Friday, April 17, 2009

Rasa Bagaimana?


pagi,bangun tido,pergi court,kes 39A1 ADB 52,diperintah bela diri.Hujahan oral ari tu-nampak cam dah ok-cuma prima facie telah berjaya dibuktikan.Untuk stage ini,aku prepare untuk panggil 2 saksi termasuk OKT.Rasa cam ralat sikit.aku kesian kat OKT sebab dia dah baik,dan dah kahwin.



Pastu lak kes di Majistret 1 dipanggil sedang aku di Majistret 2.Rasa terkilan sangat,nanti hakim tu ingat aku sengaja ponteng court padahal mmg file dah ada kat atas meja tu.



Tengahari lak,tunggu mamat nak pasang WIFI kat Bar Room tingkat 5.Rasa Lapar lak.lepas tu lepak kat office Zizo main chess jap.oleh kerana lama tak main,aku jadi less focus.Habis castle aku dia makan,last skali king dikepung.Kubu King Cobra tak kemana,sibuk nak attack,King sendiri tergadai..aku gelak je.Rasa cam malu pulak kalah main chess,pagi tadi dahla kalah kes.hahah.



Bila masuk Office lak,tengok clerk pulak melaram,ceria la sikit.hahah.Rasa membunga-bunga.Tapi tak buat apa-apa pun.Biasala ade clerk cun-cun.pastu tengok file berlambak-lambak.Partner aku masuk pulak,then suruh aku siapkan surat representasi section 56(1)(d)

Akta Immigresen.kesian pakcik ni-jadi driver illegal immigrant pun kena.



pastu lak,lepas siap,baca hujah kes sivil lak.panjangnya oo Tuhan.Semuga dengan panjangnya rasa cam boleh menang je.pastu balik rumah sewa.



bukak internet jap.rumah takde sape.Rasa sunyi lak.Bila la aku nak kahwin ni.Ni kena mengorat balik ni.takleh kerja kuat sangat.Dahla aku suka baby.kena usaha sikit,jangan mengusik je pandai.hahahha.



malam lak,rasa cam sengal je,aku pun tido rumah kawan aku,taoi rasa cam takut lak,rumah dia tu berhantu.selalu je aku dengar derap2 kaki mahkluk ape ntah.hari tu rumah dia aku bertempik tengok tiangseri beralih tempat.



tapi aku relax je.Biasa la.

Hari-hari memang kita akan lalui pelbagai rasa.

Rasa-rasa anda bagaimana?

hahaha?

aku rasa kann..LOL!

TEAM MILIONAIRE IN REAL ESTATE (MIRA)

Orang-muda yang selalu berusaha pasti berjaya.
Dalam dunia milionaire, hartanah ibarat emas.
Dalam perniagaan-perkongsian pintar perlu diwujudkan.
Mastermind, lawyer, valuer, agent, ,salesman mesti bekerjasama.
Atas sebab itu, team milionaire in real estate diwujudkan.Orang-orang muda yang ada wawasan, otak, experties dan yang paling penting-keinginan untuk merubah diri sendiri-kami akan bergabung.
Meeting pertama akan diadakan di ofis aku MESSR AHMAD FAIRUZ & CO Kuala Terengganu,bukan kat branch Setiu.Tarikh akan dimaklumkan kemudian.
Perjalanan Team ini ibarat seperti Koperasi, pelaburan untuk membeli tanah yang strategik atau tanah lelong akan dibincang dan dibentangkan di dalam meeting.Yang paling penting, ada potential buyer.Kos dan keuntungan akan dibincang dengan teliti serta risiko.
Meeting mingguan akan diadakan untuk tujuan itu.
Apapun tahniah Orang Muda.
Yes!

Saturday, March 14, 2009

whut izz luff enn Merridge?(being spelled unintended but intentionally)


A student asks a teacher, “What is love?”The teacher said, “in order to answer your question, go to the wheat field and choose the biggest wheat and come back. But the rule is:you can go through them only once & cannot turn back to pick.”The student went to the field, go thru first row, he saw one big wheat, but he wonders….may be there is a bigger one later. Then he saw another bigger one… but may be there is an even bigger one waiting for him.Later, when he finished more than half of the wheat field, he starts to realise that the wheat is not as big as the previous one he saw, he knew he has missed the biggest one, and he regretted.So, he ended up went back to the teacher with empty hand. The teacher told him, “…this is love… you keep looking for better ones, but when later you realise, you have already missed the person….”“What is marriage then?” the student asked.The teacher said, “in order to answer your question, go to the corn field and choose the biggest corn and come back. But the rule is:you can go through them only once and cannot turn back to pick.”The student went to the corn field, this time he is careful not to repeat the previous mistake, when he reach the middle of the field, he has picked one medium sized corn that he felt satisfied, and came back to the teacher.The teacher told him, “this time you bring back a corn…. you look for one that is just nice, and you have faith and believe this is the best one you get…. this is marriage.”* So true, i wonder when will i ever get to find my love?
-taken from one's blog without permission!hahah

Sunday, March 1, 2009

Kisah Cinta Hisham!

Salahnya sikit cuma.Cuma perempuan biasala-senang dipengaruhi kawan-kawan sepejabatnya.Kalau dah kawan-kawan gf dia sendiri tak suka-biasanya kisah cinta seorang lelaki itu tidak ke mana.kalau tiap2 hari diacung-acung diracun,lama-lama kelamaan termakan juga.apatah lagi bila ex-gf itu bila marah cerita habis keburukan hisham pada orang tua.Habislah hisham.
Sebabnya agak tipikal.
Biasalah.kalau perempuan tu cantik,mesti ada la yang datang pastu komen"BF ko tu nampak cam songo je,cam tak best la,cam haram,cam tak macho sangat,naik kancil je,tak ade duit,taknampak cam kaya pun,lastly dia bagi pepatah haram ni "weii, u deserve a better man la!"
pastu lak,hisham ni pun baru kuar politeknik,baru tgh nak cari kerja,nak cari duit seribu dua.memang la pakai kancil je.(aku dulu pun macam tu jugak).susah tau seorang lelaki ni nak kahwin,nak keje,pastu nak kumpul duit,nak bagi makbapak sikit,pastu nak beri kat adik-adikyang sekolah ramai.pastu nak saving seratus dua.janganlah nak banding dengan orang yang dah masuk 40-an,memang la semua berharta,tapi ingatlah yang kaya-kaya tu semua pernah asal miskin jugak..
Aku pantang kalau pompuan mulut cabul sibuk komen-komen BF orang itu ini,kita tu macammana?kita tu anak datok ke?kerja kerani jugak.kutuk orang pakai kancil,kita tu naik motor kriss je.nak kata kaya tak jugak,terhegeh-hegeh nak tackle laki orang(yang dah kaya),diorang ajakla minum sekali dua,kita tu makin tua.hahahha..dah nak masuk 30.sibuk duduk komen BF tak hensem la,tak smart la,kita tak laku,ada orang bising????(panas ni).
Aku pantang sebab pernah kena.Aku pun tak hensem jugak.Tapi aku bukan lelaki HUHA tak tentu arah,rokok tak isap,hormat makbapak,dadah ganja jauh sekali,kerja ada la,walaupun bukan hartawan jutawan naik lamborgini,tapi kita lelaki-kita pun ada maruah.jangan biar pompuan-pompuan dok lanyak kita.Zaman sekarang ni, pompuan pandang kereta. mana pandang laki yang duduk umah sewa.
tapi aku yakin,ramai pompuan yang baik.bukan semua macam tu,tapi kalau aku terjumpa kat Pasar Payang ke,kat bus stand ke,pompuan yang mulut cabul,siap kena lempang..hahahha..tangan aku besar tau..hahah..aku bukan apa,bagi aku hisham tu budak baik,dia tunggu dapat kerja je,pastu dia nak masuk minang.tiba-tiba pompuan tu selamba je mintak putus.padahal dah berjanji setia nak sehidup semati..Kesian hisham..sabar hisham--u deserve a better girl!

Wednesday, February 25, 2009

AGM MAJLIS PEGUAM TERENGGANU

Atas nasihat Puan Salwa, setiausaha kehormat BAR terengganu, (dia selalu baca blog aku ni,maybe dia nak buat aku adik ipar dia-hehe:P), aku pun menulis sedikit untuk acara yang penuh gilang gemilang ini.

AGM kami yang berlangsung di Hotel Permai Inn,bermula dengan korum yang begitu ramai.Ada yang dikenalpasti telah melobi awal untuk mendapatkan jawatan-jawatan tertentu dan meraih sokongan terhadap pencalonan AGM kali ini.Ada lawyer yang betul-betul mahu berjuang dan berkhidmat dalam Majlis Peguam ini-aku terus beri sokongan yang sungguh padu.Tapi kalau setakat nak bergaya dengan pangkat,aku sanggah habis-habisan.Bagi aku,perwatakan sangat penting untuk seseorang itu diangkat sebagai pemimpin.Orang yang Ikhlas mesti akan diutamakan,yang penting Suara Mereka akan diekspresikan mengikut saluran yang betul.

Pencalonan Presiden mendapat tiada bantahan,dan seluruh committee juga.Yang buat aku terkejut,aku juga dilantik sebagai Wakil BAR terengganu "MALAYSIAN YOUNG LAWYER".Ramai ucap tahniah pada aku.aku senyum je.aku memang tak plan pun.aku tak pernah melobi,cuma maybe akhir-akhir ini,aku kerap pergi court dan file aku berlambak-lambak.Orang mula kenal aku.Aku pulak suka usik orang.hahahah..(maybe nama aku meniti di bibir lawyer-lawyer pompuan yang cun-cun tu..hahahha).Apapun,aku akan buat yang terbaik.InsyaAllah.Kak Salwa,lepas baca entry ni,boleh komen!heheh..we stand on our right,fight for right..yeahhhhhh!

Sunday, February 22, 2009

Dengarkanlahhh..

Hari ini aku tutup handphone.aku biarkan saja hanphone aku kehabisan bateri tidak dicharge.Aku mula rasakan keamanan dan hati yang tenang.Masakan tidak,kalau dibuka,hanphoneku berdering-dering,1001 masalah diadukan kepada aku,bukan masalah legal,tetapi semua masalah klien diajukan kepada aku.tidak kurang juga yang mengajakku keluar minum-minum.hari ini aku namakan HANDPHONE-OFF-DAY!cuma kekadang rasa kesian bila bukak balik hanphone,ada byk miskol yang masuk.Tetapi bila diteliti hanya nombor sama yang appear,dari ofis dan dari clerk,then dari beberapa nombor yg tak dikenali.Aku ada handphone kedua yang nomborya hanya diberi kepada orang-orang tertentu.Baru aku faham,aku sebenarnya jenis yang perlukan privacy-dan buat hati aku tenang!


Bermula dengan HP-OFF-DAY,aku juga mula tidak membuka TV dari mula jam 8 malam hingga 9 malam..Aku benci pada provokasi-provokasi politik yang bagi aku sudah tidak ada ketamadunan dan nilai-nilai kemanusiaan.Beli lembu korban untuk sedekah pun salah.Dan aku mula berkira-kira untuk tidak tidur berbogel,takut-takut ada yang nak ambik gambar aku terkangkang..hahahha.aku rasa ramai setuju dengan aku,bahawa untuk tidak tengok TV lebih baik demi hati yang tenang dan jiwa dan aman. TV-OFF DAY juga bermula.membelek lembaran suratkhabar arus perdana juga menyakitkan hati.Isu sama,didendangkan kembali dengan tema yang sama dari dalam TV tadi.setiap lembaran-lembaran yang aku belek juga mengandungi provokasi yang melampau dan aku percaya ceritanya tidaklah segempar manapun tapi diapi-apikan untuk tujuan sebelah pihak.


Dari TV aku teruskan dengan kempen YM-OFF DAY.aku rasa YM 24 jam tidak memberikan aku manfaat yang banyak.Lebih baik aku baca buku dan decided Case dan memahami dengan lebih mendalam sesuatu principle dan exception.aku buka jarang-jarang sekali je YM.Aku rasa aku perlu lakukan semua ini untuk aku jadi insan yang lebih baik. Kemudian,aku pastikan hidup aku lebih religious.Solat Subuh harus dijaga sebaik mungkin.dan pastikan Aku melakukan sedikit amalan yang termampu-agar aku berubah menjadi manusia yang lebih aman jiwa dengan berusaha menjadi dekat dengan Allah.Cubalah sehabis baik jauhkan segala dosa yang zahir.InsyaAllah. Aku rasa aku harus bermula dari hari ini.Untuk menjadi seorang Ayah yang baik kepada anak-anak aku nanti,aku harus mulakan,untuk menjadi yang terbaik-aku harus berusaha keras.


Valentine?tahun 2006 ada la aku sambut hari ni,masa tu aku ada awek sehidup mati dengan aku.kemudian dia blah.dia maybe sanggup hidup semati dengan orang lain lak.Begitulah manusia.Lepas tu,aku mula belajar hidup sendiri dari akhir 2006 hinggalah ke hari ini 2009.aku shopping seorang diri,makan mcd seorang diri,Window Shopping seorang diri,dan aku mula dapat rasa aku punyai masa untuk sayangi hidup aku sendiri,aku mula pakai baju yang mahal sikit,beli jeans yang mahal sikit dan ada sedikit gadgets baru-notebook,hanphone,MP3(apa aku nak cakap-couple-couple ni habis duit banyak--kalau korang tak setuju tak ape).Couple ni macammana korang handle lah.time couple la sakit jiwa sebab selalu gaduh.pastu clash ruju clash rujuk clash balik rujuk balik..last-last skali..aku memilih jalan solo..tak tahulah ending aku nanti macammana..urmmm..wait n see!! Apapun,aku percaya manusia tidak pernah sempurna.Nasihat aku pada perempuan yang cantik,jangan mainkan hati dan perasaan lelaki yang baikhati dan budiman.Dan percayalah manusia tidak pernah sempurna..sampai bila-bila!

Sunday, February 8, 2009

LUPA PADA ALAM SATU LAGI?

Tiap-tiap hari Ada Manusia Mati.
Ambulan bising-bising je hampir tiap-tiap hari.
Maknanya Ada la tu orang yang mati atau hampir Mati.
Kalau tak mati pun cedera parah.
Kalau tak cedera,maybe koma!

Aku fikir dalam-dalam.
Akhir-akhir ini aku selalu baca terjemahan Al-Quran.
Kitab Kecil Ayat-ayat Manzil aku selalu baca.
Sambil Baca aku faham makna dia.
Maksudnya Kat Dunia ini HANYA SEMENTARA JE.
Tuhan cerita banyak kali.
Ramai Orang yang Menyesal kerana tak buat ibadat.
Manusia kat dunia ini kuat denngki hasad.
Sihirkan sesama Manusia.
Hingga Manusia derita,dipisah suami isteri.
Kerana sikit sahaja,disihir orang sampai mati derita.
Padahal mereka semua bersaudara.


Tuhan dah bagi Amaran.
Jangan sekutukan aku.
Jangan buat Maksiat.
Kalauu nak buat maksiat,boleh,tapi buat maksiat kat tempat yang aku tak cipta.
Jangan pijak atas Bumi yang Aku Buat.
Jangan Makan Rezeki Aku.
Jangan Bernafas dengan Udara Aku.
Jangan Hidup dengan SEGALA NIKMAT yang Aku BERI!
AKU SURUH KAU SOLAT.
AKU SURUH KAU SABAR.
AKU UJI KAMU!
AKU SEDANG UJI KAMU!
AKU SEDANG UJI KAMU!
Jangan Kamu ikut Syaitan.
Jangan Kamu Puja Jin.
Jangan Kamu ikut Iblis.
Aku telah beri kamu DUA JALAN
SYURGA atau NERAKA!!

Aku diam.
Aku faham.
Dunia ini tidak lama.
Aku manusia lemah.
hidup penuh dosa.
Aku ingin berubah.
Ya ALLAH berikan aku sedikit masa!