Gagal banyak kali pun takpe.aku tak kisah.pastu aku main pulak CNI,aku pergi kursus usahawan dia sampai kota bharu.tiba tiba leader dia ajak rangkaian aku main mymode prepaid,MLM lain.aku marah sangat pada leader tu.hancur lebur rangkaian yang aku bina.akhirnya malap jugak dan terus mati.
aku sangat kecewa sebab bagi aku,jutawan MLM ni bukannya orang hebat pun,ramai dari mereka adalah orang kampung je.ramai jugak cikgu.mereka ni kaya nak mampus.cuma sekarang aku sedang mencari company yang sesuai.
mase aku keluar UIA,aku cuba main Amway.tapi barang dia mahal sangat.aku cakap serius.cuma sistem dia bagus.aku pun rasa Amway boleh buat tapi kawan2 aku yang miskin2 ni camner?
takkan nak paksa diorang beli mop lantai harga RM120?
Akhirnya beberapa bulan ni,aku dah jumpa satu syarikat baru.kenapalah aku buta sangat taknampak syarikat.pastu aku buat betul2,tahun ni aku dah jadi leader besar dalam syarikat ni.Alhamdulillah aku syukur sangat.tahun ni aku mungkin melancong ke Indonesia.pastu tiap2 tahun melancong la beb,dah nampak jalan,mana nak berhenti lagi?????
hahahahha.MILLION DOLLAR ROUND TABLE!go go go!
PJM Mohd Hayyatuddin Haji Muhamad!
Nak gi tengok Nissan Skyline dulu.
hehehehhehe.

Subscribe to:
Posts (Atom)