Thursday, January 8, 2009

TIPIKAL????


Aku ada kerjaya-meskipun aku bukan Peguam yang glamour lagi gempak.Firm aku kecik je.Income tak besar sangat.Biasa-biasa je.Aku pakai waja second je plat TAC 1224.Ada rumah-rumah sewa.Kecik je.Duduk ngan Engineer SAPURA-syaiful namanya.
Umur aku 26 tahun.Remi kawan depan rumah dah nak bertunang.Puyu-jiran sebelah nak kahwin bulan depan.Adik dia dah kahwin.maksud aku -baru jugak kahwin.Atoi baru jugak kahwin-tapi aku tak pergi-kebetulan bapak aku kurang sihat.Kira tahun 2008 tahun orang kahwin-kahwin.kiri kanan depan belakang semua yg age cam aku baru kahwin-dah kahwin-bini mengandung-dan ada yang dah ada baby!
Aku biasa je.dulu masa final year-aku ade girlfriend.masa tu berkobar-kobar nak kahwin.tiba-tiba bila aku grad je-dia dah cari lain agaknya-mintak putus.Pastu aku pun tak layan la pompuan mana-mana..aku buat derkkkk je.aku grad end of 2006.maksudnye 2007 dan 2008 aku single la.tahun ni 2009 aku tak tahu lagi.Hero takkan rush!
Macam biasa la.bila ahli keluarga berkumpul, soalan lazim diorang,
"Bila nak kahwin?"
"Ko bila lak?"
"Agaknye bile tu?"
Soalan-soalan ini mempunyai "kepanasan-telinga" yang tersendiri.Apakah soalan itu bermaksud aku wajib kahwin ataupun aku ini dikira sebagai ketinggalan la sebab tak ada ura-ura nak kahwin ngan sapa-sapa.
Aku kan dah cakap tadi.Aku punya gf dah walking away.maksudnya ape?aku kecewa la.Itu budak sekolah boleh jawab.Pastu kalau kecewa?
Aku kena cooling-off-period la dulu.
(Macamlah kau takde kawan-kawan yang cun?)
bagi aku,cantik seorang perempuan itu tak kemana hasilnya kalau perangai ntah ape-ape
(sinis nih).Kalau sekadar cantik,aku tak hairan la.Dedah sana dedah sini.
Apa kau nak anak kau macam tu ke?
(teori aku senang je,macammana perangai bini kau,macam tu lah nanti anak-anak kau)
setiap orang kan ada baik-buruk,jadi kecantikan itu tak perlu menjadi satu faktor penentu yg diberi priority yg utama sangat.Yang penting sifat tolak ansur dan boleh suit ngan kita.Pastu yang ugama jangan dilupa.
Kita pun bukan sempurna sangat.Biasalah orang kan.kalau cari menantu-nak cari balik Azhar,padahala anak macam entah apa-apa.Kadang-kadang nilailah diri sendiri.
Aku harap dengan penjelasan aku ini boleh memberi jawapan yang memuaskan pada kawan-kawan yang selalu bertanya
"B I L A N A K K A H W I N ?".
nanti kalau aku dah jumpa jodoh,aku dah tekad,duit dah cukup,mak bapak dah restu,aku akan panggil korang..pastu aku panggil TV3,Metro,Sinar Harian dan semua kawan-kawan.Jangan risau.
Aku doa..aku harap..
Tuhan lagi Mengerti Lagi Maha Mengetahui
Apa yang tersirat di dalam hati..

Saturday, November 8, 2008

TUHAN YG MEMBERIKU KEAJAIBAN!!l a true life story of mine!!




Aku lahir tidak cukup bulan, bertarung antara hidup dan mati, diberikan nama HAYAT supaya terus hidup-bayi itu tidak mengerti. Sebagai bayi yg tak cukup bulan, aku melalui kehidupan ini juga dengan agak sukar-kadang-kadang orang tak harap pun kita berjaya kerana memandang rendah pada keupayaan kita. Mungkin ramai yang menggolongkan golongan aku sebaris dengan budak lembam dan syndrome down tapi korang silap.

1 tahun-aku hanya bayi yang sakit-sakit, kena Asma.

2 tahun-Aku mungkin boleh bertatih dan berjalan-Mama dan Papa harap dia terus hidup. Memandangkan aku ada abang yg juga tak cukup bulan pastu meninggal!

3 tahun-Manja dan selalu pakai uniform askar. Walau dia tahu dia takkan jadi askar.

4 tahun-Masih dikira kecil.Selalu kena buli ngan abang-abang.

5 tahun-minat mengaji dan mula belajar membaca.

6 tahun-masuk tadika, jadi kanak-kanak riang, Cuma terhalang. Asma selalu datang.

7 tahun-masuk darjah satu. Selalu dapat no 3 dalam kelas. Minat melukis. Pandai guna crayon.

8 tahun –darjah dua. Belajar jadi tak pandai sangat. Suka main congkak lawan org dewasa tapi selalu main tipu..yang penting menang.

9 tahun-darjah 3-pindah ke Besut. Masuk kelas pandai walau tak pandai sangat.Minat muzik dan menyanyi.

10 tahun-darjah 4..selalu kena cubit ngan cikgu Math.Minat main bola tapi sebab agak manja.Suka masuk pertandingan hafazan.Dah wakil sekolah melukis poster.

11 tahun-darjah 5-mula belajar tarannum.Dan main rekoder.Minat Math.

12 tahun-Wakil daerah ke Negeri tarannum.Ahli kelab catur elit, Presiden St John Ambulance.Selalu baca doa depan perhimpunan.Wakil sekolah pertandingan melukis poster.Tapi sayang tak dapat 4A.Dapat 3A 1B je.English Lak tu.Kena kutuk ngan saudara mara.Sedih giler. Ayah maybe fikir nak antar aku sekolah pondok je.Pakcik aku pulak yg balik Amerika tu pulak provok-"kalau anak tak pandai English-hantar sekolah arab la!".Berasap otak aku

13 tahun-Masuk Form one sekolah Arab.Duduk asrama.Sekolah kat umah je.

14 tahun-Masuk form 2—sebab muka jambu, ejas ramai aweks. Kakak angkat pun ramai.Kelab Nasyid Sekolah.Asal ada event je, sure atas pentas.Berlakon.Siap nyanyi Hindustan lagi.Entah macammana penyakit Asma boleh hilang!

15 tahun-Form 3-PMR dapat 6A je 2B(geog dan sejarah) dan 1C(Arab).Masalah budak sek Arab yg tak score.Memalukan keluarga je.Anak ustazah tu.

16 tahun-Form 4.Masuk kelas Sains Tulen kejap.Pastu terus ke Maahad Tahfiz.aduss..hafal Quran lak..asal payah ingat ni.asyik kena denda je..Hilang kebuayaanku!!!Wakil sekolah Debat dan Pidato..asyik muka aku je atass stage ni.Kelab nasyid la cam biasa..Lagu Arab beb!!!

17 Tahun-Masuk Sekolah Arab lain.Keluar Maahad Tahfiz.sebab susah nak hafal.tapi still wakil sekolah baru debat lagi.pastu Pidato Piala Diraja-Johan lagi.Kalah sekolah cina!!amik SPM on the spot.mampus aku.sebab sekolah Maahad tak daftar SPM.Belajar sendiri.6 bulan to go.lambak sahaja sukatan form 4 dan form 5!!!Tuhan tolong berikan keajaiban!!

18 tahun-Amik aliran Thanawi 3-budak aliran arab.Tapi tiba-tiba jadi terer English.Terus jadik President English Language Society!isi borang masuk IPTA.berbekalkan hanya 4A4B dan 1C(bahasa Melayu dapat C..hahha)yang tinggi English ngan Arab je..Syukur.

19 tahun-Entah Apa UIA pandang result aku, aku pun heran. Aku dah daftar kat Matrik UIA course apa?Undang-Undang!terkejut beruk makbapak aku.Budak tak cukup bulan yg selalu sakit ini buat rekod olimpik ke?

20 tahun-Kat Matrik tu, aku belajar betul2.Cuma end Matrik tu aku repeat paper.

21-masuk UIA Gombak-mula-mula pointer 2.8 je.Tahun pertama tak sukar sangat.subject cam Matrik lagi.Masuk Mooting Competition(ala macam debat dalam court tu!).Tiba dapat Best Mooter Award!!padahal Team aku wat kerja.aku tukang present je!

22-Tahun kedua memang sukar nak mampus.Hafal Kes macam nak mati.Principle macam haram!!Kena Faham Kena Hafal.Akta-Akta!!!apehal..ada nak makan orang ni. Ada jugak repeat paper.Sabar la Hayat!!

23-tahun ketiga.aku tengok ramai gak kawan aku yg dah kena tendang.atau tukar course..Masa final year.final sem ada paper sangkut gak..Masa ni ingat masa depan dah hancur.Tapi Mama cakap solat hajat banyak.aku cakap dalam hati “Ya Allah,ini final sem aku,Berilah aku keajaiban lagi”.Hahah..Syukur dapat Grad Cuma pointer rendah.takpelah.Masa Grad, ada pensyarah cakap “Eh,ko berjaya jugak grad!”..hahahh..aku rasa macam nak mencarut je..kikki!!

24-Masuk Chambering Kat Ganu.3 bulan pertama stay kat Gov Loan.Selalu kena herdik ngan clerk.Masa ni masa sangat sukar.Awek just walk away from my life innocently..padahal masa ini kita baru nak belajar nak hidup cara orang dewasa.Macam giler je aku.Start tak tidur malam.Ingat aku masa baby-stay dalam incubator..Tuhan Mahu Aku terus hidup kan?kalau dia nak takdirkan aku mati, dalam incubator tu aku dah mati!!
Pastu aku sibukkan diri aku dengan dunia criminal lak.tiap-tiap hari aku pergi court-tengok criminal proceedings.Bangang pulak,time Chambering, kena repeat Ethic Course lak!! Takpe repeat2 ni aku dah biasa.

25—Tahun ni memang keramat. Orang berebut2 nak amik aku keje.aku kalau melihat incubator tu—maybe aku rasa budak yang tak cukup bulan tu maybe org yg tak berguna,tapi aku rasa ia salah.Mungkin bekas awek aku je yg anggap aku cam tak guna,tapi ramai lagi yg hargai hidup aku ni.Aku decide masuk firm Ahmad Fairuz & Co.Alhamdulillah,Tuhan dah buka pintu rezeki aku.InsyaAllah, kesusahan aku akan berakhir!

Aku rasa aku dah buktikan sesuatu.Budak Tak cukup bulan,yang memang sah tak pandai,selalu pindah sekolah,siap putus cinta,tak hensem,bekas awek aku selalu kutuk aku..tapi sebenarnya aku mula syukur..Tuhan tu kan Ada-Dia boleh buat apa sahaja..Sekelip mata DIA boleh ubah apa-apa yg dia nak!!!harap budak tak cukup bulan ambik iktibar…Kuatkan semangat..kalau kita usaha mesti kita dapat!!!Kuncinya jangan putus asa!!!

Hidup ini kan masih jauhhhh!!!hidup kena terus!!!


Hayat Muhamad
hobinya bermain gitar, forex chart, blogging, puisi, menulis, bersosial, membaca buku,wataknya dual dan kontras-boleh menjadi imam tarawikh jika perlu dan bermain muzik jika ada waktu.otaknya diisi dengan ratusan buku motivasi.Mindanya minda bisnes.Cuma hatinya terluka parah.Ya Tuhan berikanlah dia satu lagi keajaibanMU!

Tuesday, November 4, 2008

WHen You Believe!!


WHEN YOU BELIEVE
(Mariah Carey & Whithney Houston)

Many nights we've prayed

With no proof anyone could hear

In our hearts a hopeful song

We barely understood

Now we are not afraid

Although we know there's much to fear

We were moving mountains

Long before we knew we could


Chorus: There can be miracles

When you believe

Though hope is frail

It's hard to kill

Who knows what miracles

You can achieve

When you believe

Somehow you will,

Now you will

You will when you believe


In this time of fear

When prayer so often proves in vain

Hope seemed like the summer birds

Too swiftly flown away

Yet now I'm standing here

My heart's so full,

I can't explain Seeking faith

and speaking words I never thought I'd say


So in times when all your hope is gone

And you go through life afraid

In your heart there lies a hopeful song

That is there to guide the way

And all the hurt and all the pain

You soon will learn was not in vain

For all your prayers, they will be heard

They'll come to pass through faith


-Lagu bangkitkan semangat balik lepas putus cinta dan diuji dengan 1001 ujian..:P

Sunday, October 26, 2008

Law oF Attraction--Micheal L Losier!!


Aku baru je habis baca buku pasal Law of Attraction.Sungguh Menarik. Kalaulah semua orang meyakini hukum Alam ini-pasti semua akan jadi sangat positif.Apa yang kita mahu--kita fokus dan channelkan energi tersebut dengan frekuensinya yang tersendiri..Nampak macam mengarut kan?..banyak perkara yang mana kita telah mengaktifkan frekuensi tersebut secara tidak sedar..contohnya Bila kita ingatkan seseorang--tiba-tiba dia menelefon kita!!!itu adalah contoh yang mudah..Bagaimana kalau kita imaginekan duit RM50,kita fokus dan tiba-tiba kita terjumpa RM50 betul-betul di tengah jalan?Susah nak percaya-tetapi Law of Attraction ni dah jadi prinsip utama bagi sebahagian Businessman di Amerika.Luasnya Ilmu Tuhan ni kan.


ia mempunyai 3 methode asas.tapi aku tak nak bincang dalam blog aku ni.Ringkasnya,bila kita inginkan sesuatu-kita mesti SEBUTKAN SELALU dan kita "seru" dia datang.Sepertimana hukum graviti.Dia akan datang pada sesiapa yang mencarinya...apa yang kita inginkan..akan datang dekat dengan kita..Korang Sure Pening ni..susah aku nak cerita,tetapi bacalah buku tersebut.Bila dah habis-korang akan faham bahawa Setiap Apa yang Tuhan jadikan--semuanya ada hikmah.Yang Penting Keikhlasan(bak kata En Ahmad Fadil)!
Aku akan cuba apply prinsip ni dalam kehidupan aku.aku perlukan diari untuk aku catat segala progress.Aku doa kehidupan aku menjadi lebih baik.Aku Imaginekan seseorang!!!!:P

Wednesday, October 15, 2008

Forex Trading make me sick of it!!!


Tengah orang lain bergayut ngan awek-awek masing-masing, aku memilih dunia Forex untuk aku cebur. Bermain-main dengan graf Currency, dibantu dengan indicator-indicator seperti RSI buat aku sungguh gelabah. Nak buat macammana kadang-kadang uptrend tetiba je graf jadi "ranging". Pastu updown terus!orang beginner cam aku-memang cepat gelabah.Padahal ia"bearish" maybe tak lama. Biasanya predictionnya camtu..kena relax je..just amik 1 hour session per day saje untuk trading. aku just nak belajar je.


Kawan aku, Edi fulltime main forex. Dia memilih untuk cebur dunia trade online ni.Famous currency USD Vs Euro. Biasala Currency glamour. Jumaat lepas, Edi berjaya dapat dalam USD1,500 hari tu. Kejayaan besar gak tu. Convert dalam RM adalah RM4800 kot.


Aku harap aku dapat belajar mende ni dari dia. Aku ajar dia Al-Quran. Dia ajar aku Forex.hahah..Apapun bisnes yang kita cebur,kita buat betul-betul,InsyaALLAH..kalau kita usaha--Kita pasti akan berjaya!!

Saturday, October 4, 2008

Aidilfitri yang Mulia!


Di dalam seribu kesusahan, nampaknya aku masih boleh tersenyum. Tengahari sebelum menyambut satu Syawal ayahanda yang tercinta boleh beraya di rumah-tidak lagi di Wad. Syukur Alhamdulillah-Tuhan Yang Memberi kami nikmat Aidilfitri, masih boleh menjamah kuih muih dan lemang. Namun seperti biasa, aku pasti sakit perut!hahahah..kombinasi ketupat-rendang-Coke memang merosakkan function usus aku.Letih aku keluar-masuk tandas.


Alhamdulillah jugak, Rumah baru kami di Setiu siap sempurna dan ayah begitu teruja melihat rumah kami yang baharu itu. Alhamdulillah juga, Bonda juga berjaya membawa pulang sebuah Toyota Rush yang baharu yang diidamkan selama ini biarpun telah memakai Perdana V6.

Dan aku syukur jugak kerana aku sendiri pun sudah menjual kancil aku dan memiliki sebuah Waja sempena Aidilfitri ini!


Anak saudara kami, Sofia Ramadani masih comel-aku cium-cium bawak Sofia ke Pantai Penarik bermain pasir putih. Sofia suka sangat melihat lembu. Adik-beradik aku semua bergembira di hari raya-cuma agak terkilan Adik kami, Ainul Madina beraya di Jordan kerana tidak dapat cuti. Adik kami seorang lagi Ainul Arafah pula sibuk membuat persiapan nak ke Jepun.


Salam Aidilfitri untuk semua sahabat handai dan rakan taulan. Aku tak ke mana-mana tahun ini, ada di Rumah saya di Batu Buruk, Kuala Terengganu. Semuga Aidilfitri yang akan datang lebih meriah, Kami memohon kepada Tuhan Moga Tuhan Panjangkan Umur Ayahanda kami dan Murahkan rezeki!Amin!!

Thursday, September 25, 2008

Ayahku masih di hospital

Ujian scan yang dijalankan pada ayah aku cukup mengejutkan aku.Aku saje je buat redha.Orang tak tahu ribut dalam hati aku ni.berkecamuk!!ada pendarahan dalam kepala!!!maybe its caused by Warfarin-ubat ayah aku yang tiap-tiap hari kena makan.

Semalam ayahaku dipindahkan ke Wad kelas Pertama di 7B Hospital Kuala Terengganu. Agak selesa tapi masih tidak dapat mententeramkan hati aku ketika ini. Tapi syukur Alhamdulillah, Ayah aku mula ingat nama aku dan adik beradik. Dan dia mula membebel-bebel. Aku agak gembira. Tapi takut juga kalau gembira ini tidak lama.
Terima kasih atas sokongan kawan-kawan yang selalu telefon aku dan melawat ayah aku..Pada Kak Salwa jugak!!Harap korang semua berdoalah. Maklumlah aku tak sealim dulu.kadang-kadang rasa malu ngan Tuhan!